Muda Didakwa Daftarkan Ahli Tanpa Kebenaran Pemilik Nama


 

January 12, 2022 Ikatan Demokratik Bersatu Malaysia (Muda) yang baru didaftarkan dituduh mendaftarkan ahli tanpa kebenaran pemilik nama.
Bagaimanapun, parti berasaskan belia itu menafikan memalsukan keahlian, sebaliknya berkata ia adalah masalah yang kemungkinan timbul akibat penyalahgunaan proses pendaftarannya yang ‘mudah’ ketika ini.
Isu itu timbul selepas ahli PKR, Bong Jenn Fonng, menerima e-mel daripada Muda Sabtu lalu, mengatakan bahawa keahlian partinya telah diluluskan walaupun tidak pernah membuat permohonan.
“Agak mengejutkan apabila melihat e-mel itu kerana saya tidak pernah menghubungi atau mendekati mana-mana ahli Muda.
“Saya tidak pernah mengetahui tentang orang permohonan mereka dan saya tidak pasti bagaimana mereka mendapat butiran peribadi saya,” katanya kepada Malaysiakini.
Bong mempersoalkan sama ada parti itu mendaftarkan ahli tanpa persetujuan untuk menambah bilangan keahlian.
Dia berkata bilangan keahlian Muda menunjukkan lebih 30,000 orang telah menyertai parti itu.
Bong tidak memegang sebarang jawatan parti tetapi kadangkala menulis ulasan untuk akhbar harian berbahasa Cina tempatan.
Ketika dihubungi, Setiausaha Agung Muda Amira Aisya mengakui terdapat kelemahan dalam proses pendaftaran keahlian tetapi menafikan sebarang niat jahat parti.
Amira berkata pada masa ini proses pendaftaran adalah sangat mudah, menyebabkan kemungkinan ia boleh disalahgunakan untuk mendaftar orang tanpa kebenaran.
“Masalah seperti ini berlaku pada semua parti, termasuk yang sudah mapan. Apa yang penting ialah untuk perbaiki secepat mungkin.
“Kami akan menghantar satu lagi e-mel kepada semua orang dalam senarai kami untuk mendapatkan persetujuan rasmi mereka. Kami akan keluarkan nama mereka yang tidak bersetuju daripada senarai,” katanya.
Amira berkata parti itu akan mengemas kini nombor keahlian sebenar sebaik sahaja ia mengesahkan kesilapan, dan memberi jaminan bahawa mereka tidak akan memalsukan angka.
“Tidak kira sama ada terdapat perubahan ketara pada jumlah itu, kami tidak akan melaraskan nombor tersebut untuk memperdayakan orang ramai.
“Kami sentiasa menyokong ketelusan dan ini termasuk jumlah keahlian kami,” katanya.
Muda diasaskan oleh Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang pernah menjadi menteri belia dan sukan selama 22 bulan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.
Parti itu terpaksa menunggu lama sebelum didaftarkan, berikutan bantahan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin.
Bagaimanapun, parti itu memenangi cabaran undang-undang terhadap kerajaan Disember lalu, selepas itu kementerian terpaksa mendaftarkan mereka sebagai parti.
Muda sebelum ini cuba bertanding di bawah Pakatan Harapan semasa pilihan raya negeri (PRN) Melaka tetapi menolak keputusan PKR dan Amanah meletakkan dua calon yang sebelum itu lompat dari parti Umno.
Muda kini menjalin pakatan dengan Warisan, dan turut dikaitkan dengan Pejuang yang diketuai bekas mentor Syed Saddiq, Dr Mahathir Mohamad.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/01/muda-didakwa-daftarkan-ahli-tanpa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warisan Belum Sempat Nak Kacau Line Di Semenanjung Di Sabah Ahli Sendiri Sudah Belah Apa Macam

Warisan Belum Sempat Nak Kacau Line Di Semenanjung Di Sabah Ahli Sendiri Sudah Belah Apa Macam

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 180 hits
Panas Shafie dedah punca Peter keluar WarisanDecember 30 2021 Presiden Parti Warisan Sabah Mohd Shafie Apdal menyifatkan keputusan Adun Melalap Peter Anthony yang meninggalkan parti itu semalam sebagai bukan sesuatu yang mengejutkan Katanya...
Ahli Pkr Sujud Syukur Pejuang Tak Mahu Kerjasama Pkr Dan Anwar

Ahli Pkr Sujud Syukur Pejuang Tak Mahu Kerjasama Pkr Dan Anwar

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 181 hits
Alhamdulillah Semua warga Keadilan wajib sujud syukur mendengar berita baik ini iaitu Pejuang tidak mahu bersama Anwar dan Keadilan Jap pernah ke Keadilan melamar Pejuang Atau hang yang perasan dan syok sendiri Betul Anwar melewati zamannya...
Kes Saman 1mdb Jho Low Dan Ahli Keluarga Masukkan Kehadiran

Kes Saman 1mdb Jho Low Dan Ahli Keluarga Masukkan Kehadiran

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 158 hits
AGENDA DAILY Datuk Seri Najib Razak didedahkan mempunyai hubungan istimewa dengan ahli perniagaan dalam buruan Jho Low Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bapa beliau Tan Sri Larry Low Hock Peng dan ibunya Puan Sri Goh Ga...
Kami Ada Ahli Dari Negara Berbeza Enhypen Kongsi Kekuatan Kumpulan Impian 2022

Kami Ada Ahli Dari Negara Berbeza Enhypen Kongsi Kekuatan Kumpulan Impian 2022

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 270 hits
ENHYPEN baru baru ini terlibat dengan penggambaran dan temubual bersama majalah star1 Menjadi kumpulan yang berjaya menjual berjuta juta album ahli ahli menyatakan keterujaan tentang masa depan mereka Ketua kumpulan Jung won berkata Saya ti...
Liza Hanim 6 Ahli Keluarga Lain Positif Covid 19

Liza Hanim 6 Ahli Keluarga Lain Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 183 hits
Oleh SAIRUL ZAMRI MISRANI Liza meminta doa semua agar dia lima anak dan ibunya segera sembuh daripada jangkitan Covid 19 PETALING JAYA Penyanyi versatil Liza Hanim memasuki senarai terbaharu selebriti yang dijangkiti virus Covid 19 Paling s...
Kontroversi Kebenaran Pembangunan Di 6 Kolam Takungan Banjir

Kontroversi Kebenaran Pembangunan Di 6 Kolam Takungan Banjir

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 253 hits
Kontroversi kebenaran pembangunan di 6 kolam takungan banjir Ketika ramai pihak mencari punca yang berlaku banjir besar di Lembah Klang timbul lagi satu dakwaan berhubung isu projek pembangunan perumahan dan projek campuran di enam kolam ta...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep