Sprm Dah Macam Ahli Politik Ph



Majlis Pakatan Harapan (PH) menyifatkan tindakan tiga Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyokong Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki sudah menyerupai tingkah laku ahli politik dalam parti politik dan bukan lagi sebagai agensi kerajaan terhormat.
(Utusan) – Dalam satu kenyataan, Majlis PH berkata, sokongan mereka terhadap Azam dan menuduh ia sebagai dendam politik sama seperti bercakap kepada diri sendiri ketika SPRM turut melakukan tindakan sama.
“Kalau begitu, suatu siasatan dijalankan secara mendadak oleh SPRM ke atas Suruhanjaya Sekuriti (SC) tatkala sedang menyiasat perdagangan saham secara proksi oleh Azam, di mana ramai telah pun dihukum sebelum ini, juga boleh disifatkan sebagai tekanan untuk motif dendam politik.
“Sebagai penjawat awam, ketiga-tiga pegawai kanan ini patut tahu kenyataan mereka boleh ditafsir sebagai percubaan mempengaruhi proses siasatan terhadap ketua pesuruhjaya dan mengandungi tuduhan serius yang menimbulkan pelbagai tanda tanya.
“Oleh itu, pegawai-pegawai kanan ini perlu membuat laporan polis dan biarkan mereka menyiasat secara terbuka keranan sememangnya SPRM tidak akan menyiasat Azam secara bebas dan profesional, sebaliknya akan ‘membersihkan’ nama beliau,” katanya.
Kenyataan bersama itu melibatkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.
Sabtu lalu, tiga Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM iaitu Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya (Bahagian Operasi), Datuk Seri Norazlan Mohd Razali (Pencegahan) dan Datuk Junipah Wandi (Pengurusan dan Profesionalisme) menyokong Azam dan berpendirian tohmahan serta serangan dibuat bermotifkan politik dendam bagi menjatuhkan imej dan kredibiliti SPRM.
Semalam, Abu Zahar pula mendakwa enam ahli Lembaga Penasihat Pencegahan (LPPR) yang ‘menjauhkan diri’ daripada kenyataan media dibuat beliau pada Rabu lalu berhubung dakwaan pemilikan saham dan kepentingan dalam syarikat oleh Azam mengadakan mesyuarat dalam kalangan mereka tanpa memaklumkannya.
Enam ahli LPPR berkenaan Tan Sri Ismail Omar, Datuk Seri Azman Ujang, Datuk Seri Akhbar Satar, Datuk Dr Hamzah Kassim, Datuk David Chua Kok Tee dan Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.
Baru-baru ini, Azam yakin dan menegaskan tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak memiliki kepentingan serta pemilikan saham dalam mana-mana syarikat. Beliau antara lain tidak melihatnya sebagai isu apabila membenarkan adiknya, Nasir Baki, menggunakan akaun Azam membeli saham.
Mengulas lanjut, Majlis PH menggesa kerajaan supaya ‘merehatkan’ Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Borhan Dolah termasuk Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar sehingga siasatan selesai.
Ia berikutan Borhan didakwa enggan bertindak menyiasat Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki mengenai kes pemilikan saham di beberapa saham syarikat dan membenarkan adiknya, Nasir Baki, menggunakan akaun saham berkenaan.
“Perlu ada pimpinan baharu yang bersih, profesional dan bebas untuk mengetuai LPPR dan PPPR SPRM supaya kewibawaan, integriti dan kredibiliti SPRM dipulihkan semula.
“Jelas SPRM atau badan penasihat SPRM tidak boleh melakukan siasatan terhadap ketua pesuruhjayanya sendiri dan siasatan oleh badan bebas yang tiada kaitan dengan SPRM amat diperlukan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/01/12/sprm-dah-macam-ahli-politik-ph/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Undur Azam Baki Ahli Parlimen Keadilan Buat Laporan Polis Ketua Sprm K

Undur Azam Baki Ahli Parlimen Keadilan Buat Laporan Polis Ketua Sprm K

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 271 hits
YB Fahmi Fadzil YB Akmal Nasir YB Maszlee Malik YB Mariah Chin dan beberapa orang Ahli Parlimen lain telah membuat satu laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki membabitkan isu rasuah
Warisan Belum Sempat Nak Kacau Line Di Semenanjung Di Sabah Ahli Sendiri Sudah Belah Apa Macam

Warisan Belum Sempat Nak Kacau Line Di Semenanjung Di Sabah Ahli Sendiri Sudah Belah Apa Macam

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 200 hits
Panas Shafie dedah punca Peter keluar WarisanDecember 30 2021 Presiden Parti Warisan Sabah Mohd Shafie Apdal menyifatkan keputusan Adun Melalap Peter Anthony yang meninggalkan parti itu semalam sebagai bukan sesuatu yang mengejutkan Katanya...
Pegawai Kanan Sc Ahli Politik Dilapor Terlibat Rasuah Rm28 2 Juta

Pegawai Kanan Sc Ahli Politik Dilapor Terlibat Rasuah Rm28 2 Juta

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 199 hits
MALAYSIA NOW Menurut laporan NGO itu anak pegawai SC turut terlibat dalam salah laku dan rasuah tersebut Seorang lelaki berjalan di hadapan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Jalan Chocrane Cheras Suruhanjaya Pencegahan Rasu...
Panas Ahli Panel Lppr Letak Jawatan Terence Gomez Sprm Azam Baki

Panas Ahli Panel Lppr Letak Jawatan Terence Gomez Sprm Azam Baki

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 195 hits
Kesemua ahli Lembaga penasihat pencegahan Rasuah LPPR suruhan raya pencegahan rasuah malaysia perlu meletakkan jawatan dan dipertanggung jawabkan berhubung isu melibatkan pemilikan jutaan saham oleh ketua pesuruhjaya SPRM Azam Baki Itu lah ...
Hiburan Adik Yang Buat Ke Netizen Keliru Poster Tawaran Kerja Ahli Parlimen Ini Macam

Hiburan Adik Yang Buat Ke Netizen Keliru Poster Tawaran Kerja Ahli Parlimen Ini Macam

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 241 hits
Baru baru ini ahli Parlimen Kepong iaitu Lim Lip Eng curi perhatian warganet di Twitter apabila beliau memuat naik satu ciapan poster yang menawarkan tawaran pekerjaan Menerusi poster yang di muat naik oleh beliau itu Lim menyatakan hasratn...
Bagaimana Sprm Boleh Buat Kesimpulan Awal Azam Baki Mangsa Politik Tok Peti Bersuara

Bagaimana Sprm Boleh Buat Kesimpulan Awal Azam Baki Mangsa Politik Tok Peti Bersuara

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 207 hits
Melihat kepada surat sokongan anggota SPRM kepada bos mereka maka pada pendapat saya demi keadilan dan ketelusan pentadbiran negara ini saya ingin mencadangkan seluruh kepimpinan SPRM disemak semula dan sebolehnya dirombak Bagaimana mungkin...
Fnc Entertainment Umum Kontrak Eksklusif Bersama Jimin Bekas Ahli Aoa Sudah Tamat

Fnc Entertainment Umum Kontrak Eksklusif Bersama Jimin Bekas Ahli Aoa Sudah Tamat

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 210 hits
Sudah hampir setahun sejak Ji min keluar dari kumpulan AOA ramai yang menantikan perkembangan aktiviti seninya Terbaru FNC Entertainment mengumumkan bahawa kontrak mereka bersama wanita itu sudah pun tamat Kenyataan itu dimuat naik di laman...
Muda Didakwa Daftarkan Ahli Tanpa Kebenaran Pemilik Nama

Muda Didakwa Daftarkan Ahli Tanpa Kebenaran Pemilik Nama

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 198 hits
January 12 2022 Ikatan Demokratik Bersatu Malaysia yang baru didaftarkan dituduh mendaftarkan ahli tanpa kebenaran pemilik nama Bagaimanapun parti berasaskan belia itu menafikan memalsukan keahlian sebaliknya berkata ia adalah masalah yang ...
Sambung Aktiviti Lakonan Kim Kibum Bekas Ahli Super Junior Sah Sertai Pa Entertainment

Sambung Aktiviti Lakonan Kim Kibum Bekas Ahli Super Junior Sah Sertai Pa Entertainment

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 296 hits
Lama kan tak dengar khabar berita mengenai bekas ahli Super Junior iaitu Kim Ki bum Terbaru lelaki itu disahkan menyertai label pengurusan PA Entertainment bagi menyambung karier lakonannya Ulas agensi berkenaan Kami telah menandatangani ko...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Advertorial Rahsia Pengiklanan Yang Menjana Jualan Tahun Demi Tahun

Minuman Belgian Chocolate Choco Albab Rasa Kaya Khasiat Mantap

Lirik Lagu Penantian Lah Ahmad

Lirik Lagu Suci Sekeping Hati 2025 Saujana Wany Hasrita Dan Amin Idris

Beli Mata Wang Kripto Di Luno

Doa Menghilangkan Kesedihan Gelisah Allahumma Inni A Udzubika Minal Hammi Wal Hazan