Makan Di Sushi Mentai Mengopi Di
Assalamualaikum WBT
HARI minggu pertama di tahun 2026. Tengahari nanti, insyaAllah, Sk akan menghadiri jemputan walimah seorang sahabat alam maya yang dikenali sejak 17 tahun lepas. Tak sangka, dah 17 tahun kenal dari anak-anak beliau masih kecil dan sekarang yang sulung dah kahwin pun hari ni, Alhamdulillah, sampai dah jodohnya.

Okey, berbalik pada tajuk la ya. Dating dengan Iman pada bulan Oktober tahun 2025. Lambat masuk blog sebab gambar-gambar ni kat galeri handphone lama.

Sk dari pejabat, Iman dari kolej, jumpa terus di depan restoran, malas nak pi jemput menjemput

Iman ajak makan di Sushi Mentai cawangan Taman Universiti. Masa ni PI tak ada, lupa pasal apa sama ada ada bola atau dinner. PI tak ada ni boleh la makan makanan dari negara matahari terbit.

Untuk special sushi ni kena buat pesanan lain

Sk lapar nasi, dah order ni tapi tak ada, lalu Sk pilih la sushi yang lalu-lalang kat situ

Antara yang menarik dan dicapai letak ke meja

Rumah memang dekat dengan U tapi bercinta nak balik rumah sebab kena hadap jammed dari Taman Sri Pulai tu. Padahal kalau ikutkan dalam 15 minit tapi boleh pergi sampai 40 minit. Tu belum nak patah balik ke U lagi

Takoyaki

Spider Chicken Floss Maki
Baca nama risau jugak kot ada spider dalam tu kan, hahah. Dah la ada perkataan maki kat situ

Sedap la Spider Chicken Floss Maki ni

Tadi staf kata Salmon Chazuke ni tak ada. Tiba-tiba ada. Salmon dia tu sedap betul cara dia panggang tu

Ni pun sedap.. eh, semua sedap la

Last.. makan edamame

Gedebak gedebuk, dekat 90 jugak, huhu

Beli kopi pulak di Maco Cafe, depan Sushi Mentai

Mille Crepe

Iman ambil latte, Sk ambil Hot Choc

Habiskan cake cepat-cepat, dah maghrib. Minuman tak habis, sambung minum kat rumah

Macam tu la sesekali dating ngan anak, kena la maknya keluar modal, huhu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2026/01/makan-di-sushi-mentai-mengopi-di.html