Isu Rasuah Dan Integriti Tiada Kompromi Ketua Pengarah Jpj


Afiezy Azaman, Astro Awani SHAHARUDDIN: "Jika ada penahanan anggota JPJ kita tidak akan berkompromi atau melindungi malah akan membantu SPRM untuk menjalankan siasatan." - Foto Astro AWANI/Shahir Omar 

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Shaharuddin Khalid memberi amaran kepada anggota dan pegawainya untuk tidak berkompromi mengenai isu rasuah dan integriti.

Ini susulan penahanan 24 anggota dan pegawai JPJ Pulau Pinang oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah berhubung kes melindungi kesalahan syarikat dan pemandu lori di sekitar negeri itu.

"Jika ada penahanan anggota JPJ kita tidak akan berkompromi atau melindungi malah akan membantu SPRM untuk menjalankan siasatan.

"Kita akur dengan penahanan tersebut kerana ia tugas SPRM dan mempunyai kaitan dengan integriti serta penjawat awam. Kita mahu JPJ bersih daripada elemen salah guna kuasa, rasuah dan masalah integriti," katanya dalam sidang media tergempar di Ibu Pejabat JPJ, Putrajaya, pada Khamis.

 Terdahulu, pada Selasa lepas media melaporkan seramai 33 individu termasuk 24 anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang disyaki terlibat dengan rasuah melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan di sekitar negeri itu.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan suspek merupakan antara 33 individu berumur antara 31 dan 54 tahun yang ditahan selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.

Tiga daripada individu yang ditahan semalam itu adalah wanita dan mereka dibebaskan dengan jaminan SPRM.

 Laporan media sebelum ini menyebut petugas-petugas JPJ yang ditahan ini berjawatan penguat kuasa gred 19 hingga 32, dipercayai menerima bayaran bulanan antara RM10,000 dan RM32,000 sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu lori terlibat selain membocorkan maklumat operasi jabatan itu.

Sementara itu, Shaharuddin berkata JPJ mempunyai program Sistem Pengurusan Anti-Rasuah dan akan memperkemaskan lagi sistem berkenaan.

"Kita juga ada bahagian integriti bagi memastikan integriti semasa menjalankan tugas sentiasa ditegakkan oleh semua anggota dan pegawai JPJ," jelas beliau.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bagi mengurangkan gejala rasuah JPJ mengambil langkah ke arah transaksi digital dengan mengurangkan transaksi hubungan antara manusia.

"Kita ke arah digital, semua buat atas talian. Sekarang kita telah ada beberapa program seperti E-Bidding dan sebagainya dan beberapa lagi masih dalam perancangan malah JPJ akan lebih moden selepas ini," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/isu-rasuah-dan-integriti-tiada-kompromi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mana Integriti Kerajaan Ph Tangani Isu Lynas Soal Berjasa

Mana Integriti Kerajaan Ph Tangani Isu Lynas Soal Berjasa

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 663 hits
Oleh Siti Fatimah IshakKeputusan dibuat tanpa bukti saintifik hingga fakta dibakul sampah BANGI Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia memandang serius tindakan kerajaan Pakatan Harapan dalam menangani isu Lynas yang disifatkannya sebagai...
Sprm Tahan 23 Penguatkuasa Jpj Isu Lori Kebal

Sprm Tahan 23 Penguatkuasa Jpj Isu Lori Kebal

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 515 hits
SPRM Tahan 23 Penguatkuasa JPJ Isu Lori Kebal di Pulau Pinang Tamparan hebat buat Jabatan Pengangkutan Jalan dengan berita ini Mana tidak nya sudah pasti kredibiliti dan reputasi JPJ sedikit tercalar SPRM Tahan 23 Penguatkuasa JPJ Isu Lori ...
Sprm Pengarah Jpj P Pinang Akan Dipanggil Jika Perlu

Sprm Pengarah Jpj P Pinang Akan Dipanggil Jika Perlu

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 308 hits
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang dan pengurusan tertinggi JPJ negeri itu akan dipanggil untuk membantu siasatan kes rasuah membabitkan kakitangan jabatan itu sekiranya perlu Loading Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pen...
5 Lagi Penguat Kuasa Jpj Pulau Pinang Direman Kes Rasuah Pagi Ini

5 Lagi Penguat Kuasa Jpj Pulau Pinang Direman Kes Rasuah Pagi Ini

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 457 hits
LIMA penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah daripada pemilik syarikat lori di negeri ini Foto Danial SaadOleh Muhammad Yusri Muzamiryusri muzamir bh com myGEORGETO...
Wanita Punca Kegiatan Rasuah Pegawai Jpj Pulau Pinang Terbongkar

Wanita Punca Kegiatan Rasuah Pegawai Jpj Pulau Pinang Terbongkar

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 415 hits
Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang yang disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah boleh menyalahkan seorang wanita yang terluka kerana menyebabkan mereka berdepan masalah dengan undang undang kata sumber yang rapat dengan penyiasa...
Disyaki Terima Rasuah Rm10k Rm32k Untuk Lindungi Pemandu Lori 24 Anggota Jpj Direman Seminggu

Disyaki Terima Rasuah Rm10k Rm32k Untuk Lindungi Pemandu Lori 24 Anggota Jpj Direman Seminggu

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 348 hits
30 orang lelaki termasuk 24 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan berhubung kes rasuah melindungi pemandu lori kebal yang melakukan kesalahan jalan raya di negeri ini lapor H...
Dah Lama Dah Gejala Rasuah Dalam Kalangan Penguat Kuasa Jpj Sudah Lama Loke

Dah Lama Dah Gejala Rasuah Dalam Kalangan Penguat Kuasa Jpj Sudah Lama Loke

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 319 hits
Bernama Loke berkata pihaknya akan memberi kerjasama penuh dengan siasatan dijalankan SPRM berhubung penahanan anggota JPJ itu Gambar fail KULAI Kementerian Pengangkutan maklum mengenai gejala rasuah dalam kalangan anggota penguat kuasa Jab...
Stres Rekap Silisih Perhitungan Suara Ketua Kpps Di Malang Coba Bunuh Diri

Stres Rekap Silisih Perhitungan Suara Ketua Kpps Di Malang Coba Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 344 hits
Korban harus menjalani perawatan dan mendapat jahitan di Rumah Sakit Panti Nirmala
Finland Says It Can Teach Tourists To Be Happy Challenge Accepted

Cik Pon Bakal Talak Satu

Nahas Karak Pemandu Lori Direman Empat Hari

Raya Gaya Kita

Berbuka 29 Puasa Soto Lembu Angah

Hati Hati Dengan Scam Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbe

Anda Saksikan Sendiri Sikap Peniaga Di Jalan Tar

Mykad Madani Memudahkan Bantuan Kerajaan Menyejahterakan Rakyat Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


When Audio Isn T An Afterthought Why Riders Choose Cicada Systems First

Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas

Konsert Energy Ryan B Dan Banyak Lagi Aktiviti Menarik Dalam Lembah Klang Minggu Ini

Tip Char Kue Tiau Sedap Masukkan Satu Bahan Ni Masa Menumis Bahan Bahan 2 Ge

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan

Bumiputera Company Ousted Chinese Company Installed The Story Behind Kl Tower