Sspn Jadi Penaja Bersama Kids Fiesta 2019 Berlangsung Meriah Raikan Kanak Kanak


Sepanjang tiga hari itu, pelbagai aktiviti menarik disusun buat semua pengunjung. Malah deretan kedai jualan yang terletak di Convention Hall, berjaya menarik perhatian ramai pengunjung. Antara tarikan utama terutama dalam kalangan kanak-kanak adalah Petting Zoo, Rumah Hantu, permainan video AR dan VR, Superkids Face Painting, Zon Doktor Gigi.
Selaku penaja utama Pa&Ma Superkids Fiesta 2019, SSPN juga menyediakan kemudahan kepada ibu bapa untuk terus membuka akaun simpanan anak mereka serta berpeluang menyertai hadiah cabutan bertuah tahunan.

 
Selain daripada itu pelbagai hadiah menarik juga turut ditawarkan kepada semua yang membuka akaun simpanan SSPN sepanjang tiga hari pesta berlangsung. Ternyata booth SSPN mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung dengan tawaran pembukaan akaun serendah RM20. SSPN juga memeriahkan pesta kali ini dengan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak di pentas utama.
Selain itu SSPN juga turut menjadi penaja pertandingan Himpunan Cita-Cita Pa&Ma yang mendapat sambutan begitu menggalakkan. Seramai 60 orang peserta kanak-kanak berusia dari 4 hingga 12 tahun bergaya dengan pakaian profesion idaman mereka serta mempersembahkan sketsa menarik berdasarkan cita-cita tersebut.

 
Pertandingan ini bukan hanya mencabar keberanian anak-anak kecil di pentas bahkan mencungkil bakat muda dalam mempamerkan cita-cita yang mereka ingini melalui persembahan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Puan Mastura Mohd Khalid, Timbalan Ketua Eksekutif PTPTN,
Menariknya kali ini, Pa&Ma menganjurkan tiga acara berbeza khusus untuk ibu bapa dan kanak-kanak. Ianya berjaya mencungkil bakat kanak-kanak selain daripada majlis ilmu khusus untuk ibu bapa mendidik anak-anak.

Bahkan di booth Pa&Ma sendiri, telah diadakan jualan lelong Kids Pre-loved yang menjual pelbagai barangan bayi, kanak-kanak dan ibu terpakai yang disumbangkan oleh orang ramai serta kerjasama dengan butik Tateh seluruh Lembah Klang. Jumlah kutipan jualan tersebut akan disumbangkan kepada golongan asnaf terpilih kelak.
Seminar Keluarga Talk membuka tirai acara dengan membincangkan topik Ibu Bapa Excellent Anak Genius. Majlis yang bermula pada jam 10.30 pagi ini berjaya memberikan input berguna kepada semua peserta yang terdiri daripada ibu bapa.

Malah perkongsian penceramah terkenal, Profesor Dr Nik Salida Suhaila, Pensyarah Kanan Fakulti Syariah & Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama moderator selebriti yang juga ibu kepada dua cahayamata, Irma Hasmie mengupas persoalan yang cukup bermanfaat untuk semua peserta. Rata-rata peserta berpuas hati dengan kupasan demi kupasan yang dikongsikan.
Pertandingan Bakat Pa&Ma Cilik pula menyaksikan 16 peserta akhir mempersembahkan bakat masing-masing di pentas utama. Kesemua peserta menunjukkan bakat nyanyian, lakonan dan tarian, bercerita pada acara berkenaan. Banyak bakat-bakat baru berjaya dicungkil menerusi pertandingan ini.

Mereka bukan sahaja menunjukkan pelbagai bakat bahkan turut mempamerkan keberanian dan keyakinan diri anak-anak kecil tersebut untuk membuat persembahn di pentas utama.
Bukan itu sahaja malah sepanjang tiga hari ini, pentas utama juga turut diisi dengan pelbagai aktiviti lain seperti Pertandingan Mewarna, VIP Princess Gathering, Superkids Beyblade Battle yang mencatatkan sejarah tersendiri yang pastinya memberi pengalaman bermakna buat anak-anak yang sedang membesar.
 

The post SSPN Jadi Penaja Bersama Kids Fiesta 2019, Berlangsung Meriah Raikan Kanak-Kanak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sspn-jadi-penaja-bersama-kids-fiesta-2019-berlangsung-meriah-raikan-kanak-kanak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambutan Hari Kebajikan Haiwan 2019 Meriah

Sambutan Hari Kebajikan Haiwan 2019 Meriah

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 259 hits
Sambutan Hari Kebajikan Haiwan 2019 yang diadakan bermula Jumaat lalu di MAEPS Serdang berlangsung penuh meriah lapor Wartawan Sinar Harian Nurul Huda Husain
Program Merakyatkan Seni Budaya 2019 Di Summit Usj Subang Disambut Meriah

Program Merakyatkan Seni Budaya 2019 Di Summit Usj Subang Disambut Meriah

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 536 hits
Biarpun dunia hari ini semakin deras ditelan arus kemodenan namun warisan kesenian dan budaya yang ditinggalkan oleh orang orang lama seharusnya tidak diketepikan Malahan wajar dipulihara dan dipelihara supaya terus kekal bersama generasi h...
Pa Ma Superkids Fiesta 2019 Tawar Kelengkapan Anak Acara Menarik Di Pentas Akhir 3 Hari Lagi

Pa Ma Superkids Fiesta 2019 Tawar Kelengkapan Anak Acara Menarik Di Pentas Akhir 3 Hari Lagi

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 476 hits
Selepas kejayaan Pa Ma Baby Fiesta pada Ogos lalu Pa Ma sekali lagi mengorak langkah bagi meneruskan ekspo jualan buat kelengkapan kanak kanak serta seisi keluarga Pa Ma Superkids Fiesta 2019 yang bakal berlangsung pada 1 hingga 3 November ...
Keretapi Sarong 2019 Meriah

Keretapi Sarong 2019 Meriah

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 303 hits
16 September sekali lagi pada tahun ini rakyat kota raya Kuala Lumpur dengan gembiranya telah berkain sarong batik dan pelikat menaiki keretapi seawal pagi lagi menuju ke Dataran Merdeka Tidak hanya itu ianya dimeriahkan lagi dengan pelbaga...
Sambutan Meriah Sonic Run 2019 Di Penang

Sambutan Meriah Sonic Run 2019 Di Penang

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 347 hits
Assalamualaikum Hai Sonic Run 2019 di Penang Semua mesti kenal kan dengan Sonic si cartoon biru ni Dulu masa kecik kecik suka sangat main game Sonic ni dekat handphone kawan Waktu tu masih darjah 6 lagi Nad belum ada handphone sendiri hahah...
60 Kanak Kanak Gayakan Profesion Pilihan Di Himpunan Cita Cita Sspn X Pa Ma

60 Kanak Kanak Gayakan Profesion Pilihan Di Himpunan Cita Cita Sspn X Pa Ma

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 315 hits
Bersempena dengan Pa Ma Kids Fiesta 2019 yang lalu sebuah perhimpunan kanak kanak telah diadakan pada 2 November 2019 yang lalu Himpunan Cita Cita SSPN X Pa Ma ini telah diadakan di Quill City Mall Kuala Lumpur Seramai 60 orang kanak kanak ...
Rinaldy Yunardi Raih 3 Penghargaan Di Wow Awards 2019

Rinaldy Yunardi Raih 3 Penghargaan Di Wow Awards 2019

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 121 hits
Rinaldy Yunardi meraih 3 penghargaan bergengsi di World of WearableArt Awards 2019
Stasiun Pengisian Kendaraan Listrik Ikut Mejeng Di Iims Surabaya 2019

Stasiun Pengisian Kendaraan Listrik Ikut Mejeng Di Iims Surabaya 2019

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 201 hits
Untuk pertama kalinya PLN menjadi sponsor pameran otomotif Indonesia International Motor Show 2019 yang diselenggarakan di Grand City Convex Surabaya Jawa Timur pada 30 Oktober hingga 3 November 2019
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Memikirkan The Unknown

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Dilaporkan 10 Orang Terkorban 2 Helikopter Atm Bertembung Di Udara

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate

Lateefa Koya Negara Sudah Jadi Banana Republic Ketika Kamu Dedah Bualan Pemimpin Negara