Teknik Memeriksa Backbone Rod Pancing Anda


Weekend baru-baru ni aku balik kampung lagi, macam biasalah selain menjengah mak aku, topik yang tak lari dibincangkan ialah topik memancing.Kali ni ada sesuatu lagi yang aku pelajari berkenaan kriteria penting dalam pemilihan rod. Benda ni aku pernah baca satu masa dulu tapi tak sangka aku boleh lupa nak praktikkan
Selain pemilihan action, poundage, material, line guide dan jenama, ada satu lagi perkara penting yang kita mungkin terlupa. 
Pemeriksaan jajaran line guide dengan lenturan backbone rod. Setiap rod ada sudut bahagian yang lebih mudah melentur berbanding bahagian lain. Biasanya sebelum pemasangan cincin/line guide, assembler yang mahir akan menentukan bahagian permukaan rod sebelah mana yang akan dipasangkan cincin
Caranya adalah dengan melentur rod tanpa mengenakan beban dan rod akan melentur mengikut susunan backbone yang telah ditetapkan semasa membalut karbon fiber/material buatan rod tersebut
Untuk rod spinning,bahagian bawah lenturan akan ditanda untuk meletakkan cincin dan rod casting di bahagian atas. Sebenarnya lebih jelas kalau ada gambar tapi aku tak jumpa. Aku lukiskan la senang sikit korang paham kot macamana caranya

Penting ke tidak backbone ni

Memang penting sebenarnya. Namanya pun backbone, ketika berlaku lenturan, ada bahagian rod yang menerima mampatan dan ada yang menerima regangan. Umpama macam rasuk jambatanlah. Bila beban dikenakan, konkrit akan menerima mampatan dan regangan. Sifat konkrit tahan mampatan,tapi lemah dalam regangan. Sebab tu struktur rasuk akan ditambah keluli di bahagian bawah untuk menguatkan rasuk
Lebih kurang macam tulah, cuma binaan rod tak setegar rasuk. Lenturan yang direka ada peranan tersendiri dalam menentukan aksi rod
Bila susunan cincin dan posisi backbone tak sejajar, beban akan menyebabkan rod menerima tekanan di tempat yang salah. Risikonya ialah patah. Sifat grafit atau karbon ialah keras dan ringan tetapi brittle( rapuh). Tak seperti rod fiberglass yang liat tetapi agak lembut dan berat
Kebanyakan jenama-jenama 'mewah' menjalankan kawalan kualiti yang agak ketat, maka kebiasaannya masalah backbone yang tak sejajar ni amat jarang berlaku
Bagi jenama yang sedikit tinggi dari rod murahan, masalah ni ada berlaku. Contohnya rod Gtech Jig Legend spinning. Adik aku beli secara online dan didapati backbonenya 'lari' 90°. Maka kerja-kerja penjajaran semula perlu dibuat
Malang sekali bila adik aku sorang lagi tersalah teknik menguji rod, maka rod tu patah tipnya,😂Kebetulan binaan rod tu jenis hollow,maka ia tidak dapat diselamatkan
Teknik menguji sangat penting, kang pegi buat test backbone kat kedai tak pasal-pasal patah rod tokey kedai
Balik rumah aku test empat-empat rod yang aku ada. Tiga rod Seahawk dan satu rod Santec. Seahawk Ryoku lulus cemerlang, Kossori dan Kingdom Xtreme cuma lari 2-3° which is acceptable dan Santec Capricorn gagal teruk. Jajarannya juga lari 90°. Nasib baik murah, so takdelah aku kecewa sangat
Yang mana baru berjinak-jinak dengan dunia memancing dan sedang galak menambah koleksi rod, jangan lupa buat ujian ni. Kalau tak pandai, minta tauke kedai buatkan. Beli online rezeki kalau dapat yang cun



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://blog5zal.blogspot.com/2022/03/teknik-memeriksa-backbone-rod-pancing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Storm Discovery Baitcasting Rod

Storm Discovery Baitcasting Rod

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 284 hits
Aku tak tau la apebenda yang aku buat kat Shopee aritu Tak pasal pasal terorder rod casting 6 9 Memang ada niat nak cari rod casting panjang sikit untuk aktiviti landbased open area tapi tidaklah urgent Dok survey survey rod harga patut dan...
Amalkan Teknik Ini Untuk Redakan Mata Tegang

Amalkan Teknik Ini Untuk Redakan Mata Tegang

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 212 hits
Amalkan Teknik Ini Untuk Redakan Mata Tegang Dalam zaman serba canggih ini kita tak dapat lari dari sama sama berada di dalamnya dan melakukan urusan harian dengan menggunakan gajet Perasan kah anda bahawa makin kerap menggunakan gajet teru...
Mahu Anak Bijak Matematik Guna Teknik Linking Cubes Belajar Sambil Main

Mahu Anak Bijak Matematik Guna Teknik Linking Cubes Belajar Sambil Main

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 208 hits
Kreativiti ibu bapa untuk menarik minat anak belajar sangat penting Bukan semata mata bergantung pada buku dan pensel sahaja ya Sebenarnya sambil bermain pun anak boleh belajar Ini kerana dalam fasa 0 7 tahun anak dikategorikan cepat belaja...
Tip Dan Teknik Ar Rahnu

Tip Dan Teknik Ar Rahnu

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 234 hits
Satu sesi video live Talkshow G100 yang saya ikuti di Fb Page PGG100 Network berkenaan Tip dan Teknik Ar Rahnu telah membongkarkan banyak ilmu berkaitan pajak gadai Di sini saya kongsikan untuk anda antara tip dan teknik tersebut Mudahan ba...
Cepat Semput Letih Lepas Dijangkiti Covid Dr Ajar Teknik Pernafasan Mudah

Cepat Semput Letih Lepas Dijangkiti Covid Dr Ajar Teknik Pernafasan Mudah

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 215 hits
Jangkitan COVID 19 dalam kalangan rakyat Malaysia masih lagi tinggi Tanpa mengira peringkat umur jangkitan ini seolah olah dah jadi seperti demam biasa Cuma apa yang dirisaukan simptom selepas pesakit sembuh Simptom susulan selepas sembuh C...
Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Prism Aura Smart Air Purifier Penapis Pintar Dengan Hepa H13 Untuk Udara Lebih Bersih

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Andainya Aku Pergi Dahulu 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Tampilkan 24 Penyanyi Latihan Pestapora Malaysia Berlangsung 26 Julai Depan

Disney Bakal Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah

Let Zapin Feat Altimet Maharani Chord

Shahril Laments Radical Rafizi Being Sidelined Patronage Rewarded