Steven Sim Kongsi Tujuh Buku Dibaca Sepanjang 2025 Buku Pm Anwar Turut Tersenarai
Steven Sim Kongsi Tujuh Buku Dibaca Sepanjang 2025, Buku PM Anwar Turut Tersenarai
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Steven Sim Chee Keong mencuri tumpuan apabila beliau berkongsi beberapa judul buku yang telah dibaca olehnya sepanjang tahun ini.
Dalam perkongsian tersebut, sebanyak tujuh buah buku dari pelbagai genre dan penulis telah menjadi pilihan beliau.
Antara buku yang dibaca oleh beliau ialah Underground Asia (Global Revolutionaries and the Assault on Empire) karya Tim Happer dan Christ in The Rubble (Faith, the Bible, and the Genocide in Gaza) karya Munther Isaac.
Selain itu, The Precariat: The New Dangerous Class (Special COVID-19 Edition) karya Guy Standing dan The Bhagavad Gita (According To Gandhi) karya Mahatma Gandhi turut tersenarai.
Beliau juga membaca buku Good Jobs, Bad Jobs ( The Rise of Polarized and Precarious Employment Sytem in United States, 1970s-2000s) karya Arne L. Kalleberg dan Deng Xiaoping (A Revolutionary Life) karya Alexander V. Pantstov with Steven L. Levine.
“Tahun ini tak banyak masa nak membaca tapi saya cuba juga cari masa baca buku-buku ini.” ujarnya dalam perkongsian tersebut.
Tambah beliau lagi, buku-buku tersebut ada yang membuka mata tentang perjuangan, ada yang membentuk cara kita melihat pekerjaan hari ini dan ada juga yang datang dari tempat paling sukar dan bercakap tentang harapan.
BACA: Hantaran Vin Diesel Pasal Ronaldo Dalam “Fast & Furious” Terakhir, Curi Tumpuan
“Komitmen kepada kebenaran membolehkan kita melakukan perkara yang sukar dan kadang kala tidak popular, begitulah antara tafsiran Gandhi terhadap Bhagavad Gita.
“Semua ini tak mudah sangat nak baca tapi penting bagi saya,” katanya lagi.
Terkini, beliau dalam fasa untuk cuba menghabiskan buku terbaru dari Anwar Ibrahim yang berjudul Rethinking Ourselves (Justice, Reform, and Ignorance in Postnormal Times).
Melalui perkongsian tersebut juga, beliau turut meminta pendapat dari orang ramai mengenai judul buku lain-lain yang patut dimasukkan dalam senarai bacaan beliau.
BACA: Dari Bilik Darjah Desa Ke Pentas Dunia, Tiga Murid Orang Asli Raih Emas Robotik Antarabangsa
Terdahulu, beliau yang memegang jawatan sebagai Menteri Sumber Manusia sebelum ini telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) pada Disember 2025.
https://www.instagram.com/p/DSmq8wsERmF/?igsh=MWwyanlndnhiamNuNg%3D%3D
Sumber: @scheekeong
The post Steven Sim Kongsi Tujuh Buku Dibaca Sepanjang 2025, Buku PM Anwar Turut Tersenarai appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/23/steven-sim-kongsi-tujuh-buku-dibaca-sepanjang-2025-buku-pm-anwar-turut-tersenarai/