Status Kesucian Penggunaan Kerusi Roda Ke Saf Solat



SOALAN:
Kami sebagai pihak pengurusan masjid ingin mendapatkan pandangan berkaitan status kesucian penggunaan kerusi roda yang digunakan khasnya oleh Orang Kelainan Upaya (OKU), dimana mereka melalui jalan-jalan di luar masjid yang mana amat diragukan kesuciannya terus hingga ke saf solat.

JAWAPAN:
Allah SWT memerintah umat Islam bukan sahaja membersih dan menyucikan diri sebelum pergi ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah di masjid, bahkan turut memilih pakaian yang cantik dan indah. Firman Allah SWT di dalam al-Quran:

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ
“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang).” (Surah al-Aa’raf: 31)

Begitu juga, Allah SWT memerintahkan Rasulullah SAW sendiri supaya membersih pakaiannya apabila ingin menunaikan solat. Allah SWT berfirman:

وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ
“Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.” (Surah al-Muddatsir: 4)

Justeru itu, para ulama’ telah meletakkan syarat suci daripada hadas kecil dan besar serta bersih daripada najis pada badan, pakaian dan juga tempat solat sebagai salah satu daripada syarat sah solat. Hal ini disebutkan di dalam banyak kitab-kitab fiqh, antaranya oleh Imam Ibn Qasim al-Syafie:

الشرط الأول (طهارة الأعضاء من الحدث) الأصغر والأكبر.. (و) طهارة (النجس) -الذي لا يعفى عنه- في ثوب وبدن ومكان
“Syarat sah solat yang pertama ialah suci anggota badan daripada hadas kecil dan hadas besar, serta bersih daripada najis –iaitu yang tidak diampunkan, pada pakaian, badan dan tempat solat.” (Rujuk Fath al-Qarib al-Mujib Syarh Matan al-Taqrib: 73)

Berdasarkan pandangan di atas, kami melihat bahawa kerusi roda yang dibawa untuk solat di atasnya juga turut disyaratkan suci daripada najis. Hal ini kerana ia termasuk dalam alatan yang digunakan untuk menunaikan solat sama seperti sejadah, pakaian dan seumpamanya. Oleh itu hendaklah dipastikan bahawa tiada najis yang terkena pada kerusi roda tersebut untuk digunakan bagi mendirikan solat.

Walau bagaimanapun, jika kita menekuni lebih mendalam isu ini, kita akan mendapat situasi ini hampir sama dengan hukum memakai alas kaki atau kasut ketika solat. Di dalam satu hadith, Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْمَسْجِدِ فَلْيَنْظُرْ : فَإِنْ رَأَى فِي نَعْلَيْهِ قَذَرًا أَوْ أَذًى فَلْيَمْسَحْهُ وَلْيُصَلِّ فِيهِمَا
“Apabila seseorang daripada kamu datang ke masjid, maka lihatlah jika ada kotoran atau najis pada kasutnya. Jika ada, maka hendaklah disapunya (dibersihkannya) dan dibolehkan bersolat dengan memakai kasut itu.” [Riwayat Abu Daud (650) dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (3889)]

Ibn Ruslan berkata: “Perkataan ‘الْأَذَى’ pada bahasa iaitu yang keji dan kotor sama ada ia bersih atau najis.” (Rujuk Syarh Sunan Abi Daud, 3/72)

Dalam satu riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ جِبْرِيلَ أَتَانِي فَأَخْبَرَنِي أَنَّ بِهِمَا خَبَثًا ، فَإِذَا جَاءَ أَحَدُكُمُ الْمَسْجِدَ فَلْيَقْلِبْ نَعْلَيْهِ ، فَلْيَنْظُرْ : فِيهِمَا خَبَثٌ ؟ فَإِنْ وَجَدَ فِيهِمَا خَبَثًا ، فَلْيَمْسَحْهُمَا بِالْأَرْضِ، ثُمَّ لِيُصَلِّ فِيهِمَا
“Sesungguhnya Jibril A.S datang kepadaku dan memberitahu bahawa di kasutku terdapat kotoran. Maka jika seseorang daripada kamu datang ke masjid hendaklah dia melihat di belakang tapak kasutnya, adakah terdapat kotoran padanya? Jika sekiranya terdapat kotoran hendaklah dia menyapunya (membersihkannya) dengan tanah, lalu dia boleh untuk mendirikan solat dengan memakai kasut tersebut.” [Riwayat Ahmad (11153) dan al-Hakim (955)]

Ibn Malik ketika mensyarahkan hadith ini menyebutkan bahawa:

أن النعل إذا أصابته نجاسة ، فمسحت بالأرض حتى ذهب أثرها، جازت الصلاة فيه
“Sesungguhnya jika sekiranya kasut terkena najis, kemudian dihilangkan dengan disapu oleh tanah sehingga hilang kesannya, maka diharuskan solat dengannya.” (Rujuk Syarh Masabih al-Sunnah, 1:457)

Oleh itu, dapat difahami daripada hadith ini bahawa jika sesuatu yang diguna ke dalam solat seperti kasut dan kasut beroda, jika tidak ada kotoran atau najis yang nyata padanya atau hilang kesannya dengan sebab disapu oleh tanah, maka sah dan harus hukumnya untuk digunakan untuk solat. Namun, jika sekiranya ada kotoran padanya, maka hendaklah menghilangkannya terlebih dahulu.

Dalam satu hadith lain, yang diriwayatkan daripada Ummu Walad bahawa Ibrahim bin Abdul Rahman bin ‘Auf bertanya kepada Ummu Salamah isteri Rasulullah SAW, bahawa beliau R.Anha berkata:

إِنِّي امْرَأَةٌ أُطِيلُ ذَيْلِي وَأَمْشِي فِي الْمَكَانِ الْقَذِرِ . فَقَالَتْ أُمُّ سَلَمَةَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : يُطَهِّرُهُ مَا بَعْدَهُ
“Sesungguhnya aku adalah wanita yang labuh pakaiannya, dan aku berjalan melalui kawasan yang kotor.” Lalu Ummu Salamah RAnha menjawab: Rasulullah SAW bersabda: “Apa yang selepasnya (iaitu tanah) akan menyucikannya.” [Riwayat Abu Daud (383)]

Hal ini menunjukkan bahawa apabila seseorang yang memakai jubah yang labuh melalui jalan yang kotor, maka ia akan disucikan dengan tanah yang bersih selepasnya. Kita melihat bahawa Rasulullah SAW tidak memberat-beratkan dengan menyuruh Ummu Salamah membersih atau membasuh pakaiannya apabila melalui jalan yang kotor. Hal ini juga menunjukkan bahawa selagimana tiada kesan kotoran atau najis yang nyata, maka ia dikira sebagai suci dan bersih.

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, kami menyimpulkan bahawa status kesucian kerusi roda yang dibawa ke saf solat adalah diharuskan dan suci selagi mana tiada najis (ain najasah) yang nyata padanya, serta tidak mengotorkan lantai atau karpet masjid. Sekiranya terdapat kotoran atau najis yang akan mencemarkan kesucian masjid, maka hendaklah dihilangkan dan dibersihkan terlebih dahulu. Disamping itu, jika terdapat cadangan untuk menyediakan kerusi roda yang digunakan hanya di dalam masjid oleh pihak masjid sendiri, perkara tersebut sangatlah dialu-alukan dan disyorkan.

Akhirnya, hendaklah kita memuji usaha dan pengorbanan golongan-golongan OKU ini bagi menghadiri solat berjemaah di masjid serta meraikan mereka dengan memudahkan urusan mereka untuk menyempurnakan ibadah tersebut. Sesungguhnya Allah SWT tidak menjadikan dalam syariat-Nya ini suatu keberatan terhadap hamba-Nya untuk melaksanakannya. Firman Allah SWT:

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ
“Dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama.” (Surah al-Hajj: 78)

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/11/status-kesucian-penggunaan-kerusi-roda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suspek Tolak Jenazah Ibu Dengan Kerusi Roda Saksi

Suspek Tolak Jenazah Ibu Dengan Kerusi Roda Saksi

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 321 hits
KUANTAN 12 Nov Lelaki yang menikam ibunya sehingga maut di Taman Kampung Padang di sini hari ini didakwa sempat menolak jenazah wanita itu dengan menaiki kerusi roda di persekitaran taman perumahan itu sebelum ditangkap Penduduk mendakwa su...
Penggunaan Kerusi Keselamatan Kanak Kanak Di Malaysia Mengikut Garis Panduan Miros

Penggunaan Kerusi Keselamatan Kanak Kanak Di Malaysia Mengikut Garis Panduan Miros

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 698 hits
Penggunaan kerusi keselamatan kanak kanak di Malaysia perlu mengikut standard piawaian United Nation Regulation R44 04 dan R129 Malaysia mewajibkan penggunaan baby kids car seat menjelang tahun depan tahun 2020 di semua kenderaan persendiri...
Bantuan Kerusi Roda Ringankan Beban Pesara Tentera

Bantuan Kerusi Roda Ringankan Beban Pesara Tentera

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 205 hits
Mat Jaafar terharu dengan keprihatinan semua pihak Oleh Fidee AzizKUALA TERENGGANU 7 November Beban yang ditanggung Pesara Tentera Mat Jaafar Ngah akhirnya terlerai apabila bantuan kerusi roda telah disampaikan oleh Pusat Khidmat Masyarakat...
Amuk Anak Tikam Ibu Sampai Mati Bawa Jalan Mayat Atas Kerusi Roda

Amuk Anak Tikam Ibu Sampai Mati Bawa Jalan Mayat Atas Kerusi Roda

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 565 hits
Seorang wanita maut dipercayai akibat ditikam pada bahagian kiri leher oleh anak lelakinya yang mempunyai masalah mental dengan menggunakan pisau dapur di Taman Kampung Padang di sini hari ini Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yus...
Hukum Solat Berimamkan Orang Fasik

Hukum Solat Berimamkan Orang Fasik

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 247 hits
SOALAN Bagaimana hukum solat berimamkan imam yang fasik JAWAPAN Perkataan fasik adalah berasal dari perkataan Ibn Manzur menyebut Al Fisq iaitu kederhakaan dan meninggalkan perintah Allah Azza wa Jalla dan keluar dari jalan kebenaran Fasik ...
Lebih 20 Tahun Tak Tunai Solat Jojo One Mengaku Jahil Pasal Agama

Lebih 20 Tahun Tak Tunai Solat Jojo One Mengaku Jahil Pasal Agama

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 358 hits
Anggota kumpulan One Nation Emcees Jojo kerap melibatkan diri dengan aktiviti keagamaan setelah mendedahkan dirinya pernah lalai dengan nikmat dunia hingga meninggalkan solat selama lebih 20 tahun Baru baru ini peserta Gegar Vaganza musim k...
Tutup Mulut Kepochi Netizen Alif Satar Tunjuk Video Solat Ketika Ironman

Tutup Mulut Kepochi Netizen Alif Satar Tunjuk Video Solat Ketika Ironman

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 522 hits
Pada penghujung bulan Oktober lepas umum sedia tahu bahawa perlumbaan Ironman 2019 di Langkawi telah berlangsung Ia dihangatkan lagi dengan penyertaan beberapa orang selebriti seperti penyanyi dan pengacara hebat Alif Satar bekas Menteri Be...
Bukan Hanya Untuk Cari Jodoh Ini Maksud Sebenar Dan Cara Mengerjakan Solat Iskharah

Bukan Hanya Untuk Cari Jodoh Ini Maksud Sebenar Dan Cara Mengerjakan Solat Iskharah

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 629 hits
Mesti ramai yang sudah tahu apa itu istikah bukan istikarah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang terbaik Biasanya solat istikarah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara namu...
Cekal Laksana Ibadah Viral Pakcik Tunai Solat Walau Sedang Sakit Sentuh Hati Netizen

Cekal Laksana Ibadah Viral Pakcik Tunai Solat Walau Sedang Sakit Sentuh Hati Netizen

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 470 hits
Solat itu tiang agama Tidak kiralah semasa sakit ataupun sihat solat tetap perlu dilaksanakan Sejak semalam tular rakaman video seorang pakcik dikatakan sedang tunai solat Melalui kiriman video daripada Si Penulis di laman Facebook menunjuk...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri