Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke 51 Tahun 2022 Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia



SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE- 51 TAHUN 2022 : PERUTUSAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Apa khabar semua

PENDAHULUAN
1. Alhamdulillah, syukur kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya kita dapat meraikan sambutan Hari Guru bagi tahun 2022 pada hari ini. Setiap tahun pada tanggal 16 Mei adalah tarikh keramatpenuh bermakna kepada warga pendidik. Guru diberi pengiktirafan atas peranan dan pengorbanan mendidik anak bangsa. Pastinya sejak dahulu lagi, rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama sentiasa memberikan penghormatan dan penghargaan yang tidak terhingga terhadap tugas dan peranan guru

2. Pengalaman berhadapan dengan situasi pandemik COVID-19 selama dua tahun turut mengubah Sambutan Hari Guru, yang tidak dapat disambut sebagaimana kebiasaan. Namun, tanggal 16 Mei tetapmemberi nostalgia kepada warga sekolah terutamanya dalam kalangan guru untuk mengimbau kenangan manis Sambutan Hari Guru setiap tahun

3. Pada tahun ini, tema hari guru ialah ‘Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA’. Tema ini membawa pengertian yang cukup mendalam dan bermakna kerana guru merupakan tunjang utama dalam SistemPendidikan Negara. Peranan guru bukan sahaja untuk menyampaikan ilmu kepada murid, malah memastikan murid mempunyai sahsiah serta daya saing yang tinggi melalui penjiwaan amalan baik yang diterapkan melalui Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) di sekolah

4. Sesungguhnya dalam usaha melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, gurulah yang menjadi pengajar, pendidik dan pembimbing yang menyumbang khidmat bakti bermula dari tadika sehinggalah ke peringkat tertinggi. Guru menjadi pendukung dan pemacu kepada transformasi pendidikan negara. Setiap tahun kita telah melalui dan melihat pelbagai pengalaman serta kejayaan murid sama ada yangmasih menuntut di sekolah atau telah tamat persekolahan. Segala pengalaman pahit dan manis tersebut tidak akan dapat dirasai tanpa usaha gigih dan keprihatinan para guru

MELAHIRKAN MURID YANG MENGHAYATI NILAI
Warga Sekolah yang dikasihi,
5. Masyarakat di seluruh dunia terpaksa mengubah gaya hidup sehingga ada dalam kalangan mereka yang terpaksa keluar daripada kebiasaan akibat pandemik COVID-19. Negara kita juga tidak terkecualimengalami kesan akibat penularan COVID-19. Pendidikan anak-anak amat terkesan dengan cabaran dalam era pandemik COVID-19 yang menyaksikan perubahan penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Atas keprihatinan dan tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pendidikan anak-anak perlu diteruskan dengan pelbagai kaedah termasuklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian, luar talian atau off-site. 
6. Pengalaman PdPR telah memberi ruang dan peluang kepada para guru dalam meningkatkan kemahiran teknologi digital malahan kepada anak-anak sekalian. Hal ini turut memberi satu peningkatan kemahiran digital dalam kaedah PdPc apabila pengoperasian sekolah dibuka secara bersemuka. Penggunaan aplikasi teknologi digital diteruskan dalam PdPc agar pendidikan negara terus relevan seiring dengan perkembangan teknologi tanpa mengabaikan nilai-nilai murni dalam kehidupan kita

7. Sehubungan dengan ini, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 turut memberi penekanan kepada pembudayaan amalan baik untuk mewujudkan ekosistem yang kondusif melalui Anjakan 3: Melahirkan Rakyat yang Menghayati Nilai. Dalam usaha untuk mencapai matlamat melahirkan insan yang seimbang, harmoni dan sejahtera, konsep Sekolahku SEJAHTERA diperkenalkan. Konsep ini bertujuan memupuk dan membudayakan amalan nilai murni dalam kalangan warga sekolah serta mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan kondusif. 
8. Saya percaya, suasana sekolah yang selamat, aman, selesa dan menggembirakan dapat menarik minat dan semangat murid untuk hadir ke sekolah setiap hari. Hal ini penting agar suasana sekolah yang kondusif dan menyeronokkan menjadi tarikan untuk anak-anak mengikuti PdPc serta melaksanakan pelbagai program dan aktiviti kokurikulum bagi memastikan kemenjadian murid

PENERAPAN ELEMEN SEJAHTERA
Warga Sekolah yang dikasihi,
9. Konsep Sekolahku SEJAHTERA adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. 
10. Penerapan elemen SEJAHTERA bermula daripada peringkat prasekolah dan berterusan sehingga peringkat menengah dan diamalkan sepanjang hayat. Proses penerapan elemen SEJAHTERA berfokuskan kepada pembelajaran berpusatkan murid bagi memastikan pembelajaran lebih bermakna dan berkesan

11. Konsep ini juga bermatlamat untuk menambah baik peranan guru sebagai pemboleh daya penerapan elemen SEJAHTERA. Penerapan elemen SEJAHTERA dalam kalangan murid perlu dilaksanakan secara menyeluruh di dalam dan di luar sekolah yang melibatkan aktiviti berstruktur dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid yang sejahtera sudah pasti akan membentuk sekolah sejahtera. Usaha ini perlu melibatkan kolaboratif antara pihak sekolah dengan keluarga serta sokongan komuniti

KEMENJADIAN MURID DI SEKOLAH DAN DI LUAR SEKOLAH
Warga Sekolah yang dikasihi,
12. Saya percaya bahawa setiap elemen dalam konsep sekolahku SEJAHTERA yang difahami, dipraktikkan dan dihayati dapat membentuk budaya amalan baik di sekolah serta mewujudkan suasanasekolah yang selamat. Elemen yang dipraktikkan juga berupaya melahirkan insan bernilai positif yang dapat menyumbang kepada pembentukan masyarakat sejagat

PENUTUP
Warga Sekolah yang dikasihi,
13. Akhir kata, marilah kita bersama-sama memastikan tema sambutan Hari Guru iaitu Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA ke arah membina negara bangsa melalui pelaksanaan pendidikan yang berkualiti. Kepada guru, andalah pewaris negara yang membina generasi baharu. Sekali lagi, saya ucapkan Selamat Hari Guru, Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA. “Terima kasih cikgu!”
Sekian. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Muat turun dokumen melalui pautan : https://www.moe.gov.my/muat-turun/lain-lain/5185-perutusan-hari-guru-tahun-2022-ketua-pengarah-pendidikan-malaysia/file
--- #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mknaceunlimited.blogspot.com/2022/05/sambutan-hari-guru-peringkat-kebangsaan_15.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Contoh Pidato Sambutan Ketua Panitia Qurban Hari Raya Idul Adha

Contoh Pidato Sambutan Ketua Panitia Qurban Hari Raya Idul Adha

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 557 hits
Contoh Pidato Sambutan Ketua Panitia Qurban kurban Idul Adha Kali ini admin postingkan contoh pidato sambutan ketua pelaksana kegiatan qurban idul adha silahkan simak di bawah ini Assalamu alaikum wr wb Alhamdulillahirobbil ngalamin washola...
Guru Tunjang Sekolah Sejahtera Tema Hari Guru 2022

Guru Tunjang Sekolah Sejahtera Tema Hari Guru 2022

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 1795 hits
TEMA HARI GURU 2022 Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA Sekolahku SEJAHTERA merupakan amalan baik yang diamal dan dihayati sehingga menjadi budaya dalam kehidupan di dalam dan di luar sekolah Penerapan tersebut boleh dilaksana secara bersepadu m...
Bantuan Kewangan Rm 600 Kepada Rakyat Malaysia L Bantuan Bmt Tahun 2022 L Mohon Segera

Bantuan Kewangan Rm 600 Kepada Rakyat Malaysia L Bantuan Bmt Tahun 2022 L Mohon Segera

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 316 hits
BANTUAN KEWANGAN RM 600 KEPADA RAKYAT MALAYSIA l BANTUAN BMT TAHUN 2022 l MOHON SEGERA Dalam usaha kerajaan membantu mereka yang memerlukan telah pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan melalui agensi agensinya yang p...
Selamat Hari Guru 2022 Guru Tunjang Sekolah Sejahtera

Selamat Hari Guru 2022 Guru Tunjang Sekolah Sejahtera

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 390 hits
Selamat Hari Guru 2022 Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA Selamat Hari Guru pada semua insan yang bergelar pendidik cikgu cikgu yang pernah mengajar kami rakan rakan perencana di pengurusan rakan rakan pelaksana di lapangan secara langsung atau...
Sambutan Hari Raya 2022 Selepas Pandemik Covid 19

Sambutan Hari Raya 2022 Selepas Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 287 hits
Sambutan Hari Raya 2022 Selepas Pandemik Covid 19 Alhamdulillah raya aidilfitri tahun 2022 dapat disambut dengan meriah di seluruh negara dengan gambaran situasi jammed di kebanyakan lebuhraya di Malaysia Duit mesin ATM pun habis stok kedai...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443 H Tahun 2022

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443 H Tahun 2022

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 415 hits
Assalamualaikum Hai Pembaca semua Salam Aidilfitri Sudah tujuh hari kita semua menyambut This is a content summary only Visit my website for full links other content and more
Tu Dia Penang Hargai Guru Agama Dan Sambutan Hari Guru Agama Pulau Pinang Sedang Berlangsung

Tu Dia Penang Hargai Guru Agama Dan Sambutan Hari Guru Agama Pulau Pinang Sedang Berlangsung

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 167 hits
pesantren pesantrian atauLIVE140 is live now Jom ikuti Majlis Apresiasi Guru Institut Islam Cemerlang Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2022 Tarikh 19 Mei 2022M 18 Syawal 1443H Khamis Tempat Pusat Konvensyen PERD...
Koleksi Pantun Dan Ucapan Selamat Hari Guru 2022

Koleksi Pantun Dan Ucapan Selamat Hari Guru 2022

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 1431 hits
Setiap tahun pada 16 Mei Malaysia sentiasa memperingati Hari Guru sebagai bentuk penghargaan atas jasa para guru yang telah mendidik anak bangsa Memang tidak dapat dinafikan bahawa guru merupakan seorang yang sangat berjasa dalam kehidupan ...
Misteri Dinding Megalitik Montana Yang Menggegarkan Dunia Sains Dan Sejarah

Sungai Golok Attackers Wore Niqabs To Hide Identities Says Deputy Mayor

Ministry To Address Corruption In Ums Says Deputy Minister

Siling Pusat Beli Belah Popular Di Jb Runtuh

Apa Itu Tin Ini 3 Cara Dapatkan Tin Tax Identification Number

Achey Tantari Baby Feaaa Ragam Raya Chord

Balik Asrama

Fipper X Jujutsu Kaisen Langkah Bergaya Dengan Semangat Anime Raya 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Lembutkan Daging Kredit Cham Osman

Raikan Hari Raya Bersama Kempen Serlahkan Perayaan Mu Dengan Guardian

Geek Bar Raih If Design Award 2025 Untuk Dua Produk Konsep Inovatif

Lirik Lagu Balaklava Fetya

Mencari Al Khaliq

Iman Troye Salam Salam Lebaran Chord