Src International Penyelewengan Paling Teruk Hakim



Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menyifatkan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapi Datuk Seri Najib Razak adalah kesalahan salah guna kedudukan, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram yang paling teruk. 
<!--more--> Mohd Nazlan yang mensabitkan Najib terhadap semua tujuh tuduhan dan memerintahkan bekas perdana menteri itu dipenjara 12 tahun, dan didenda RM210 juta, berkata ia bukan sahaja disebabkan oleh alasan bagaimana jenayah itu dilakukan, malah kes berprofil tinggi berkenaan turut membabitkan sejumlah wang yang sangat besar.
Melalui alasan penghakiman penuh setebal 801 muka surat, Mohd Nazlan berkata, kes terbabit mempunyai elemen yang memberikan kesan ke atas kepentingan awam kerana dana RM42 juta itu adalah milik Kementerian Kewangan (Diperbadankan) (MKD) yang berkemungkinan berasal daripada dana pencen Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) berjumlah RM4 bilion.
"...dan yang paling penting ia membabitkan seseorang individu yang pada ketika itu berada dalam pada tertinggi dalam kerajaan," katanya.
Pada 28 Julai lalu, Mohd Nazlan memerintahkan Najib dipenjarakan 10 tahun masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah wang RM42 juta milik SRC.
Hakim turut memerintahkan Najib dipenjara 12 tahun dan denda RM210 juta (jika gagal bayar, lima tahun penjara) bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.
Bagi tuduhan pengubahan wang haram pula, Mohd Nazlan memerintahkan Najib dipenjara 10 tahun bagi setiap tuduhan.
Sementara itu Mohd Nazlan berkata, Najib selaku tertuduh tidak menunjukkan penyesalan, malah mempertahankan pembelaan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai wang RM42 juta milik SRC itu dalam rayuannya bagi diringankan hukuman.
"Tetapi saya tidak boleh menafikan beliau adalah Perdana Menteri negara ini dan tidak boleh mempersoalkan sumbangannya untuk kebaikan dan kesejahteraan masyarakat dalam pelbagai cara kerana beliau adalah Perdana Menteri selama sembilan tahun.
"Sejarah politik akan terus diperdebatkan sama ada dari segi keseimbangan, beliau melakukan lebih banyak kebaikan daripada keburukan.
"Walau apa pun, ia adalah tidak selari dengan idea sesebuah pentadbiran negara yang bersih daripada rasuah yang tidak boleh bertolak ansur dengan sebarang penyalahgunaan kuasa," katanya.
Mahkamah Rayuan menetapkan pada 15 Oktober ini bagi pengurusan kes rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman terhadapnya.
Menurut Mohd Nazlan, sabitan ke atas kesalahan menyalahgunakan kedudukan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah pelanggaran yang paling serius di antara ketiga-tiga tuduhan yang dikenakan.
Beliau berkata, ia adalah kerana berdasarkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika kesalahan itu dilakukan.
Kedudukan tertuduh ke puncak kepimpinan tertinggi negara dan cengkamannya terhadap kekuasaan politik disebabkan oleh rakyat yang memberikannya amanah dan kepercayaan menegakkan sistem demokrasi berperlembagaan.
"Sabitan terhadap semua tujuh tuduhan berkaitan menyalahgunakan kedudukan, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram sesungguhnya adalah satu pengkhianatan kepada kepercayaan yang diberikan," katanya.
Mohd Nazlan berkata, tiada sebarang merit bagi mahkamah untuk meragui mengapa tertuduh melakukan apa yang dilakukannya walaupun kedudukan beliau di puncak kekayaan dan kekuasaan tidak dapat dipertikaikan lagi.
Najib seorang individu yang mempunyai tahap intelek yang tinggi dan sudah pasti memiliki pandangan tegas dalam membezakan antara yang betul dan salah.
"Saya hanya perlu menekankan tiga perkara, ...pertama, tertuduh disabitkan dengan tujuh tuduhan jenayah ketika menjadi Perdana Menteri, dengan mengkhianati kepercayaan orang ramai.
"Kedua, sebagai akibatnya beliau harus dihukum berdasarkan kepada peruntukan undang-undang.
"Ketiga, kini ia menjadi tanggungjawab saya untuk melaksanakan sumpah kehakiman iaitu memelihara, melindungi dan mempertahankan perlembagaan dalam menjatuhkan hukuman dengan memastikan peruntukan Artikel 8 bahawa semua orang sama di sisi undang-undang, ditegakkan," katanya.
Hakim itu berkata, sama ada kompas moral negara perlu ditentu ukur secara berbeza wajar dibahaskan dalam forum lain kerana apa yang ingin ditegaskan mahkamah adalah kesucian peraturan undang-undang dan ketuanan perlembagaan.
Tegasnya, tiada seorang pun malah tokoh politik yang paling berkuasa serta pemimpin negara menikmati keistimewaan bahawa mereka tidak boleh dikalahkan oleh undang-undang lapor Berita Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2020/09/src-international-penyelewengan-paling.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rawat Alergik Rhinitis Dengan Kaedah Paling Berkesan Dapat Mengelakkan Komplikasi Lebih Teruk

Rawat Alergik Rhinitis Dengan Kaedah Paling Berkesan Dapat Mengelakkan Komplikasi Lebih Teruk

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 429 hits
Selalu selesema bersin dan gatal terutamanya apabila berada di persekitaran berdebu Jika ya anda mungkin menghidap rinitis alahan Dalam kamus perubatan Latin rhino bermaksud hidung manakala itis bermakna keradangan Maka rinitis alahan dapat...
Negara Mula Tanggung Bahana Penyelewengan Src

Negara Mula Tanggung Bahana Penyelewengan Src

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 341 hits
Duit SRC International Sdn Bhd sebanyak RM42 juta yang masuk ke dalam akaun peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara salah itu boleh menampung subsidi seramai 3 250 orang jemaah haji atau cukup untuk bayar Bantuan Pr...
Idea Ruang Kerja Paling Ringkas Dan Cantik Di Rumah Anda

Idea Ruang Kerja Paling Ringkas Dan Cantik Di Rumah Anda

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 442 hits
Assalamualaikum wbt Idea Ruang Kerja Paling Ringkas Dan Cantik Di Rumah Anda Bekerja dari rumah juga memerlukan ruang kerja yang lebih selesa dan cantik supaya mood bekerja anda tidak terjejas Sebagai seorang bisnes builder ruang bekerja ya...
Subsidi 600 Ribu Belum Masuk Rekening Ini Jadwal Paling Lambat Pencairannya

Subsidi 600 Ribu Belum Masuk Rekening Ini Jadwal Paling Lambat Pencairannya

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 261 hits
Pemerintah sudah mencairkan tahap pertama subsidi gaji Rp 600 000 dalam program Bantuan Subsidi Upah Pencairan pertama dilakukan mulai 27 Agustus 2020 Menteri Ketenagakerjaan Ida Fauziyah mengungkapkan total penerima bantuan pemerintah lewa...
Fall Guys Terjual Lebih 7 Juta Unit Di Steam Paling Banyak Dimuat Turun Untuk Ps Plus

Fall Guys Terjual Lebih 7 Juta Unit Di Steam Paling Banyak Dimuat Turun Untuk Ps Plus

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 265 hits
Nampaknya Fall Guys memang menarik perhatian ramai dimana permainan ini telahpun mencapai jualan lebih dari 7 juta unit melalui platform PC Steam Permainan indie game show ini menggabungkan konsep battle royale dan komedi slapstik sekaligus...
Double Diamond Bernilai Rm1 8 Juta Biri Biri Paling Mahal Di Dunia

Double Diamond Bernilai Rm1 8 Juta Biri Biri Paling Mahal Di Dunia

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 546 hits
Seekor biri biri baka Texel menjadi biri biri paling mahal di dunia apabila dijual dengan harga 368 000 euro dalam satu acara lelongan di Scotland Biri biri diberi nama Double Diamond itu dijual di Jualan Texel Kebangsaan Scotland di Lanark...
5 Aplikasi Edit Gambar Paling Best Untuk Pengguna Android

5 Aplikasi Edit Gambar Paling Best Untuk Pengguna Android

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 641 hits
5 Aplikasi Edit gambar Paling best untuk Pengguna Android Assalamualaikum dan Hai Kali ini Cik Renex ingin berkongsi sedikit info mengenai aplikasi untuk edit gambar Kelima lima aplikasi ini adalah aplikasi yang wajib ada didalam telefon CR...
Pengembara Dari Indonesia Mesir Singapura Paling Ramai Positif

Pengembara Dari Indonesia Mesir Singapura Paling Ramai Positif

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 228 hits
SERAMAI 106 793 pengembara tiba di Malaysia dengan 904 kes dikesan positif Covid 19 sehingga semalam Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 904 kes positif terbabit tiga negara mencatatkan kes tertinggi ad...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

How To Survive Thanksgiving Travel

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor