5 Aplikasi Edit Gambar Paling Best Untuk Pengguna Android
5 Aplikasi Edit gambar Paling best untuk Pengguna Android | Assalamualaikum dan Hai. Kali ini, Cik Renex ingin berkongsi sedikit info mengenai aplikasi untuk edit gambar. Kelima-lima aplikasi ini adalah aplikasi yang wajib ada didalam telefon CR
Kebiasaannya, CR akan edit gambar untuk mencantikkan lagi gambar yang CR ambil dan juga untuk edit gambar bagi mempromosikan barangan yang CR jual
Sebelum menggunakan telefon, biasanya CR akan edit gambar menggunakan software Photoscape. Sekarang, dah ada yang mudah menggunakan aplikasi telefon pintar, makanya teruslah kita menggunakan aplilasi hp sahaja. 😊
5 Aplikasi Edit gambar Paling best
Jadi, 5 Aplikasi Edit Gambar paling best untuk pengguna Android terutamanya adalah :
1. CANVA
Aplikasi paling best dan paling FAVOURITE CR. Senang sangat Aplikasi Canva ni sebab aplikasi ini dah sediakan template yang siap. Kita cuma perlu pilih sahaja yang sedia ada. Canva ini akan memudahkan kita untuk mereka poster, logo,kad jemputan, poster, bisnes card dan pelbagai lagi sebab itu lah CR suka sangat sangat aplikasi ini. Bila kita dah design, kita boleh simpan template kita dan kita boleh guna design tu untuk seterusnya.
2.Phonto
Aplikasi Phonto ini selalunya CR akan edit untuk tambah text atas gambar dan font yang digunakan senang untuk di edit.
3. PicsArt
Aplikasi yang paling CR suka sebelum beralih arah pada canva. 😁 Picsart ni banyak sangat kegunaan. Kena rajin explore sebab banyak sangat kegunaan dia. Ni contoh CR pernah kongsikan CR edit guna PicsArt. https://www.cikrenex.com/2017/01/edit-gambar-guna-picsart.html
Contoh yang kita boleh buat dengan PicsArt. 😁😍
4. Snapseed
Aplikasi yang banyak sangat kegunaannya juga kalau rajin explore. Nak edit untuk promote barang2 & letak watermark kita pun senang. Yang rendah boleh jadi tinggi. 😁😊 Hehe. Nanti kalau rajin CR akan kongsikan yer.
5. Adobe Lightroom
Aplikasi edit gambar yang Viral sekarang dan instafamous selalu guna aplikasi Lightroom untuk mencantikkan lagi gambar. CR join group di telegram untuk dapatkan preset2 yang cantik. Bila ada preset, senang la kita nak gunakan.
Kesemua aplikasi ni boleh di download melalui Play Store. Anda hanya perlu search je nama aplikasi ini dan terus install. Selamat mencuba.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.cikrenex.com/2020/08/5-aplikasi-edit-gambar-paling-best.html