Status Orang Melayu Dipertikaikan


Malaysia ada PM Orang Asli, soal aktivis hak asasi
PETALING JAYA: Penasihat Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Kua Kia Soong mengkritik Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad membuat “tafsiran baru” dengan merujuk orang Melayu sebagai Orang Asli dalam mempertahankan kehadiran beliau pada Kongres Maruah Melayu, semalam.

Kata beliau, Perlembagaan Persekutuan hanya mengiktiraf Orang Asli sebagai golongan pribumi.

Oleh itu katanya, Perlembagaan Persekutuan tidak mendefinisikan orang Melayu sebagai pribumi di Malaysia dan ia “sangat salah dan tidak betul dari segi fakta” merujuk orang Melayu sebagai Orang Asli di Semenanjung.

“Ini ialah tafsiran baru dan satu lagi cubaan untuk menyalah tafsir Perlembagaan Persekutuan.

“Perdana menteri sepatutnya lebih berhati-hati dalam merujuk rakyat ditadbirnya di negara ini,” katanya dalam kenyataan bertajuk “Saya tidak tahu kita ada perdana menteri Orang Asli” hari ini.

Beliau berkata, “kedudukan istimewa” Orang Asli tidak diiktiraf, termasuk hak tanah adat, walaupun mereka ialah pribumi sebenar di negara ini seperti yang didefinisikan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Hari ini, mereka ialah masyarakat paling terpinggir dan mempunyai masalah pemakanan tidak seimbang di negara ini yang bergelut untuk terus hidup tanpa pengiktirafan hak tanah adat yang mereka layak perolehi.

“Hak tanah adat Orang Asli sering dilanggar kerajaan dan syarikat swasta melalui pengambilalihan atau pencerobohan tanah secara haram,” katanya sambil memetik projek pembinaan Empangan Bakun dan Sungai Selangor.

Beliau berkata, projek itu menyebabkan Orang Asli kehilangan sumber makanan dan tanah pengebumian nenek moyang mereka.

Semalam, Mahathir menerusi catatan blognya merujuk orang Melayu sebagai pribumi ketika mengulas kritikan terhadap Kongres Maruah Melayu pada 6 Okt lalu.

“Saya sedih memikirkan di negara mereka sendiri, pribumi tidak boleh mengadakan perhimpunan mereka sendiri tanpa dituduh rasis.”

Beliau mempertahankan Kongres Maruah Melayu dan berkata, ia adalah perkara normal bagi rakyat Malaysia mengadakan pertemuan dengan kumpulan etnik sendiri. - www.freemalaysiatoday.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/10/status-orang-melayu-dipertikaikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertahan Status Kampung Baru Selagi Ada Hayat Orang Melayu

Pertahan Status Kampung Baru Selagi Ada Hayat Orang Melayu

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 698 hits
Rizab Melayu yang menjadi status Kampung Baru mesti dipertahankan sampai bila bila selagi ada hayat orang Melayu di negara ini Tegas Datuk Seri Johari Abdul Ghani ini kerana title tanah Kampung Baru semasa diberi oleh Sultan Selangor pada 1...
Usah Fikir Kaum Lain Utamakan Ekonomi Melayu

Usah Fikir Kaum Lain Utamakan Ekonomi Melayu

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 335 hits
Exco Perak tak bijak tak faham matlamat kempen BMF dilancarkanKAJANG Tak perlu terlalu memikirkan kaum lain yang patut kita fikir sekarang cara nak bantu mengukuhkan ekonomi bangsa kita kata Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia Kajang Dr N...
Kisah Orang Melayu Aceh Di Mekah Bagaimana Masalah Tanah Sekarang

Kisah Orang Melayu Aceh Di Mekah Bagaimana Masalah Tanah Sekarang

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 806 hits
BADAN Pelaksana Badan Pengelola Keuangan Haji berencana menginvestasikan dana jemaah asal Indonesia yang terkumpul Dana sebesar Rp 102 5 triliun itu rencananya antara lain akan diinvestasikan ke tanah milik Pemerintah Provinsi Aceh di Makka...
Bagaimana Lelaki Ini Dapat Bertemu Wanita Bosnia Fasih Berbahasa Melayu Di Sarajevo

Bagaimana Lelaki Ini Dapat Bertemu Wanita Bosnia Fasih Berbahasa Melayu Di Sarajevo

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 395 hits
Bila sebut nama Sujimy Mohamad mungkin ramai yang kurang mengenali beliau di Malaysia Tetapi Sujimy sebenarnya merupakan salah seorang content creator yang sangat disegani di Singapura Sujimy baru baru ini telah melawat Bosnia dan Sarajevo ...
Komik Bri Cuba Nafi Sejarah Tanah Melayu

Komik Bri Cuba Nafi Sejarah Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 474 hits
Dewan Ulama PAS membantah sekeras kerasnya komik kontroversi karya Hew Kuan Yaw yang didakwa cuba menafikan sejarah asal Tanah Melayu Ketua penerangannya Mohd Nor Hamzah berkata orang ramai sudah sedia maklum bahawa Tanah Melayu ini pendudu...
Ridhuan Tee Ingatkan Mca Hargai Toleransi Melayu

Ridhuan Tee Ingatkan Mca Hargai Toleransi Melayu

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 273 hits
Biar akal mendahului mulut bukan mulut mendahului akalBANGI Bila kamu menang dan kuat kamu jadi bongkak Sedarlah kamu MCA sebelum terlambat dan sebelum Melayu menolak kamu sepenuhnya demikian sindiran pedas penceramah bebas Prof Dr Ridhuan ...
Sebaik Baik Ultra Kiasu Belum Tentu Bela Melayu Dan Islam

Sebaik Baik Ultra Kiasu Belum Tentu Bela Melayu Dan Islam

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 433 hits
Pertahan komik bodoh habis Malaysia dan pelajar dikomuniskan SEJAHAT JAHAT UMNO PAS jika malapetaka menimpa menteri Melayu Islam Bumiputera PH angkara ultra kiasu pasti nasib kamu akan dibelanya UMNO PAS Tetapi sebaik baik ultra kiasu yang ...
Melayu Ph

Melayu Ph

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 304 hits
MelAyu Melaka MELAYU AMANAH mungkin bangga dengan MELAYU DAP model MELAYU PH Masa depan DAP terjamin dengan generasi seperti ini INI PUN MENJAMIN MASA DEPAN DAP
Melayu Bernasib Baik Kerana Dap Cepat Membunuh Dirinya Sendiri

Melayu Bernasib Baik Kerana Dap Cepat Membunuh Dirinya Sendiri

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 374 hits
Persepsi buruk tingkahlaku sikap dan corak pemikiran DAP yang gopoh untuk menguasai kerajaan makan diri Rata rata PEMIMPIN DAP menunjukan sikap kaduk naik junjung atau beruk dapat bunga dalam semua ISU Mereka gagal memainkan peranan kalah s...
Groups Call Pro Palestine Protester S Assault Charge Unjust

Police Quiz Malaysiakini Editor Over Sabah Scandal Laptop Seized

Hiburan Kita Fikir Orang Belakang Kalau Kereta Tu Mampuh Mu Lah Menyusahkan Orang Pemandu Treler

Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025

Kenapa Ramai Bercerai Sebab Tiktok

Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Hari Bonus 2025 30 12 25

Resipi Kari Ayam Mamak Padu Ala Nasi Kandar Pekat Berempah Berlemak


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Keterasingan Integriti Dan Kuasa Pembeza

Last Supper In 2025 Hello 2026

Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Analisis Ekonomi Musang King Potensi Dan Cabaran Dalam Pasaran Durian

Rebutan Formulir Bazar Ramadan Ricuh Pedagang Serbu Kantor Majelis Daerah Besut