Sprm Pengarah Jpj P Pinang Akan Dipanggil Jika Perlu



Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dan pengurusan tertinggi JPJ negeri itu akan dipanggil untuk membantu siasatan kes rasuah membabitkan kakitangan jabatan itu sekiranya perlu.
Loading... Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki berkata pegawai-pegawai kanan JPJ Pulau Pinang yang disyaki terlibat dalam kes ini akan dipanggil jika didapati terlibat hanya selepas SPRM selesai mengambil keterangan daripada kakitangan yang ditangkap sebelum ini.“Kami akan mengumpul bahan-bahan bukti serta mendapatkan beberapa pengesahan, kalau kita perlu, pegawai-pegawai kanan JPJ terlibat dipanggil dalam kes ini.“Mereka (Pengarah JPJ Pulau Pinang dan pengurusan tertingginya) kebiasaannya akan dipanggil selepas kami selesai rakam keterangan pegawai JPJ yang disyaki terlebih dahulu,” katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan pertandingan menembak antara Unit Komunikasi Korporat agensi penguat kuasa tahun 2019 di lapang sasar Maktab Penjara Kajang hari ini.
Selain itu, Azam berkata tidak kurang daripada 22 penguat kuasa JPJ Pulau Pinang telah dipanggil memberi keterangan bagi bantu siasatan pada minggu ini.“Beberapa rampasan telah dibuat dan SPRM mempunyai bukti sahih penahanan kesemua penguat kuasa JPJ Pulau Pinang yang disyaki terlibat rasuah,” katanya.Ditanya sekiranya SPRM akan membuat operasi yang sama pada pada pejabat JPJ negeri lain, Azam enggan mengulas lanjut perkara berkenaan.Pada Rabu lepas, Mahkamah Majistret George Town mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari terhadap 30 individu termasuk 24 orang penguat kuasa JPJ bagi membantu siasatan SPRM kerana disyaki terlibat dengan rasuah untuk melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya di sekitar Pulau Pinang.Laporan media sebelum ini menyebut petugas-petugas JPJ yang ditahan itu berjawatan penguat kuasa gred 19 hingga 32, dipercayai menerima bayaran bulanan antara RM10,000 dan RM32,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu lori terlibat selain membocorkan maklumat operasi jabatan itu.Kumpulan lori-lori yang dilindungi itu juga dilaporkan turut dibekalkan dengan pelekat khas yang disediakan oleh tonto agar mereka mudah dikenal pasti dan kebal daripada tindakan penguat kuasa.Siasatan dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/04/sprm-pengarah-jpj-p-pinang-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Rasuah Dan Integriti Tiada Kompromi Ketua Pengarah Jpj

Isu Rasuah Dan Integriti Tiada Kompromi Ketua Pengarah Jpj

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 363 hits
Astro Awani SHAHARUDDIN Jika ada penahanan anggota JPJ kita tidak akan berkompromi atau melindungi malah akan membantu SPRM untuk menjalankan siasatan Foto Astro AWANI Shahir Omar PUTRAJAYA Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Sh...
Skandal Jual Tanah Dbkl Peguam Negara Dan Pengarah Sprm Mengadap Pac

Skandal Jual Tanah Dbkl Peguam Negara Dan Pengarah Sprm Mengadap Pac

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 362 hits
Peguam Negara Tommy Thomas dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Mohd Shukri Abdull akan dipanggil memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara Pengerusi PAC yang baharu Datuk Dr Noraini Ahm...
Jpj Pulau Pinang Lelong 100 Kenderaan Bernilai Rm2 3 Juta

Jpj Pulau Pinang Lelong 100 Kenderaan Bernilai Rm2 3 Juta

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 758 hits
Acara lelongan awam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan di pejabatnya di sini mendapat sambutan hangat apabila kira kira 570 orang awam hadir bagi membuat bidaan hari ini Daripada lelongan 100 buah kenderaan sita pelbagai jenis itu sebanyak RM2...
5 Lagi Penguat Kuasa Jpj Pulau Pinang Direman Kes Rasuah Pagi Ini

5 Lagi Penguat Kuasa Jpj Pulau Pinang Direman Kes Rasuah Pagi Ini

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 463 hits
LIMA penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah daripada pemilik syarikat lori di negeri ini Foto Danial SaadOleh Muhammad Yusri Muzamiryusri muzamir bh com myGEORGETO...
24 Anggota Jpj Pulau Pinang Direman Tujuh Hari

24 Anggota Jpj Pulau Pinang Direman Tujuh Hari

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 481 hits
SERAMAI 30 lelaki termasuk 24 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan negeri direman tujuh hari sehingga 23 April ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melindungi pemandu lori kebal yang melakukan kesalahan jalan raya di negeri i...
Enam Penguat Kuasa Jpj Perak Dipinjamkan Bantu Operasi Jpj Pulau Pinang

Enam Penguat Kuasa Jpj Perak Dipinjamkan Bantu Operasi Jpj Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 462 hits
GEORGE TOWN 21 April Enam penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan negeri Perak dipinjamkan bagi membantu melancarkan operasi jabatan itu di negeri ini Pengarah JPJ Pulau Pinang Mohamat Johari Mat Nor berkata dua pasukan JPJ Perak yang terd...
Sprm Tahan 23 Penguatkuasa Jpj Isu Lori Kebal

Sprm Tahan 23 Penguatkuasa Jpj Isu Lori Kebal

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 517 hits
SPRM Tahan 23 Penguatkuasa JPJ Isu Lori Kebal di Pulau Pinang Tamparan hebat buat Jabatan Pengangkutan Jalan dengan berita ini Mana tidak nya sudah pasti kredibiliti dan reputasi JPJ sedikit tercalar SPRM Tahan 23 Penguatkuasa JPJ Isu Lori ...
Wanita Punca Kegiatan Rasuah Pegawai Jpj Pulau Pinang Terbongkar

Wanita Punca Kegiatan Rasuah Pegawai Jpj Pulau Pinang Terbongkar

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 418 hits
Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang yang disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah boleh menyalahkan seorang wanita yang terluka kerana menyebabkan mereka berdepan masalah dengan undang undang kata sumber yang rapat dengan penyiasa...
50 Lagi Penguatkuasa Jpj Dijangka Ditahan Sprm

50 Lagi Penguatkuasa Jpj Dijangka Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 550 hits
Sticker atau pelekat Itu pengenalan mudah digunakan pemilik syarikat lori kepada anggota dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan bagi melepaskan kenderaan berat itu tanpa melakukan sebarang pemeriksaan Sumber mendedahkan pemilik syarikat ter...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Pa Yang Multitasking

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

10 Arahan Penting Sebelum Kamu Memutuskan Buy Atau Sell

Ist Page Of Google

Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu