Rawat Alergik Rhinitis Dengan Kaedah Paling Berkesan Dapat Mengelakkan Komplikasi Lebih Teruk




Selalu selesema, bersin dan gatal, terutamanya apabila berada di persekitaran berdebu? Jika ya, anda mungkin menghidap rinitis alahan

Dalam kamus perubatan Latin,  rhino bermaksud hidung manakala itis bermakna keradangan. 
Maka, rinitis alahan dapat disimpulkan sebagai keradangan hidung disebabkan oleh alergen, iaitu bahan yang boleh mencetuskan reaksi alergi. 
Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO, sekitar 10-30% penduduk seluruh dunia, atau kira-kira 400 juta orang mengalami rhinitis alahan tanpa mengira umur, etnik dan jantina

Resdung boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu:• Bermusim: Gejala bagi resdung jenis ini dialami oleh penduduk negara 4 musim. Boleh berlaku pada musim bunga, musim panas dan awal musim gugur. Ia biasanya disebabkan oleh sensitiviti alergi terhadap spora yang terbang di udara atau debunga dari rumput atau pokok yang berbunga

• Berpanjangan: Pesakit akan mengalami gejala sepanjang tahun. Ia biasanya disebabkan oleh hama debu, bulu binatang peliharaan atau makanan yang bertindak sebagai alergen

Penyebab rinitis alahanIndividu dengan sistem imun yang sensitif lebih cenderung untuk mengalami rinitis alahan. Apabila sistem imun didedahkan kepada alergen, ia akan dikesan oleh sejenis antibodi, immunoglobulin E (IgE). Antibodi ini yang akan menyebabkan sel-sel membebaskan bahan–bahan kimia termasuklah histamin

HistaminHistamin akan menyebabkan lapisan dalam hidung membengkak dan mengeluarkan lendir yang berlebihan. Ini menyebabkan simptom rinitis alahan seperti hidung berair, tersumbat dan gatal. Kerap bersin, batuk, sakit tekak atau gatal, gatal mata, mata berair, keletihan yang berlebihan, ekzema atau sakit kepala antara simptom lain yang biasa dihadapi

Komplikasi rinitis alahanKomplikasi boleh berlaku jika rinitis alahan berlarutan. Antara contoh komplikasi termasuklah penyakit asma bertambah teruk, insomnia, sukar untuk fokus, sinusitis, jangkitan telinga dan polips hidung. Sinusitis ialah keadaan apabila pesakit mengalami sakit pada bahagian pipi, mata atau dahi dengan pernafasan yang berbau, lelehan kekuningan atau kehijauan. Polips hidung pula ialah ketumbuhan lembut pada lapisan hidung yang menyekat peredaran udara melalui hidung dan menyukarkan pernafasan jika ia menjadi besar

Rawatan untuk rinitis alahanTerdapat beberapa jenis ubat yang digunakan untuk merawat rinits alahan

• AntihistaminAntihistamin ubat yang biasa digunakan untuk merawat rinitis alahan kerana kesannya terhadap histamin, bahan kimia badan yang utama apabila tindak balas alergi berlaku. Antihistamin ini boleh diperoleh dalam bentuk tablet, sirup, ubat titis mata dan semburan hidung

• KortikosteroidKortikosteroid turut menjadi pilihan untuk rawatan rinitis alahan. Pada kebiasaannya, kortikosteroid yang digunakan adalah dalam bentuk ubat titis atau semburan hidung. Kortikosteroid mengurangkan keradangan dan bengkak pada hidung. Pesakit perlu mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi tentang dos dan tempoh masa rawatan apabila menggunakan kortikosteroid. Tambahan pula, ubat semburan hidung memerlukan teknik khusus untuk digunakan. Penyembur hidung steroid biasanya disyorkan sebagai rawatan jangka masa panjang untuk mengurangkan gejala alergi

• Ubat Semburan HidungUbat semburan hidung yang mengandungi cecair normal saline dapat membantu apabila hidung menjadi kering atau terdapat lendiran hidung yang tebal

• DekongestanMasalah hidung tersumbat juga boleh dikurangkan dengan mengambil ubat jenis dekongestan iaitu pelega, sama ada dalam bentuk semburan hidung mahupun ubat tablet. Dekongestan boleh digunakan dalam tempoh yang singkat, biasanya tidak lebih daripada tiga hari, untuk melegakan hidung tersumbat dan tekanan sinus. Penggunaan dekongestan untuk tempoh yang panjang boleh menyebabkan rebound effect, bermakna apabila anda berhenti menggunakan ubat ini, gejala rinitis alahan mungkin akan menjadi lebih teruk

Cara Mencegah rinitis alahanCara yang paling baik untuk mencegah rinitis alahan adalah dengan menghindari alergen yang menyebabkan alahan. Amalkan gaya hidup yang sihat dan dapatkan tidur yang mencukupi untuk mengelakkan simptom menjadi lebih teruk. Rujuk doktor apabila simptom bertambah buruk. 
Berbincanglah dengan doktor sebelum memulakan rejimen bagi sebarang rawatan untuk memastikan anda mengambil ubat yang terbaik untuk gejala anda. Rujuklah ahli farmasi bagi menentukan produk yang sesuai untuk kegunaan jangka masa pendek dan yang dikhususkan untuk rawatan jangka masa panjang

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat - ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre-NPCC) melalui talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.annursyuhadah.com/2020/03/rawat-rinitis-alahan-elak-komplikasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Deodorant Untuk Ketiak Berbau Paling Berkesan Setakat Ini

Deodorant Untuk Ketiak Berbau Paling Berkesan Setakat Ini

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 606 hits
Pernah tak jadi pada kau orang pakai deodorant pun masih lagi tak dapat mencegah bau badan Berusaha macamana pun malangnya berbau juga badan tu Jangan risau ada deodorant untuk ketiak berbau yang paling berkesan Fiza dah cuba Harus di ingat...
Hiburan Apa Apa Jadi Yang Lebih Teruk Dicemuh Adalah Perempuan Fynn Jamal

Hiburan Apa Apa Jadi Yang Lebih Teruk Dicemuh Adalah Perempuan Fynn Jamal

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 317 hits
Seakan timbul tanda tanya andai posting yang dimuat naik oleh penyanyi Fynn Jamal di laman Instagram miliknya mempunyai kaitan dengan kisah anak perempuan kepada penyanyi Nora Ariffin namun ianya dilihat bagai satu pesanan dan ingatan buat ...
Tip Legakan Sakit Kepala Paling Berkesan

Tip Legakan Sakit Kepala Paling Berkesan

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 273 hits
Tip legakan sakit kepala paling berkesanKEBANYAKAN orang akan mengalami masalah sakit kepala dari masa ke masa tidak kiralah sama ada sakit itu sedikit ataupun sangat teruk Cara menghilangkannya bergantung kepada jenis sakit kepala itu send...
Fall Guys Terjual Lebih 7 Juta Unit Di Steam Paling Banyak Dimuat Turun Untuk Ps Plus

Fall Guys Terjual Lebih 7 Juta Unit Di Steam Paling Banyak Dimuat Turun Untuk Ps Plus

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 272 hits
Nampaknya Fall Guys memang menarik perhatian ramai dimana permainan ini telahpun mencapai jualan lebih dari 7 juta unit melalui platform PC Steam Permainan indie game show ini menggabungkan konsep battle royale dan komedi slapstik sekaligus...
Prn Sabah Bn Dan Pn Tiada Bezanya Malah Mungkin Lebih Teruk

Prn Sabah Bn Dan Pn Tiada Bezanya Malah Mungkin Lebih Teruk

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 355 hits
Seminggu dua ini menteri dan timbalan menteri kerajaan tebuk atap PN berulang alik ke Sabah untuk berkempen atas nama program rasmi kerajaan Berapa banyak wang rakyat hangus begitu sahaja digunakan untuk berkempen di Sabah Setiap hari akan ...
Lebih 4k Share Apam Berkuah Paling Senang Nak Buat Anak Pun Suka

Lebih 4k Share Apam Berkuah Paling Senang Nak Buat Anak Pun Suka

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 498 hits
Apam nasi mungkin sudah terbiasa namun apam dengan kuah pekat dan likat pasti buat minum petang anda bertambah nikmatnya Apam nasi dengan kuah yang dikongsikan oleh ini nampak cukup mudah hendak disediakannya Hanya perap dan biarkan sahaja ...
Cara Meningkatkan Keyakinan Diri Yang Paling Berkesan

Cara Meningkatkan Keyakinan Diri Yang Paling Berkesan

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 396 hits
Keyakinan diri ditakrifkan sebagai perasaan percaya pada kebolehan kualiti dan pertimbangan seseorang Keyakinan diri penting untuk kesihatan dan kesejahteraan psikologi kita Mempunyai tahap keyakinan diri yang sihat dapat membantu kita untu...
Berita Video Rentasan 079 Projek Direct Tender Kpkt Lebih Rm170 Juta Disub Kontrak Bernilai Rm120 Juta Didedah

Berita Video Rentasan 079 Projek Direct Tender Kpkt Lebih Rm170 Juta Disub Kontrak Bernilai Rm120 Juta Didedah

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 360 hits
MENARIK DALAM RENTASAN MINGGUAN 0791 BOHONG SANA BOHONG SINI BILA NAK JAGA EKONOMI 2 YANG CUBA MELONDEH PULA TERLONDEH 3 PATUTKAH RCI DIADAKAN UNTUK RUNDINGAN TERUS 4 JANGAN ADA UNDANG UNDANG DUA DARJAT
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian