Hukum Solat Berimamkan Orang Fasik



SOALAN:
Bagaimana hukum solat berimamkan imam yang fasik?

JAWAPAN:
Perkataan fasik adalah berasal dari perkataan ‘فسَق يَفْسِقُ ويَفْسُقُ فِسْقاً وفُسوقاً’. Ibn Manzur menyebut: Al-Fisq iaitu kederhakaan dan meninggalkan perintah Allah Azza wa Jalla dan keluar dari jalan kebenaran. (Lihat Lisan al-‘Arab, 10/308)

Fasik pada istilah bermaksud seorang yang melakukan dosa besar atau sering melakukan dosa-dosa kecil. (Lihat Hasyiyah al-Qalyubi wa ‘Umairah ‘ala Syarh al-Mahalli, 3/227)

Imam al-Syaukani menukilkan pandangan Imam al-Qurtubi yang menyebut: “Adapun kefasikan yang umumnya digunakan dalam syariat ialah; (perbuatan yang menyebabkan) keluar dari batas ketaatan kepada Allah SWT. Terkadang perbuatan tersebut boleh menyebabkan kekafiran dan boleh juga dianggap sebagai kemaksiatan.” (Lihat Tafsir Fath al-Qadir, 1/583)

Ini sepertimana disebut dalam hadis, Nabi SAW bersabda:

سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ، وَقِتَالُهُ كُفْرٌ
“Memaki orang Muslim itu perbuatan fasik dan memeranginya perbuatan kufur.” [Riwayat Bukhari (7076)]

Kata Ibn Battal ketika mensyarahkan hadith ini, maksud dilarang mencaci orang Muslim itu, kerana maruah diri seorang Muslim adalah terpelihara (haram dicabul) sebagaimana haram darah dan hartanya. Kaedah fiqh juga menyebut:

الأَصْلُ بَرَاءَةُ الذِّمَّةِ
“Asal seseorang itu adalah suci maruahnya (bebas dari tuduhan dan tanggungan).” (Lihat al-Asybah wa al-Naza’ir oleh Ibn Nujaim, hlm. 59)

Dalam isu di atas, kami nukilkan kenyataan dari Imam Nawawi dalam kitab al-Majmu’ yang menyebut: “Solat Ibn Umar berimamkan Hajjaj bin Yusuf adalah tsabit di dalam Sahih al-Bukhari dan selainnya di dalam al-Sahih, dan banyak hadis yang menunjukkan kepada sahnya solat berimamkan orang yang fasik dan pemimpin yang zalim.”

Ashab kami berkata: “Solat berimamkan orang fasik adalah sah dan tidak haram. Akan tetapi ia adalah makruh. Begitu juga dimakruhkan berimamkan orang yang melakukan bid’ah yang tidak sampai tahap kufur dengan bid’ahnya. Sekiranya sampai pada tahap kufur, maka kami telah jelaskan bahawa tidak sah solat berimamkannya sepertimana orang-orang kafir yang lain.”

Imam al-Syafie telah menaskan di dalam al-Mukhtasar berkenaan makruhnya solat berimamkan orang fasiq dan mubtadi’. Namun sekiranya dilakukan, sah solatnya. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 4/151)

Kesimpulan

Berdasarkan persoalan di atas, kami bahagikan isu fasik ini kepada dua; pertama, berdasarkan pengamatan kami, terdapat nas yang menunjukkan fasik boleh membawa kepada kufur. Jika sampai kepada tahap ini, maka solat di belakangnya adalah tidak sah sekiranya makmum mengetahui. Kedua, adapun fasik yang tidak membawa kepada kekufuran, maka ia tidaklah menjadi kesalahan untuk solat di belakangnya tetapi hukumnya adalah makruh lebih-lebih lagi dalam keadaan terdapat imam yang tidak fasik.

Dengan mengamati nas hadis Nabi, jelas menunjukkan kepada kita bahawa seorang yang hendak diimamkan hendaklah mempunyai kriteria yang terbaik, soleh lagi aslah berbanding dengan yang lain. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Mas’ud al-Ansari, Rasulullah SAW pernah bersabda:

يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ وَأَقْدَمُهُمْ قِرَاءَةً فَإِنْ كَانَتْ قِرَاءَتُهُمْ سَوَاءً فَلْيَؤُمَّهُمْ أَقْدَمُهُمْ هِجْرَةً فَإِنْ كَانُوا فِي الْهِجْرَةِ سَوَاءً فَلْيَؤُمَّهُمْ أَكْبَرُهُمْ سِنًّا وَلاَ تَؤُمَّنَّ الرَّجُلَ فِي أَهْلِهِ وَلاَ فِي سُلْطَانِهِ وَلاَ تَجْلِسْ عَلَى تَكْرِمَتِهِ فِي بَيْتِهِ إِلاَّ أَنْ يَأْذَنَ لَكَ أَوْ بِإِذْنِهِ
“Yang menjadi imam bagi sesuatu kumpulan ialah orang yang lebih pandai membaca al-Quran. Sekiranya mereka setara dalam bacaan, maka yang lebih alim dalam hadith, jika dalam hadith mereka pun sama maka yang lebih dahulu berhijrah, dan jika dalam hijrah juga mereka masih sama maka yang lebih tua usianya di kalangan mereka.” [Riwayat Muslim (613)]

Semoga Allah menjadikan kita orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa dan selamat daripada perbuatan yang membawa kepada fasik. Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا، وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا، وَارْزُقْنَا اجْتنِاَبَهُ، وَلَا تَجْعَلْهُ مُلْتَبِسًا عَلَيْنَا فَنَضِلَّ، وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
“Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikanlah kepada kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kepada kami untuk menjauhinya, dan jangan jadikannya terkeliru atas kami sehingga kami sesat. Dan jadikanlah kami bagi orang yang bertaqwa sebagai pemimpin.”

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/11/hukum-solat-berimamkan-orang-fasik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Imam Tidak Sempurnakan Bacaan Ayat Cerita Dalam Al Quran Ketika Solat

Hukum Imam Tidak Sempurnakan Bacaan Ayat Cerita Dalam Al Quran Ketika Solat

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 347 hits
SOALAN Apakah apabila imam tidak menyempurnakan bacaan ayat ayat berkaitan kisah di dalam solat akan menyebabkan solat menjadi kurang sempurna Adakah terdapat hadith berkaitan hal ini JAWAPAN Membaca surah atau sebahagian daripada ayat al Q...
Sebab Solat Kaum Hawa Tidak Sah Dan Terbatal Ini Sebabnya

Sebab Solat Kaum Hawa Tidak Sah Dan Terbatal Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 323 hits
Sebab Solat Kaum Hawa Tidak Sah dan Terbatal Ini Sebabnya Bila kita dalam penghijrahan yang lebih baik banyak benda yang kita kena ambil tahu Dan banyak benda jugak yang kita The post appeared first on
Fara Fauzana Akui 5 Tahun Pertama Bertugas Tak Pernah Solat Subuh

Fara Fauzana Akui 5 Tahun Pertama Bertugas Tak Pernah Solat Subuh

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 454 hits
Sebut saja nama Fara Fauzana bekas penyampai radio ini sentiasa menceriakan pendengarnya seawal 6 pagi lagi Malah ramai yang meluahkan rasa sedih apabila Fara membuat keputusan untuk mengundurkan diri pada 2016 untuk mendekatkan diri dengan...
Mufti Arah 3 Imam Turun Bukit Jalil Ketuai Solat Isyak Amp Doa Buat Harimau Malaya

Mufti Arah 3 Imam Turun Bukit Jalil Ketuai Solat Isyak Amp Doa Buat Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 446 hits
Perlawanan bola sepak di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari dilihat masih terasa bahangnya Kemenangan yang dicatatkan oleh pasukan Malaysia benar benar memberi semangat luar biasa kepada pemain dan juga penyokong untuk mengharungi per...
Menikmati Hadirnya Allah Ketika Solat

Menikmati Hadirnya Allah Ketika Solat

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 1551 hits
Katakanlah Sesungguhnya solatku dan ibadatku hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam Justeru selagi nyawa di kandung badan kerjakanlah ibadah dan sebarkan kebaikan setuntasnya agar menjad...
Jawab Persoalan Netizen Alif Satar Kongsi Video Solat

Jawab Persoalan Netizen Alif Satar Kongsi Video Solat

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 631 hits
Sekali lagi bergelar Ironman Langkawi 2019 apabila berjaya menamatkan cabaran dalam masa 15 jam rata rata netizen memuji kesungguhan dan mengagumi kekuatan fizikal pelakon dan pengacara Alif Satar Namun ada netizen mempersoalkan bagaimana A...
Tutup Mulut Kepochi Netizen Alif Satar Tunjuk Video Solat Ketika Ironman

Tutup Mulut Kepochi Netizen Alif Satar Tunjuk Video Solat Ketika Ironman

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 540 hits
Pada penghujung bulan Oktober lepas umum sedia tahu bahawa perlumbaan Ironman 2019 di Langkawi telah berlangsung Ia dihangatkan lagi dengan penyertaan beberapa orang selebriti seperti penyanyi dan pengacara hebat Alif Satar bekas Menteri Be...
Ramai Keliru Perlukah Solat Jenazah Ke Atas Mereka Yang Membunuh Diri Ini Jawapannya

Ramai Keliru Perlukah Solat Jenazah Ke Atas Mereka Yang Membunuh Diri Ini Jawapannya

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 282 hits
Benar membunuh diri adalah satu kesalahan terbesar yang terpaksa ditanggung oleh seseorang Semua orang muslim tahu jika mati disebabkan membunuh diri akan diazab di akhirat kelak Namun pernahkah terlintas dalam fikiran korang jika seseorang...
5 Lokasi Tumpuan Pelancong Di Tokyo Yang Menyediakan Ruang Solat

5 Lokasi Tumpuan Pelancong Di Tokyo Yang Menyediakan Ruang Solat

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 600 hits
Apabila kita sedang mengembara di negara yang majoriti penduduknya bukan beragama Islam antara kekangan yang sering dihadapi adalah mencari tempat untuk menunaikan solat Sememangnya agak sukar untuk kita menemui masjid masjid atau surau sur...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet