Sprm Tahan 23 Penguatkuasa Jpj Isu Lori Kebal


SPRM Tahan 23 Penguatkuasa JPJ Isu Lori Kebal di Pulau Pinang. Tamparan hebat buat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan berita ini. Mana tidak nya sudah pasti kredibiliti dan reputasi JPJ sedikit tercalar.
SPRM Tahan 23 Penguatkuasa JPJ Isu Lori Kebal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seramai 31 individu termasuk 23 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan rasuah melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa lebih muatan di sekitar negeri ini.
Kesemua mereka yang terdiri daripada 28 lelaki dan tiga wanita berusia antara 31 hingga 54 tahun ditahan di pejabat SPRM negeri di sini antara pukul 10 pagi hingga 4 petang tadi.
Daripada jumlah tangkapan itu, lapan individu termasuk tiga wanita terbabit merupakan orang awam yang berperanan sebagai proksi, tonto serta pemilik syarikat.
Menurut sumber SPRM, kesemua pegawai penguat kuasa JPJ gred 19 hingga 32 daripada Pejabat JPJ negeri berkenaan dipercayai menerima bayaran antara RM10,000 ke RM32,000 secara bulanan sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu lori terlibat selain turut membocorkan maklumat operasi JPJ.
“Wang yang diterima tersebut dipercayai untuk pegawai kanan JPJ bagi tujuan hiburan,” katanya.
Jelas sumber berkenaan, tangkapan itu merupakan siasatan peringkat pertama dan tidak menolak kemungkinan ramai lagi yang akan dipanggil bagi membantu siasatan.
Katanya, dianggarkan tidak kurang daripada 75 pegawai penguat kuasa JPJ terlibat menerima rasuah daripada pemilik syarikat-syarikat lori.
Dalam pada itu, sumber itu menambah, kumpulan lori-lori yang dilindungi tersebut dibekalkan dengan pelekat khas yang disediakan oleh tonto supaya mereka mudah dikenal pasti sekali gus kebal daripada tindakan penguat kuasa.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.
Jelas beliau, operasi besar-besaran oleh Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dengan kerjasama SPRM negeri itu dilakukan hasil risikan sejak beberapa bulan lalu selain mendapat maklumat daripada orang awam.
“Kita tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan dipanggil untuk membantu siasatan.
Kesemua yang ditahan dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown untuk mendapatkan perintah reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya. – UTUSAN ONLINE
The post SPRM Tahan 23 Penguatkuasa JPJ Isu Lori Kebal appeared first on Berita Viral Terkini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaviralterkini.com/sprm-tahan-23-penguatkuasa-jpj-isu-lori-kebal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Lori Kebal 24 Anggota Jpj Ditahan Kerja 2 Bulan

Kes Lori Kebal 24 Anggota Jpj Ditahan Kerja 2 Bulan

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 370 hits
Kes Lori Kebal 24 Anggota JPJ Ditahan Kerja 2 Bulan Jabatan Pengangkutan Jalan akan mengambil tindakan menahan kerja selama tempoh dua bulan ke atas 24 orang penguat kuasanya di Pulau Pinang yang ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...
50 Lagi Penguatkuasa Jpj Dijangka Ditahan Sprm

50 Lagi Penguatkuasa Jpj Dijangka Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 621 hits
Sticker atau pelekat Itu pengenalan mudah digunakan pemilik syarikat lori kepada anggota dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan bagi melepaskan kenderaan berat itu tanpa melakukan sebarang pemeriksaan Sumber mendedahkan pemilik syarikat ter...
Isu Rasuah Dan Integriti Tiada Kompromi Ketua Pengarah Jpj

Isu Rasuah Dan Integriti Tiada Kompromi Ketua Pengarah Jpj

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 500 hits
Astro Awani SHAHARUDDIN Jika ada penahanan anggota JPJ kita tidak akan berkompromi atau melindungi malah akan membantu SPRM untuk menjalankan siasatan Foto Astro AWANI Shahir Omar PUTRAJAYA Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Sh...
Disyaki Terima Rasuah Rm10k Rm32k Untuk Lindungi Pemandu Lori 24 Anggota Jpj Direman Seminggu

Disyaki Terima Rasuah Rm10k Rm32k Untuk Lindungi Pemandu Lori 24 Anggota Jpj Direman Seminggu

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 405 hits
30 orang lelaki termasuk 24 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan berhubung kes rasuah melindungi pemandu lori kebal yang melakukan kesalahan jalan raya di negeri ini lapor H...
Sprm Tahan Gnanaraja

Sprm Tahan Gnanaraja

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 578 hits
Siti A isyah Sukaimi SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia menahan seorang ahli perniagaan G Gnanaraja berhubung siasatan pengubahan wang haram Menerusi kenyataan SPRM penahanan itu dibuat jam 11 40 pagi di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya hari ...
Sprm Cekup 22 Lagi Penguat Kuasa Jpj

Sprm Cekup 22 Lagi Penguat Kuasa Jpj

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 763 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini menahan seramai 22 lagi penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan kerana dipercayai terlibat dengan rasuah Kesemua suspek disyaki melindungi pemandu pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan ...
Sprm Pengarah Jpj P Pinang Akan Dipanggil Jika Perlu

Sprm Pengarah Jpj P Pinang Akan Dipanggil Jika Perlu

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 363 hits
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang dan pengurusan tertinggi JPJ negeri itu akan dipanggil untuk membantu siasatan kes rasuah membabitkan kakitangan jabatan itu sekiranya perlu Loading Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pen...
Adakah Isu Felda Pink Diamond Akan Senyap Lepas Ph Kalah Di Rantau

Adakah Isu Felda Pink Diamond Akan Senyap Lepas Ph Kalah Di Rantau

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 442 hits
Din Pagoh Muhyidin Yassin menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak cuba mengelirukan rakyat dalam soal pelaburan Felda dalam Eagle High Plantation dan KL Vertical City Project Tuduh Din Pagoh lagi Najib menggunakan calculated statement untuk meng...
Isu Ecrl Kerajaan Disindir Dasar U Turn Semakin Konsisten

Isu Ecrl Kerajaan Disindir Dasar U Turn Semakin Konsisten

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 423 hits
Foto sumber internetKUALA LUMPUR 16 April Pemuda Umno Malaysia menempelak keputusan kerajaan meneruskan semula projek Laluan Rel Pantai Timur selepas melontarkan pelbagai tuduhan ke atas projek berkenaan sebelum ini Ketua Pemuda Umno Datuk ...
Najib S Family Supporters Gather For Prayers Ahead Of House Arrest Decision

Analisis Dan Sorotan Perlawanan Liga Wanita Nasional 2025 Hari Ini

Perginya Kakak Ipar Yang Ceria Dan Baik Budi Kehilangan Yang Tak Disangka

Napoleon S Defeat At Waterloo The End Of An Era

Legoland Malaysia Christmas 2025 Brick Tacular Holidays Experience With Giant Lego Tree Festive Shows

Cara Reset Kewangan Anda Sebelum Masuk Tahun Baru

Membuat Modul Iot Membaca Banyak Device Dengan Rs485

Pmx Umum Kejayaan Program Budi Madani Ron95 Yang Jimatkan Lebih Rm


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Drama Gadis Kopi

Daging Goreng Bollywood Style Paling Menggoda Resipi Mudah Tapi Rasa Luar Biasa

Pasaran Di Persimpangan Lonjakan Pasaran Menjelang Akhir Tahun Vs Kebimbangan Gelembung Teknologi

Rejab Syaaban Ramadan

Bila Sakit Datang Bertamu

Mg Motors Registered A Sales Record In 2025 In Europe A Tale Of Rapid Growth And Expanding Presence