Storm Discovery Baitcasting Rod


Aku tak tau la apebenda yang aku buat kat Shopee aritu. Tak pasal-pasal terorder rod casting 6"9'.
Memang ada niat nak cari rod casting panjang sikit untuk aktiviti landbased open area, tapi tidaklah urgent. Dok survey-survey rod harga patut dan agak ada reputasi baik, banyak yang sold out. Terutamanya spesifikasi 6"6' atau 6"9' baitcasting, 2 pcs center joint, 8-17lbs atau 10-20lbs.
Salah satu target aku ialah rod Storm Adventure, malang juga kebanyakan seller kehabisan stok. Terpaksalah aku beralih ke model Discovery, juga dari jenama Storm.
Jenama ni dah agak lama aku kenal dari pembacaan majalah pancing. Dari telahan aku jenama ni agak baiklah latar belakangnya.
By the way jenama Storm ni dari mana asal usul dia?
Hasil siasatan aku membawa kepada laman web ni, https://storm.fishing/ . Aku rasa jenama ni ada kaitan dengan jenama Rapala, mungkin sub jenamanya untuk kategori sedikit mampu milik.
Masalahnya dalam web tu cuma tersenarai item2 hard lure, tak ada pula ditunjukkan koleksi model-model rod yang dijual. Tak mungkin pula jenama Storm ni ayam sangat sampai tak ada website sendiri sedangkan rod Storm Gomoku tu amatlah terkenal.
Berbalik ke rod yang aku order tu, rodnya dah selamat sampai dari seller orchidtackle88 dengan lojistik DHL. Agak laju juga order 10hb Mac, sampai 12hb Mac. Tapi yang seramnya rod pos pakai kotak kadbod😱 Aku ingat seller pakai PVC. Takde tampal stiker Fragile plak tu. Agaknya sebab aku redeem voucher shipping free kot.
Tapi apapun rod diterima dalam keadaan baik. Spec yang aku beli ialah baitcasting DRC 692MH (Medium Heavy) 6"9', Fast Action, 2 section center joint, 9+1 Fuji slim hard O guide, Fuji reel seat dan split EVA handle.
Range mainline yang dicadangkan ialah 10-20lbs, berat lure antara 7-32g dan berat rod adalah 134 gram. Binaan rod adalah hollow carbon blank dengan balutan karbon X wrap. Harganya RM192, sama dengan rod jigging Team Seahawk Kingdom Xtreme. Pada aras harga ni kebiasaannya rod diberikan kemasan yang agak premium dan warnanya nampak menarik.
Buat masa ni aku gandingkan dengan reel Kasting Crixus Armor X dan rod Seahawk Kossori bagi rehat dulu. Belum ada plan nak tambah reel. 








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://blog5zal.blogspot.com/2022/03/storm-discovery-baitcasting-rod.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teknik Memeriksa Backbone Rod Pancing Anda

Teknik Memeriksa Backbone Rod Pancing Anda

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 476 hits
Weekend baru baru ni aku balik kampung lagi macam biasalah selain menjengah mak aku topik yang tak lari dibincangkan ialah topik memancing Kali ni ada sesuatu lagi yang aku pelajari berkenaan kriteria penting dalam pemilihan rod Benda ni ak...
Security Guard Remanded Over Discovery Of Charred Woman S Body Police

Security Guard Remanded Over Discovery Of Charred Woman S Body Police

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 330 hits
A security guard has been remanded for seven days to facilitate investigations into the discovery of a charred body belonging to a woman in a secondary school in Bandar Tun Razak on Saturday The remand order on the 30 year old man was obtai...
Are Kl Storm Drains Really Cleared Every Day

Are Kl Storm Drains Really Cleared Every Day

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 260 hits
A second incidence of flash floods in KL in three months has left hundreds of vehicles submerged vast sections of the highway closed and power cuts in certain parts of the city When challenged by Fong Kui Lun the MP for Bukit Bintang that D...
Pengalaman Guna Medical Card

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Albert Teams Up With Dr M To Expose Mastermind Behind Sabah Scandal

Pgdm Participates In Segi University S Sosure Media 2025 Campaign With The Theme Be So Sure Be So Safe

Security Alert Unusual Login Notification

How Licenselounge24 De Helps Small Businesses Choose The Right Windows Setup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Baru Tahu Pisang Hanya Berbuah Sekali Ini Ceritanya

Makan Tengah Hari Di Richiamo Pajam Nilai

Tauhu Wrap Daging Resipi Sihat Mudah Yang Paling Padu

Brasil Satu Satunya Negara Yang Sentiasa Lolos Statistik Penampilan Piala Dunia

Back In The Game A Grigio Silverstone Moto Guzzi V35 From New Zealand

Cara Hitung Diskon Potongan Harga Saat Musim Sale Tanpa Pusing