Standby Hadapi Kemelesatan Ekonomi Tahap Super



 Ketika Malaysia sedang memerangi penularan pandemik koronavirus (Covid-19) yang mencatatkan 14 kematian setakat semalam, harga minyak global menunjukkan penurunan berterusan di bawah paras AS$30 setong

Penurunan harga minyak di bawah paras harga itu sudah pasti amat membimbangkan ditambah arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu sejak 18 Mac lalu dijangka dilanjutkan untuk satu tempoh sehingga wabak itu dapat dikawal

Kebimbangan terhadap masa hadapan ekonomi negara semakin ketara apabila Bernama semalam mendedahkan Bursa Malaysia dibuka rendah dengan indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.64 peratus atau 60.58 mata kepada 1,242.70

Ketika indeks pasaran saham negara itu merudum, penanda aras minyak mentah Brent diniagakan pada AS$28.15 setong sekali gus dianggap paras terendah sejak tahun 2003. Harga itu turun hampir tiga peratus kelmarin

Lebih mengejutkan, minyak mentah Brent susut 66.16 peratus daripada nilainya pada tahun ini. Keadaan itu sekali lagi mengundang kebimbangan sama ada kewangan negara mampu menghadapi apa yang dipanggil The Great Depression (Kemelesetan Besar) ketika ini

Selain itu, tumpuan rakyat juga terarah kepada kemampuan negara menyempurnakan Belanjawan 2020


Mengenai prestasi pasaran saham global, Malacca Securities melalui nota penyelidikannya menegaskan, pasaran global masih di tahap tidak menentu seiring dengan prestasi indeks global terutama Dow Jones Industrial Average dan Bursa Saham New York (NYSE)

Susulan jangkaan harga minyak global berterusan mengalami penurunan dalam tempoh beberapa bulan, ditambah implikasi negatif Covid-19 sangat besar, bagaimana pula dengan nasib pasaran saham dan ekonomi negara kita yang sangat bergantung kepada pendapatan hasil penjualan minyak mentah

Penganalisis Ekonomi daripada Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pasaran saham Malaysia menjunam teruk sejak 11 tahun lalu apabila jatuh ke paras 1,219.72 Khamis lepas dan akan kekal di bawah 1,300 mata sehingga Isnin

Menurutnya, satu pertiga syarikat (324 kaunter) yang tersenarai di Bursa Malaysia telah jatuh nilainya melebihi 70 peratus sejak beberapa minggu lepas

“Selagi wabak Covid-19 belum dapat dibendung di peringkat global, pasaran saham dijangka terus merudum

“Kemungkinan ia berlarutan untuk dua hingga tiga bulan akan datang dan bakal menyaksikan pergerakan saham yang amat tidak stabil setiap hari,” katanya


Muflis
Ahmed Razman berkata, susulan pengumuman terkini oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung bantuan kewangan bagi menangani Covid-19 semalam, amat penting bagi pemimpin kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri turun padang untuk memastikan rakyat tidak dibebani masalah hutang dan kesukaran membeli barangan keperluan asas

Menurutnya, jika perkara itu tidak dilakukan, ramai orang akan jatuh muflis termasuk perniagaan akan gulung tikar yang bakal mengakibatkan masalah lebih buruk kepada ekonomi dan sosial

“Kemampuan kita memacu semula ekonomi domestik bergantung kepada kerjasama semua termasuk pihak swasta iaitu majikan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat sendiri. Paling penting adalah memastikan semua dana yang disalurkan terus sampai kepada pihak sepatutnya tanpa berlaku pertindihan dan ketirisan,” katanya

Ahmed Razman turut menjangkakan kesemua pasaran saham dunia terus mengalami kejatuhan teruk malahan Dow Jones Industrial Average di AS sendiri mengalami kejatuhan terbesar sejak Oktober 1987

Selain itu, beliau menegaskan terdapat beberapa isu ekonomi dunia selain Covid-19 yang berlaku pada masa ini sebenarnya memberi kesan kepada Malaysia seperti perang minyak antara Arab Saudi dan Rusia

“Ramai tidak menyedari perang minyak ini sebenarnya menyebabkan harga minyak dunia jatuh dengan teruk seperti minyak mentah Brent jatuh di bawah AS$30 setong

“Situasi ini memberi kesan kepada kita kerana Belanjawan 2020 dibuat adalah berdasarkan harga minyak AS$62 setong dan pendapatan daripada hasil petroleum menyumbang kepada 30.9 peratus pendapatan negara,” katanya

Sementara itu, Pakar Ekonomi, Profesor Dr Barjoyai Bardai berpendapat pasaran saham negara sangat dipengaruhi oleh pasaran saham NYSE, di mana kejatuhan teruk nilai saham NYSE pada Jumaat lalu ternyata memberi kesan besar kepada pasaran saham tempatan

Menurutnya, apabila mata kejatuhan NYSE semakin hari semakin teruk, secara automatik ia memberi petunjuk kesan kegawatan ekonomi semakin hampir manakala wabak Covid-19 sekadar mempercepatkan lagi tempoh kegawatan itu

“Kitaran kegawatan ekonomi yang dijangka bermula pada bulan hadapan atau suku kedua tahun 2020 adalah sangat serius sehingga boleh dianggap sebagai tempoh kemelesetan besar ekonomi negara

“Kegawatan ekonomi kali ini adalah tiga kali ganda lebih teruk daripada kitaran terdahulu. Ia terkesan daripada wabak Covid-19, penurunan harga minyak yang berterusan dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan yang hampir melumpuhkan ekonomi domestik,” katanya

Barjoyai berkata, meskipun bursa saham Malaysia masih dibuka dengan pelabur dibenarkan membuat urus niaga pelaburan dari rumah, ia masih tidak dapat menutup hakikat bahawa ekonomi negara tidak berjalan lancar

Beliau menjelaskan, pelabur perlu mengetahui maklumat persekitaran dan keadaan ekonomi domestik sebelum membuat keputusan untuk melabur

“Justeru, apabila pelabur-pelabur ini diarahkan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, mereka akan bersikap pesimistik kerana mereka gelisah tidak mendapat maklumat persekitaran sebenar sebelum membuat keputusan melabur

“Dengan sentimen pelaburan yang akan berterusan pesimistik dan negatif, saya tidak menolak kemungkinan pelabur akan hanya tertumpu kepada aktiviti dagangan membabitkan sektor penjagaan kesihatan,” katanya

Barjoyai turut mencadangkan kerajaan mewujudkan satu tabung kemanusiaan bagi menampung masalah isi rumah yang tiada sumber pendapatan jika Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan selepas bulan Mac ini.Tabung RM30 bilion
Menurutnya, kerajaan memerlukan dana sekurang-kurangnya sehingga RM30 bilion bagi menjayakan tabung itu di mana dana itu mungkin disalurkan dalam bentuk baucar makanan

“Saya yakin 85 peratus isi rumah yang bekerja dalam sektor swasta akan diarahkan cuti tanpa gaji kerana majikan-majikan terutama bagi industri kecil dan sederhana (IKS) tidak mampu membiayai pekerja mereka yang diarahkan cuti lebih daripada dua minggu

“Saya yakin manfaat tabung kemanusiaan ini akan dirasai lebih tujuh juta keluarga dan secara tidak langsung membantu ekonomi domestik untuk terus bernafas dengan dana baucar makanan itu akan memberi pendapatan kepada peniaga-peniaga,” katanya

Berdasarkan pandangan diberikan dua pakar penganalisis ekonomi terbabit, ada baiknya semua rakyat Malaysia lebih berjimat cermat dalam menguruskan kewangan isi rumah masing-masing daripada bersikap boros dengan melakukan pembelian panik ketika ini

Tempoh kegawatan ekonomi dianggap paling serius turut dijangkakan berterusan sehingga penghujung tahun sekali gus mengundang kebimbangan nasib 14.6 juta pekerja sektor swasta yang berisiko tinggi diberhentikan kerja atau hilang punca pendapatan akibat syarikat masing-masing gulung tikar

Sebagaimana pesanan Perdana Menteri semalam: “Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat” maka sudah tiba masanya seluruh rakyat bersatu dalam mendepani dua cabaran utama negara iaitu kegawatan ekonomi dan wabak Covid-19

SinarHarian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/03/standby-hadapi-kemelesatan-ekonomi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Langkah Bi Jaga Stabilitas Ekonomi Hadapi Dampak Virus Corona

7 Langkah Bi Jaga Stabilitas Ekonomi Hadapi Dampak Virus Corona

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 169 hits
Bank Indonesia menyiapkan 7 langkah mitigasi risiko untuk menjaga stabilitas pasar uang dan sistem keuangan dan mendorong momentum pertumbuhan ekonomi dalam menghadapi dampak dari virus corona Pertama dengan memperkuat intensitas kebijakan ...
Berita Ekonomi 280220

Berita Ekonomi 280220

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 296 hits
https chat whatsapp com D666mZWGibC49nYhOZ2czp WhatsApp https t me johortimes Telegram
Meski Kerja Di Rumah Sri Mulyani Tetap Pantau Perkembangan Ekonomi Ri

Meski Kerja Di Rumah Sri Mulyani Tetap Pantau Perkembangan Ekonomi Ri

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 198 hits
Bagi Bendahara Negara ini sistem kerja Work From Home atau kerja dari rumah bukan berarti tidak berbuat dan melakukan apa apa Namun tetap memikirkan bagaimana kondisi negara termasuk melihat perkembangan ekonomi Indonesia saat ini
Stimulus Ekonomi Iii Siap Diluncurkan Antisipasi Dampak Virus Corona

Stimulus Ekonomi Iii Siap Diluncurkan Antisipasi Dampak Virus Corona

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 192 hits
Penyebaran virus corona yang terus meluas dan cepat membuat pemerintah harus cepat mengambil keputusan Keputusan cepat juga dibutuhkan untuk mengantisipasi dampak virus corona ke sektor ekonomi
Dampak Ekonomi Jika Presiden Terapkan Lockdown

Dampak Ekonomi Jika Presiden Terapkan Lockdown

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 159 hits
Banyak hal yang harus dipertimbangkan dari sisi ekonomi ketika pemerintah memutuskan untuk melakukan lockdown Mengingat sebagian besar pasokan barang di DKI Jakarta masih bergantung dari luar
Covid 19 Shahril Bentangkan Cadangan Tindakan Ekonomi Segera

Covid 19 Shahril Bentangkan Cadangan Tindakan Ekonomi Segera

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 285 hits
SUDAH banyak persoalan tentang apa yang bakal berlaku ke atas nasib pekerja peniaga kecil dan lain lain Bila krisis melanda hampir semua akan terkesan tapi tak boleh dinafikan golongan berpendapatan rendah paling berisiko terkesan dengan kr...
Korona Dan Krisis Ekonomi Dorong Balkanisasi Indonesia

Korona Dan Krisis Ekonomi Dorong Balkanisasi Indonesia

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 215 hits
Oleh Data pemerintah jumlah penderita korona saat ini tidak banyak tetapi virus ini menyebar cepat dan menjadi ketakutan besar bagi banyak orang Banyak kegiatan dihentikan pelayanan publik ditunda dan atau dikerjakan secara online Dampak ya...
Cegah Dampak Corona Amartha Prioritaskan Keberlangsungan Sektor Ekonomi Informal

Cegah Dampak Corona Amartha Prioritaskan Keberlangsungan Sektor Ekonomi Informal

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 183 hits
Pendiri dan CEO Amartha Andi Taufan Garuda Putra mengatakan pihaknya terus melakukan pemantauan situasi dan perkembangan Covid 19 secara cermat dan melakukan berbagai tindakan pencegahan guna memastikan pendananan dan usaha Mitra Amartha ti...
Pemerintah Diminta Fokus Tangani Virus Corona Lebih Efektif Dampaknya Ke Ekonomi

Pemerintah Diminta Fokus Tangani Virus Corona Lebih Efektif Dampaknya Ke Ekonomi

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 234 hits
Analis Valbury Asia Futures Lukman Leong mengatakan saat ini pemerintah harus memprioritaskan upaya penanganan penyebaran Virus Corona atau Covid 19 di Indonesia Hal ini jauh dianggap lebih penting dibandingkan terus berkutat pada perumusan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut