Negara Mula Tanggung Bahana Penyelewengan Src



Duit SRC International Sdn Bhd sebanyak RM42 juta yang masuk ke dalam akaun peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara salah itu boleh menampung subsidi seramai 3,250 orang jemaah haji atau cukup untuk bayar Bantuan Prihatin Nasional kepada 26,250 isi rumah berpendapatan bulanan di bawah RM4,000.
Namun, yang kita dengar semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, duit itu Najib belanja untuk bermewah-mewah dan berfoya-foya di merata dunia dengan anak isteri dan kawan-kawan beliau. Berpuluh-puluh orang saksi memberi keterangan bersumpah kepada mahkamah bahawa Najib tahu duit itu masuk ke dalam akan peribadinya dan secara sedar belanja duit tersebut.
Tapi sampai akhir, apabila kedudukannya ibarat telur di hujung tanduk, Najib tetap kata beliau tidak tahu. Macam kata hakim perbicaraan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, Najib tidak sikit pun tunjuk rasa bersalah atau menyesal.
Tidak hairanlah jika Mohd Nazlan menyifatkan kes Najib sebagai kes penyalahgunaan kedudukan dan pengkhianatan amanah yang sangat buruk.
Buktinya terlalu jelas sehingga barisan pembelaan yang cukup hebat itu pun gagal menimbulkan keraguan yang berpatutan. Kesudahannya, pada 28 Julai lalu, Najib didapati bersalah atas semua tujuh tuduhan ke atasnya.
Dalam sistem kehakiman, beban pembuktian adalah lebih ringan ke atas orang kena tuduh, manakala pendakwa raya wajib membuktikan di luar sebarang keraguan (beyond reasonable doubt) bahawa Najib bersalah. Pihak pembela hanya perlu membuktikan keraguan yang berpatutan.
Itu pun mereka tidak berdaya. Bukti kesalahan terhadap Najib terlalu kuat, jelas dan di luar sebarang keraguan.
Kita kena ingat, Najib bukanlah ibu tunggal atau bapa menganggur yang dituduh mencuri roti kerana anak di rumah kelaparan.
Najib dilahirkan dalam serba kesenangan, anak Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang sangat dimuliakan, belajar lama di England, menang pilihan raya kecil tanpa bertanding pada usia 22 tahun, Orang Besar Empat Pahang, bekas Menteri Besar termuda dan bekas Perdana Menteri serta Menteri Kewangan.
Beliau tidak menghadapi hakim berseorangan. Beliau diwakili pasukan pembelaan yang diketuai peguam tersohor, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. Tetapi oleh sebab bukti terhadap Najib terlalu banyak dan kuat, maka peguam sehebat Muhammad Shafee pun gagal menimbulkan keraguan berpatutan bagi membebaskannya.
Di sini, bukan pencurian RM42 juta duit SRC itu sahaja yang perlu diperhitungkan. Tidak kurang pentingnya adalah kesan perbuatan itu terhadap akhlak, ketamadunan dan kewangan negara.
Ia juga mendedahkan sikap tidak peduli Najib dan pastinya bukan contoh serta teladan yang hendak kita tunjukkan kepada anak cucu, apatah pada saat-saat pemimpin Melayu begitu ghairah bercakap tentang maruah, pemerintahan Melayu-Islam dan melaungkan slogan demi agama, bangsa serta negara.
Setelah meminjam sebanyak RM4 bilion daripada tabung pencen kakitangan awam, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), SRC International tidak dapat membuktikan apa-apa projek.
Cuma, kita dimaklumkan ketika perbicaraan Najib bahawa 90 peratus jumlah itu digunakan untuk membeli saham di luar negara, RM250 juta untuk kegiatan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Masalahnya, sama ada untung atau rugi, hutang RM4 bilion itu kena dibayar balik kerana itu adalah duit pencen kakitangan awam. Jumlah pinjaman RM4 bilion itu akan menjadi RM9.2 bilion apabila matang. Siapa yang hendak bayar hutang itu? Jawabnya kerajaan, tetapi daripada mana kerajaan hendak dapat duit? Jawabnya daripada rakyat jelata yang bayar macam-macam jenis cukai, yuran, fi dan duti kepada kerajaan.
Kesimpulannya, sama ada Najib akhirnya masuk penjara atau tidak kerana beliau sedang merayu hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atasnya, rakyat jelata sudah pun mula menanggung beban yang ditinggalkan. Inilah musibah mempunyai pemimpin yang tidak amanah. Wallahuaklam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/29665

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Src International Penyelewengan Paling Teruk Hakim

Src International Penyelewengan Paling Teruk Hakim

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 282 hits
Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menyifatkan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapi Datuk Seri Najib Razak adalah kesalahan salah guna kedudukan pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram...
Al Ma Unah Kumpulan Ekstremis Pernah Gemparkan Negara Kerana Cuba Lancar Per4ng Terhadap Ydp Agong 20 Tahun Lalu

Al Ma Unah Kumpulan Ekstremis Pernah Gemparkan Negara Kerana Cuba Lancar Per4ng Terhadap Ydp Agong 20 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 952 hits
Sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke 63 baru baru ini Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah telah memberikan pengampunan kepada 13 bekas anggota Al Ma unah yang dijatuhkan hukvman penjara seum...
Pkp Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan

Pkp Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 374 hits
PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan Nak simpan kat blog kenangan yang takkan di lupakan Untuk aku baca di tahun hadapan jika masih dipanjangkan umur FASA 1 18 MAC 31 MAC 2020 FASA 2 01 APR 14 APR 2020 FASA 3 15 APR ...
Negara China Terkenal Teknik Peniruan

Negara China Terkenal Teknik Peniruan

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 321 hits
nbsp Mungkin anda tidak percaya dengan kemahiran usahawan di negara China sejak dulu lagi mereka sangat terkenal dengan teknik peniruan Teknik peniruan yang dimaksudkan ini bukan lah 100 sama dengan jenama asal mereka akan ubah sedikit menj...
Ketua Pdip Sumbar Bela Puan Soal Sumbar Jadi Pendukung Negara Pancasila

Ketua Pdip Sumbar Bela Puan Soal Sumbar Jadi Pendukung Negara Pancasila

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 632 hits
Pernyataan Ketua DPP PDIP Puan Maharani soal Semoga Sumatera Barat Menjadi Provinsi yang Memang Mendukung Pancasila menuai kontroversi Ketua DPD PDIP Sumbar Alex Indra Lukman menegaskan Puan tak bermaksud menyinggung rakyat Sumatera Barat A...
Zahidi Harus Didakwa Sebar Berita Palsu Di Dewan Negara

Zahidi Harus Didakwa Sebar Berita Palsu Di Dewan Negara

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 204 hits
Tak pasti jangan kongsi jadilah pengguna internet yang bijak inilah ayat yang pernah diperingatkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin berhubung penyebaran berita berita di alam maya Malangnya sebagai seoran...
Alquran Dibakar Fpi Desak Ini Ke Dubes Negara Skandinavia

Alquran Dibakar Fpi Desak Ini Ke Dubes Negara Skandinavia

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 205 hits
Demonstrasi anti Islam terjadi di negara negara Skandinavia yaitu Denmark Swedia dan Norwegia disorot dunia internasional Dalam demo ini ada aksi membakar dan meludahi kitab suci umat Islam Alquran Terkait itu Dewan Pimpinan Pusat Front Pem...
Pasal Kau Akan Tersedia Di Netflix Di 190 Negara Pada 1 Oktober Ini

Pasal Kau Akan Tersedia Di Netflix Di 190 Negara Pada 1 Oktober Ini

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 292 hits
Dari pengarah terkenal yang menghasilkan Paskal Adrian Teh mempersembahkan Pasal Kau sebuah komedi romantis Melayu ringan yang akan membuat anda geli hati Ditetapkan di sebuah hotel Aiman seorang kakitangan hotel telah jatuh cinta dengan sa...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa