Suspek Tolak Jenazah Ibu Dengan Kerusi Roda Saksi


KUANTAN, 12 Nov (Bernama) — Lelaki yang menikam ibunya sehingga maut di Taman Kampung Padang di sini hari ini, didakwa sempat menolak jenazah wanita itu dengan menaiki kerusi roda di persekitaran taman perumahan itu sebelum ditangkap.
Penduduk mendakwa suspek berseluar hitam dan memakai baju kemeja-T berwarna ungu yang mempunyai kesan darah juga dilihat membawa pisau bersamanya selain sebuah telefon bimbit yang dikatakan mahu digunakan untuk menghubungi polis.
Seorang penduduk Samin Ahmad Mahboob, 53, yang mengusahakan kedai makan di situ sejak 2004 mendakwa telah menegur suspek apabila melihat keadaan wanita di kerusi roda itu agak mencurigakan seperti sudah tidak bernyawa.
“Suspek mendakwa dia mahu menghubungi polis kerana sudah membunuh emaknya, namun polis tidak mahu datang. Saya sempat mengikut suspek dan menutup jenazah mangsa dan menawarkan diri untuk bantu menghubungi ambulans.
“Saya minta suspek untuk tinggalkan jenazah ibunya di bawah pokok mempelam dan mencadangkan dia duduk berehat di kedai kopi berhampiran, namun suspek enggan sebelum saya lihat pisau di tangannya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Pada kejadian sekitar 8.30 hingga 10.30 pagi tadi, Sefiah Hamid, 62, maut dipercayai akibat ditikam pada bahagian kiri leher oleh anaknya berusia 38 tahun di ruang tamu rumah mereka.
Mangsa yang difahamkan tidak boleh bergerak kerana pernah patah tulang belakang, dipercayai hanya tinggal berdua dengan suspek yang difahamkan mempunyai rekod rawatan psikiatri. Seorang lagi penduduk Halim Otman, 52, mendakwa suspek tidak banyak bercakap sebaliknya hanya mundar-mandir di kawasan sama apabila ditegur beberapa penduduk yang sedang bersarapan di kedai berhampiran.
Halim yang sudah 20 tahun menetap di taman perumahan itu mendakwa tidak pernah mengenali suspek, namun biasa melihat mangsa yang diketahuinya memang berkerusi roda.
“Saya periksa wanita di kerusi roda dan ternampak kesan kelar di leher…saya mula syaki itu kes bunuh dan hubungi polis sebelum kami mula menjauhi suspek kerana melihat ada pisau, namun pisau itu bersih berbanding kerusi roda yang ada kesan darah.
“Semasa kami memerhatikan suspek dari jauh, adik perempuan suspek bersama rakan lelakinya lalu dengan menaiki motosikal melihat jenazah ibunya. Suspek meluru ke arah motosikal itu dan menikam mereka.
“Kami membuat keputusan untuk membantu mereka kerana bimbang keadaan menjadi lebih teruk lalu menerkam ke arah suspek dan berjaya menangkapnya selepas beberapa minit bergelut,” katanya.

Sumber: BERNAMA, Eman Panji


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/11/13/video-suspek-tolak-jenazah-ibu-dengan-kerusi-roda-saksi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amuk Anak Tikam Ibu Sampai Mati Bawa Jalan Mayat Atas Kerusi Roda

Amuk Anak Tikam Ibu Sampai Mati Bawa Jalan Mayat Atas Kerusi Roda

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 576 hits
Seorang wanita maut dipercayai akibat ditikam pada bahagian kiri leher oleh anak lelakinya yang mempunyai masalah mental dengan menggunakan pisau dapur di Taman Kampung Padang di sini hari ini Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yus...
Majlis Konvo Diganti Urus Jenazah Ibu Bapa Pula Kaki Amp Tangan Sebelah Dah Tiada

Majlis Konvo Diganti Urus Jenazah Ibu Bapa Pula Kaki Amp Tangan Sebelah Dah Tiada

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 1018 hits
Antara majlis graduasi atau majlis pengebumian itu dialami graduan Universiti Malaysia Terengganu Muhammad Fahim Shamsudin setelah ibunya meninggal dunia akibat komplikasi darah tinggi dan kencing manis kelmarin Lebih mendukacitakan apabila...
Balita 2 Tahun Yang Peluk Jenazah Ibu Alami Trauma Selalu Teriak Mama Mama

Balita 2 Tahun Yang Peluk Jenazah Ibu Alami Trauma Selalu Teriak Mama Mama

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 225 hits
Pihak Rumah Sakit Bhayangkara Makassar masih melakukan trauma healing terhadap EA balita 2 tahun yang ditemukan di samping jenazah ibunya yang sudah membusuk selama 3 hari Kepala Rumah Sakit Bhayangkara Makassar Kombes Pol dr Farid Amansyah...
Status Kesucian Penggunaan Kerusi Roda Ke Saf Solat

Status Kesucian Penggunaan Kerusi Roda Ke Saf Solat

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 260 hits
SOALAN Kami sebagai pihak pengurusan masjid ingin mendapatkan pandangan berkaitan status kesucian penggunaan kerusi roda yang digunakan khasnya oleh Orang Kelainan Upaya dimana mereka melalui jalan jalan di luar masjid yang mana amat diragu...
Wtf Ibu Bapa Ini Biarkan Anaknya Kencing Di Atas Kerusi Ktm Tanpa Rasa Bersalah

Wtf Ibu Bapa Ini Biarkan Anaknya Kencing Di Atas Kerusi Ktm Tanpa Rasa Bersalah

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 448 hits
Tutur kata dan perlakuan ibu bapa adalah cermin peribadi anak Ibu bapa adalah insan yang paling dekat dengan anak anak Maka tidak hairanlah jika mereka memberi pengaruh besar kepada anak anak terutama yang masih kecil sama ada dari segi tin...
Bantuan Kerusi Roda Ringankan Beban Pesara Tentera

Bantuan Kerusi Roda Ringankan Beban Pesara Tentera

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 219 hits
Mat Jaafar terharu dengan keprihatinan semua pihak Oleh Fidee AzizKUALA TERENGGANU 7 November Beban yang ditanggung Pesara Tentera Mat Jaafar Ngah akhirnya terlerai apabila bantuan kerusi roda telah disampaikan oleh Pusat Khidmat Masyarakat...
Basikal Lajak Ibu Bapa Boleh Dikenakan Tindakan

Basikal Lajak Ibu Bapa Boleh Dikenakan Tindakan

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 882 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Sikap Anak 80 Ikut Cara Dan Gaya Ibu Ayahnya Kalau Jenis Kuat Suara Anak Pun Ikut

Sikap Anak 80 Ikut Cara Dan Gaya Ibu Ayahnya Kalau Jenis Kuat Suara Anak Pun Ikut

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 397 hits
Sedarkah anda cara kita bercakap ton suara kita intonasi suara pergerakan badan lenggok tubuh renungan mata dan ekspresi wajah apabila kita berinteraksi dengan orang lain adalah 80 hampir menyerupai cara dan gaya ayah ibu atau orang terdeka...
Basikal Lajak Ibu Bapa Biarkan Anak Tanpa Pengawasan Boleh Dipenjara

Basikal Lajak Ibu Bapa Biarkan Anak Tanpa Pengawasan Boleh Dipenjara

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 431 hits
Ibu bapa kepada anak yang terlibat dalam kegiatan basikal lajak sehingga mengundang bahaya kepada diri dan pengguna jalan raya boleh dikenakan tindakan undang undang Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Dat...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran

Cerita Hari Ini