Bukan Hanya Untuk Cari Jodoh Ini Maksud Sebenar Dan Cara Mengerjakan Solat Iskharah
Mesti ramai yang sudah tahu apa itu istikah bukan? istikarah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang terbaik. Biasanya solat istikarah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara namun masih terdapat keraguan dengan keputusan yang bakal dilakukan.
Istikharah ini sebenarnya bukan satu perkara khusus untuk mereka yang mahu berkahwin semata-mata. Bukan ‘alat pencari jodoh’. Bukan juga alat ‘penentu’ siapa yang menjadi pasangan kita. Istikharah ini adalah apa yang terdidik oleh Rasulullah kepada kita dalam membuat apa-apa sahaja keputusan.
Namun, apabila sesetengah pihak mula mengganggap ia ‘alat pencari jodoh sebenar’ yang kononnya tepat 100 peratus, maka istikharah menjadi satu punca kekeliruan hati. Istikharah bukan lagi membantu menenangkan jiwa dan menetapkan hati kita.
Istikarah juga boleh dilakukan ketika kita mengalami keraguan untuk memilih atau membuat keputusan seperti pemilihan kerja, perniagaan, pembelian atau sebagainya.
Seeloknya solat istikarah dilakukan pada waktu malam dan dilakukan saat benar-benar tenang tanpa sebarang gangguan atau kehendak peribadi yang berlandaskan hawa nafsu sahaja. Selepas itu, kita hanya mampu meletakkan dan menyerahkan kepada Allah setiap keputusan yang dilakukan. Ada kalanya, apa yang ditentukan Allah tidak selari dengan apa yang kita inginkan. Namun, perkara tersebutlah yang terbaik untuk diri kita.
Menerusi perkongsian @drzul_albakri, mufti Wilayah Persekutuan di akaun twitternya, cara perlaksanaan solat istikarah yang boleh dilakukakn bagi mereka yang masih tidak tahu untuk melakukannya.
Cara Solat Istikarah
a. Lafaz niatnya:
Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
b. Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).
c. Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
d. Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.
Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.
f. Membaca doa solat sunat Istikharah:
Solat Istikharah boleh dilakukan 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.
Istikharah pic.twitter.com/BMlFC9NBFu
— Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (@drzul_albakri) November 8, 2019
Sumber: Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/11/11/bukan-hanya-untuk-cari-jodoh-ini-maksud-sebenar-dan-cara-mengerjakan-solat-iskharah/