Start Semula Rawatan Kesuburan Kali Kedua


Rawatan kesuburan k.fiezz & mr hubby dimulakan lagi sekali tahun ni selepas berhenti separuh jalan tahun 2012. Yea, k.fiezz tak salah taip tahun. Dah 10 tahun lepas buat rawatan kesuburan kali pertama. K.fiezz & mr hubby pernah buat rawatan kesuburan sebelum ni di PPUM tapi terhenti separuh jalan sebab faktor kewangan kurang menyebelahi kitaorang masa tu sebab Doktor cadangkan kitaorang untuk buat proses IUI. Lepas dari berhenti rawatan kesuburan kat PPUM, kitaorang tak buat apa-apa. Cuma mengharapkan keajaiban dari Allah. Mana tahu Allah hadirkan zuriat secara semulajadi pada k.fiezz & mr hubby tapi rezeki masih belum berpihak pada kitaorang sehingga sekarang. 
Atas faktor usia yang makin meningkat, mr hubby cadangkan buat semula rawatan kesuburan tapi kali ni di HPUPM (Hosp.Pengajar UPM), hospital baru bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Dapat tahu pasal hospital ni pun melalui biras k.fiezz yang dah mulakan rawatan kesuburan kat sini

TEMUJANJI PERTAMA
K.fiezz call HPUPM untuk mulakan rawatan kesuburan kat sini tapi kena dapatkan surat rujukan dari mana-mana klinik samaada swasta atau kerajaan dulu. Lepas tu baru call semula kat sini untuk buat temujanji. 
K.fiezz & mr hubby dapatkan surat rujukan dari klinik swasta yang dekat area rumah. Doktor tanya serba sikit latar belakang untuk tulis dalam surat rujukan. Disebabkan faktor usia, Doktor tak banyak cerita bagi surat rujukan untuk buat rawatan di HPUPM ni

Dah dapat surat rujukan, k.fiezz e-mail ke klinik O&G bawah HPUPM ni. Tak tunggu lama, pihak hospital call & bagi tarikh untuk temujanji pertama. 
14hb Februari 2022 - k.fiezz & mr hubby ke sini untuk berjumpa dengan doktor. Sikit sesi pengenalan & latar belakang. Lepas tu terus Doktor terangkan serba sikit proses rawatan kat sini. Doktor tanya samaada k.fiezz & mr hubby nak buat proses IUI atau IVF tapi atas faktor usia, Doktor cadangkan IVF terus sebab percentage lebih sikit berbanding IUI. Jadi k.fiezz & mr hubby setuju untuk IVF. Doktor terangkan serba sikit proses IVF ni. 
Selepas sesi penerangan, k.fiezz & mr hubby kena bagi sample darah (boleh rujuk bil kat bawah senarai yang Doktor nak check). K.fiezz kena ambil darah dalam 4 bekas & mr hubby 1 bekas. Tambahan k.fiezz kena bagi sample air kencing juga sebab Dr nak check. Mr hubby pi cerita kat Doktor yang k.fiezz ni kerap kencing. haha. Jadi Dr nak tahu kot ada masalah lain pula. Benornya k.fiezz ni memang dari dulu ada masanya kerap kencing. Baru masuk toilet, eh nak kencing lagi. Tapi tak selalu lah situasi ni. Tengok keadaan. Tapi udah mr hubby pi cerita pula kat Dr, kena bagi juga lah sample air kencing sis..Jadi tadah lah air kencing yea, sis..haha.

Sebelum pengambilan darah yang k.fiezz cerita atas ni, k.fiezz kena masuk dulu kat bilik rawatan untuk pemeriksaan seterusnya iaitu check bahagian dalaman (rahim) sekiranya ada masalah atau tidak. Sekali juga buat pap smear. Uwaaa seriau tau..


Sesi untuk berjumpa dengan Doktor di sini setiap hari Isnin saja. 


Lama tak baring kat sini utk check apa yang patut. haha. Kat sini Doktor scan untuk tengok ada apa-apa masalah pada rahim atau tidak  & juga kena ambil sample untuk pap smear. Seriauuu masa part ni weiii..Risau result tak best je sebab dah lama tak buat. 
Selesai temujanji pertama sesi pengenalan, sekali dengan proses pap smear, ambil darah, air kencing & pemeriksaan dalaman. K.fiezz kena datang lagi nanti untuk buat pemeriksaan saluran tiub (HSG) pula. Untuk buat sesi pemeriksaan tiub ni kena buat appointment dulu. So lepas dah setel jumpa Doktor & ambil darah, mr hubby lari kejap ke jabatan X-Ray untuk set appointment check saluran tiub k.fiezz pula. 
SESI PEMERIKSAAN BERIKUTNYA
24 Februari 2022- K.fiezz ke sini lagi untuk sesi pemeriksaan saluran tiub (hsg). 
4 Mac 2022 - Mr hubby kena datang untuk bagi sample sperma pula. Hehe. Dr nak tahu samaada jumlah kiraan sperma normal atau tidak, laju atau tidak, bentuk cun ke idak..hehe... 

Ni bilik untuk suami mengeluarkan sample sperma. Besar weii. Haha. Isteri digalakkan masuk sekali untuk beri bantuan apa yang patut. haha. Aihhh. Sorry 18sx part ni. 


Dah berjaya keluarkan apa yang patut, masukkan bekas berisi tuttt dalam ni. Lepas tu selesai, boleh balik rumah. Keputusan masa jumpa Doktor untuk temujanji berikutnya
KEPUTUSAN DARAH & LAIN-LAIN
Patutnya 14 Mac 2022, k.fiezz & mr hubby kena jumpa semuia Dr untuk tahu keputusan-keputusan darah, pap smear & lain-lain. Tapi time ni kitaorang dua-dua +ve covid. Jadi k.fiezz re-schedule semula pada 11 April 2022.  Dup dap dup dap tunggu keputusan tau. 
Jeng jeng jeng..hasil keputusan semua sample yang ambil masa temujanji pertama bulan 2 yang lepas, alhamdulillah tak ada masalah KECUALI...halahhhh ada kecuali pula kan. Salah satu test darah untuk check hormon Laktin (penghasilan susu), bacaan k.fiezz tinggi. Patutnya bacaan normal 300++ je. K.fiezz punya sampai 700++..Adeh. So Dr cadangkan untuk ambil lagi darah masa ni untuk double confirm. Esoknya dapat keputusan, bacaan hormon laktin k.fiezz tetap sama macam yang sebelum ni. Jadinya kena makan ubat & Dr rujuk k.fiezz ke pakar untuk lebih detail. Ni k.fiezz kena jumpa pakar 2hb Jun 2022..Buat masa ni k.fiezz just makan ubat yang Doktor bagi untuk normalkan semula hormon laktin. Bacaan hormon laktin ni kena normal, baru Doktor boleh start proses kesuburan (IVF) k.fiezz & mr hubby. 
Keputusan darah mr hubby yang ambil 1 bekas tu pula, kena reject. Kena ambil lagi sekali masa datang kali ke-2 ni. Tapiiii esoknya Dr beritahu kena reject lagi sekali. Pihak hospital suruh datang ke situ untuk ambil darah lagi (tak kena bayar) atau buat kat luar nanti claim dengan diaorang. Mr hubby cakap nak buat kat luar lah. Fobia nak buat kat situ lagi..haha. Cek darah suami ni untuk hepatitis, HIV dan yang berkaitan (boleh rujuk bil kat bawah)

Berbalik pada masalah hormon laktin tinggi ni, macamana pula k.fiezz

Untuk info hormon laktin ni untuk penghasilan susu badan. Bagi perempuan yang mengandung dan menyusukan badan, bacaan hormon ni tinggi normal. Dalam kes k.fiezz yang tak mengandung & menyusukan badan, bacaan tinggi ni menganggu sebab antara kesan dia ialah tak subur. Jadi Dr bagi ubat untuk normalkan semula bacaan hormon ni ke bacaan yang sepatutnya. K.fiezz baru ambil ubat ni kat hospital & baru start makan. Nanti k.fiezz share next entry. 
Dah normal bacaan hormon ni baru Dr istart untuk proses IVF. 
Selain dari ni, result yang lain termasuk bacaan sperma mr hubby, alhamdulillah okey cuma pergerakan kurang laju & bentuk tak berapa cantik. Dr bagi supplement tambahan untuk mr hubby makan. Kebiasaannya lepas makan supplement ni sperma jadi lagi banyak, bergerak laju & bentuk cantik. Next entry k.fiezz share supplement tambahan yang kitaorang kena amalkan dalam proses rawatan kesuburan ni

KOS RAWATAN DI SINI
Untuk kakitangan goverment macam k.fiezz, kos rawatan kesuburan boleh claim tapi kena keluarkan duit sendiri dulu.  Ada setengah prosedur & ubat yang boleh guna GL. Selain dari tu kena bayar guna duit sendiri dulu,claim kemudian.  Kena isi borang tuntutan perubatan. Nanti k.fiezz share bila dah buat tuntutan, hokay.

Proses & ubat yang mana boleh guna GL

Proses HSG (cek saluran tiub) & ubat turunkan paras hormon laktin yang k.fiezz makan sekarang

Berapa kos setakat ni?
Pendaftaran - RM50 / setiap seorang (suami & isteri) = RM100Test utk sperm - RM60HSG test (cek saluran tiub fallopian) - guna GL
Yang lain, rujuk gambar bawah ni :-

Jumlah bil k.fiezz -  pengambilan sample darah untuk check seperti dalam senarai. 

Jumlah bil mr hubby - pengambilan sample darah untuk check seperti yang disenaraikan

Untuk permulaan ni, Doktor ada bagi cadangan untuk k.fiezz & mr hubby mula amalkan beberapa supplement bagi bantu pengeluaran telur k.fiezz yang malu-malu ni (haha) & cantikkan & bagi laju sperma mr hubby. haha. Kitaorang dah start amalkan. Mr hubby 1 je supplement. K.fiezz, 3 jenis supplement. Oh maiii..Udah lah sis sejenis susah nak telan ubat. Haha. Demi mu #fiezasanijunior, mummy makan juga tau. haha... 
Next entry k.fiezz share pasal supplement & ubat yang k.fiezz dan mr hubby tengah amalkan. 

Doakan Usaha K.fiezz & Mr hubby Ni Berjaya..Aamiin...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2022/05/start-semula-rawatan-kesuburan-kali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belum Reda Isu Cerai Talak 3 Isteri Kedua Amar Asyraff Kahwin Janda Anak Dua Pula Kali Ini

Belum Reda Isu Cerai Talak 3 Isteri Kedua Amar Asyraff Kahwin Janda Anak Dua Pula Kali Ini

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 293 hits
Kategori viral Belum reda isu cerai talak 3 isteri kedua Amar Asyraff kahwin janda anak dua pula kali ini Editor KEKASIH GELAPMU Belum reda berita pengesahan lafaz cerai talak tiga membabitkan isteri kedua pelakon
Berapa Kali Percubaan Dilakukan Oleh Orang Yang Berjaya Berbanding Yang Tak Berjaya

Berapa Kali Percubaan Dilakukan Oleh Orang Yang Berjaya Berbanding Yang Tak Berjaya

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 197 hits
Dalam hidup ni anda tentu pernah hadapi rasa kecewa sedih atau marah Semua rasa tersebut timbul sebab apa yang anda mahukan tak dapat Tak kisahlah Dari segi kebendaan atau perasaan Jika apa yang anda mahukan itu tak dapat jika disimpan pada...
Saman Lobi Kes Mahkamah Dr M Dakwa Zahid Bertemunya 5 Kali

Saman Lobi Kes Mahkamah Dr M Dakwa Zahid Bertemunya 5 Kali

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 202 hits
malaysiakini comDiterbitkan May 17 2022 Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menemuinya sebanyak lima kali antara 2018 hingga 2020 Mahathir berkata demikian dalam pernyataan pembelaannya sebaga...
Sikap Degil Untuk Terus Mencuba Banyak Kali Akan Bezakan Anda Dengan Orang Lain

Sikap Degil Untuk Terus Mencuba Banyak Kali Akan Bezakan Anda Dengan Orang Lain

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 221 hits
Sepanjang menjalani kehidupan dari kecil sampai besar anda tentu dah masak hadapi perasaan kecewa sedih atau marah Satu saja punca yang menyebabkan timbulnya perasaan kecewa tu semua Punca asasnya adalah disebabkan apa yang anda jangkakan j...
S4yu Adegan Di Mesin Atm Anak Belum Masuk Duit Bapa Tetap Berulang Kali Cvcuk Kad Walau Baki Dalam Akaun Cuma Rm11

S4yu Adegan Di Mesin Atm Anak Belum Masuk Duit Bapa Tetap Berulang Kali Cvcuk Kad Walau Baki Dalam Akaun Cuma Rm11

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 394 hits
LAIN orang lain rezeki dan ujiannya Begitulah juga kisah perkongsian wanita ini mengenai seorang lelaki warga emas yang ditemui secara tidak sengaja di sebuah bank baru baru ini Menerusi kapsyen yang ditulis wanita itu pada perkongsian vide...
Setiap Kali Kalah Pru Kita Bangkit Menang Bergaya

Setiap Kali Kalah Pru Kita Bangkit Menang Bergaya

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 153 hits
Setiap kali kalah PRU kita bangkit menang bergayaPosted By on May 18 2022Anggota KEADILAN tidak boleh memiliki perasaan tidak yakin akan kemenangan menuju Pilihan Raya Umum ke 15 Calon Timbalan Presiden KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasutio...
Artis Ini Jarang Timbulkan Kontroversi Tapi Kali Ini Seksi

Artis Ini Jarang Timbulkan Kontroversi Tapi Kali Ini Seksi

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 259 hits
May 15 2022 DIVA bukanlah nak mengumpat lebih lebih lagi kita masih dalam bulan Syawal yang mulia Tapi Diva terpanggil apabila melihat penampilan penyanyi dan juga pelakon Farahdhiya baru baru ini Baru saja tengok Farahdhiya berjubah bertud...
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke 51 Tahun 2022 Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke 51 Tahun 2022 Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 438 hits
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 51 TAHUN 2022 PERUTUSAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIABismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Apa khabar semua PENDAHULUAN1 Alhamdulillah sy...
Ravichandran Tawan Everest Kali Ke 3 Rancang Guna Tanpa Bantuan Oksigen Tahun Depan

Ravichandran Tawan Everest Kali Ke 3 Rancang Guna Tanpa Bantuan Oksigen Tahun Depan

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 171 hits
Misi pendakian T Ravichandran kali ini lebih manis apabila berjaya merealisasikan impiannya bersama seorang lagi pendaki negara N Elanghovan di puncak tertinggi dunia itu PETALING JAYA Pendaki negara T Ravichandran sekali lagi berjaya menaw...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation