Covid 19 Shahril Bentangkan Cadangan Tindakan Ekonomi Segera




SUDAH banyak persoalan tentang apa yang bakal berlaku ke atas nasib pekerja, peniaga kecil dan lain-lain.
Bila krisis melanda, hampir semua akan terkesan tapi tak boleh dinafikan golongan berpendapatan rendah paling berisiko terkesan dengan krisis Covid-19 yang sedang melanda negara kita sekarang.
Kerajaan ada pilihan.
Setiap pilihan ada baik dan buruknya, tetapi memilih untuk tidak berbuat apa lebih buruk kesannya.
Saya tak bermaksud Kerajaan sekarang tak buat apa-apa tapi bagi saya Kerajaan perlu memperkenal dan melaksana langkah-langkah yang lebih drastik untuk melindungi dan menyokong golongan-golongan yang terkesan dengan krisis ini.
Cadangan saya untuk pertimbangan pihak Kerajaan antaranya adalah:
1. Penangguhan atau morotarium pembayaran semula pinjaman kepada individu dan juga syarikat dan perniagaan yang terjejas dengan syarat sebelum krisis Covid-19 melanda, individu dan perniagaan ini mempunyai rekod pembayaran semula yang baik dan syarikat ini tidak akan membuang pekerja.
Morotarium ini mestilah dijamin oleh Kerajaan supaya pinjaman individu dan perniagaan tidak menjadi pinjaman tidak berprestasi atau non-performing loan (NPL) yang akan memberi kesan terhadap sistem perbankan negara.
2. Sekiranya selepas morotarium pembayaran semula pinjaman diberikan, perniagaan dan syarikat masih tidak mampu membayar gaji pekerja, Kerajaan akan memberi bantuan subsidi gaji setinggi 75% daripada gaji pekerja-pekerja dalam syarikat yang terkesan.
3. Penangguhan pembayaran cukai pendapatan korporat ke tahun yang akan datang, sekali lagi dengan syarat syarikat-syarikat yang terbabit tidak membuang pekerja.
4. Pembayaran tunai secara terus kepada individu-individu yang berisiko tinggi untuk terjerumus ke kancah kemiskinan akibat diberhentikan kerja atau diberi cuti tanpa gaji.
Ada banyak lagi pilihan dasar yang boleh dilaksanakan tetapi pointnya adalah langkah-langkah ini mesti bertujuan untuk mengelakkan syarikat dan perniagaan gulung tikar dan mengelakkan pemberhentian pekerja yang akan meningkatkan kadar pengangguran dan ketiadaan pendapatan di kalangan pekerja.
Macam mana Kerajaan nak buat?
a) Kerajaan dan rakyat mesti terima kenyataan bahawa defisit Kerajaan akan meningkat. Defisit Kerajaan boleh ditangani dan sebenarnya sangat diperlukan dalam keadaan krisis seperti sekarang.
Defisit boleh dikurangkan semula apabila krisis sudah berlalu dan ekonomi kembali pulih.
Tiada siapa yang risaukan tentang defisit semasa ‘zaman perang’. Dalam ‘peperangan’ ini, rakyat hanya risaukan esok ada kerja tak? duit dalam kocek cukup tak nak beli makanan? anak isteri keluarga nak makan apa malam ni?
b) Saya sedar bahawa terdapat kekangan dari segi hasil Kerajaan kerana mengikut undang-undang negara, perbelanjaan mengurus hanya boleh dibiayai melalui hasil Kerajaan dan Kerajaan tidak boleh menggunakan pinjaman untuk membiayai perbelanjaan mengurus.
Oleh sebab harga minyak menjunam baru-baru ini, Kerajaan perlu kreatif sekiranya pindaan undang-undang sukar untuk dilaksanakan. Ada pelbagai pilihan dasar yang boleh dipilih, contohnya perbelanjaan di luar jangka, Bank Negara sebagai perangka dasar monetari yang boleh bertindak membantu keadaan ekonomi negara.
c) Sekiranya Kerajaan perlu menerbitkan bon atau sukuk untuk membiayai program dan polisi spesifik berkaitan Covid-19, buatlah. KWSP atau Bank Negara sendiri boleh langgan bon dan sukuk tersebut.
Dalam keadaan sekarang terdapat lebihan kapasiti dalam pasaran buruh selepas pekerja terpaksa bercuti tanpa gaji, diberhentikan dan digantung kerja. Sekiranya Kerajaan menyuntik wang ke dalam ekonomi sebenar, risiko untuk berlaku inflasi berlebihan adalah rendah.
Kilang-kilang di China juga sudah mula beroperasi semula, jadi isu rantaian bekalan saya rasa akan kembali pulih dalam masa yang terdekat.
Kerajaan perlu memastikan permintaan dan penggunaan swasta tidak terjejas teruk. Kerajaan perlu memasukkan duit ke dalam kocek rakyat. Subsidi gaji ke, kredit cukai pendapatan ke atau tambahan bantuan tunai terus kepada golongan sasar kesemuanya patut dipertimbangkan.
Cadangan saya di atas tidaklah menyeluruh atau komprehensif. Tetapi saya berharap Kerajaan boleh mempertimbangkannya.
Kita tidak ada masa lagi. Lebih lambat Kerajaan bertindak, lebih lama dan panjang masanya untuk ekonomi rakyat dan negara kita pulih. Buatlah sesuatu sekarang. – UMNO ONLINE




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/03/18/covid-19-shahril-bentangkan-cadangan-tindakan-ekonomi-segera/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=covid-19-shahril-bentangkan-cadangan-tindakan-ekonomi-sege

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Song Joongki Diarah Pulang Segera Penggambaran Filem Bogot Di Colombia Dihentikan

Covid 19 Song Joongki Diarah Pulang Segera Penggambaran Filem Bogot Di Colombia Dihentikan

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 298 hits
Virus COVID 19 kelihatan tidak akan surut untuk beberapa waktu ini Bukan sahaja individu biasa yang terpaksa melupakan sahaja niat untuk pergi ke tempat kerja bahkan kesemua pelakon kini turut dinasihatkan supaya menghentikan sebarang pengg...
Kerajaan Tubuh Majlis Tindakan Ekonomi Bersidang Setiap Isnin

Kerajaan Tubuh Majlis Tindakan Ekonomi Bersidang Setiap Isnin

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 241 hits
MESYUARAT Kabinet pertama dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memutuskan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi sebagai langkah segera mendepani cabaran ekonomi negara Muhyiddin berkata EAC yang dipengerusikan o...
Doktor Kongsi Cara Periksa Covid 19 Sendiri Di Rumah Guna Point Kalau 2 3 Point Segera Ke Hospital

Doktor Kongsi Cara Periksa Covid 19 Sendiri Di Rumah Guna Point Kalau 2 3 Point Segera Ke Hospital

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 709 hits
Rasa nak ke hospital lah nak check Covid 19 Anda risau anda dapat COVID19 Anda rasa anda perlu pergi ke hospital untuk rawatan Anda bagus sebab anda concern pasal kesihatan anda dan orang sekeliling anda sumber gambar Sinar Harian Tapi tung...
Laksana Segera Pakej Ransangan Ekonomi Kedua Dr Xavier

Laksana Segera Pakej Ransangan Ekonomi Kedua Dr Xavier

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 206 hits
Laksana segera pakej ransangan ekonomi kedua Dr XavierOleh March 20 2020Kerajaan Perikatan Nasional digesa memulakan pakej rangsangan ekonomi kedua bagi menangani wabak Covid 19 selain menggantung kegiatan urus niaga dagangan di Bursa Malay...
Dibanding Stimulus Ekonomi Pemerintah Disarankan Segera Terapkan Lockdown

Dibanding Stimulus Ekonomi Pemerintah Disarankan Segera Terapkan Lockdown

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 167 hits
Dengan adanya stimulus yang dikeluarkan pemerintah tak akan memberikan dampak signifikan Pemerintah disarankan segera melakukan lockdown meskipun aktivitas perekonomian akan berhenti
Dana Desa Untuk Covid 19 Siap Dicairkan Segera Urus Dokumennya

Dana Desa Untuk Covid 19 Siap Dicairkan Segera Urus Dokumennya

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 191 hits
Dirjen Pembangunan dan Pemberdayaan Masyarakat Desa Taufik Madjid meminta pada jajaran perangkat desa untuk menyiapkan dokumen pencairan dana desa Hal tersebut agar dana desa bisa cair untuk penanganan virus corona Covid 19 Taufiq menjelask...
Bimbang Jangkitan Covid 19 Pasangan Pengembara Kapcai Tekad Pulang Segera Ke Malaysia

Bimbang Jangkitan Covid 19 Pasangan Pengembara Kapcai Tekad Pulang Segera Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 299 hits
MENGEMBARA ke serata dunia dengan menaiki motosikal jenis kapcai adalah sesuatu yang sangat luar biasa apatah lagi jika hobi itu dilakukan bersama pasangan sendiri Namun apabila musim wabak COVID 19 mula menyerang segenap penjuru dunia ia t...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Nasi Ayam Pandan Yang Mudah Dan Sedap

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions