Warisan Belum Sempat Nak Kacau Line Di Semenanjung Di Sabah Ahli Sendiri Sudah Belah Apa Macam


 
Panas! Shafie dedah punca Peter keluar WarisanDecember 30, 2021 Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Mohd Shafie Apdal menyifatkan keputusan Adun Melalap, Peter Anthony yang meninggalkan parti itu, semalam, sebagai bukan sesuatu yang mengejutkan.
Katanya, tindakan Peter sudah dijangkakan tetapi kesal kerana hasratnya untuk menubuhkan parti tempatan pelbagai kaum bakal memecah-belahkan perpaduan rakyat di Sabah.
“Saya bersimpati kerana beliau sudah beberapa kali menyatakan hasratnya berikutan kes mahkamah yang dihadapinya.
“Keputusan Peter untuk menubuhkan sebuah lagi parti pelbagai kaum yang bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hanya akan memecah-belahkan lagi rakyat Sabah dan masyarakat di pedalaman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, naib presiden Warisan itu mendakwa tindakannya adalah demi memperjuangkan hak serta nasib rakyat Sabah, selepas dia melihat parti Warisan telah jauh tersasar dalam perjuangan itu apabila ia melebarkan sayapnya ke Semenanjung.
Kata bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu, rakyat Sabah ini perlukan satu parti yang betul-betul memperjuangkan hak orang Sabah.
Menurut laporan Malaysiakini, pengumuman itu dibuatnya kira-kira dua minggu selepas Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur mengarahkannya membela diri terhadap pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrikal (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), tujuh tahun lalu.
Bagaimanpun, Peter pada sidang media semalam juga menolak dakwaan kononnya tindakannya keluar parti adalah disebabkan kes mahkamah berkenaan tetapi menegaskan keputusannya adalah kerana suara dari akar umbi rakyat Sabah.
Mengulas lanjut, Shafie menyifatkan hasrat Peter untuk menubuhkan parti baru tempatan pelbagai kaum bercanggah dengan tindakannya ingin menyertai kerajaan negeri yang terdiri daripada parti nasional.
“Dalam sidang media, Peter berkata sesebuah negeri patut ditadbir oleh parti politik setempat menurut negeri masing-masing.
“Bagaimanapun ini bercanggah dengan tindakannya untuk menyertai GRS yang terdiri daripada parti nasional dan parti tempatan.
“Alasan untuk keluar parti kerana Warisan tersasar dari perjuangan asal hanya kerana melebarkan sayap ke Semenanjung, adalah tidak benar,” kata Shafie.
Presiden Warisan itu juga melahirkan kekesalannya dengan tindakan Adun Limbahau, Juil Nuatim, yang meninggalkan parti itu semalam bersama Peter.
“Tindakan Juil Nuatim juga mendukacitakan kerana terpengaruh dengan Peter yang menyebabkannya mengambil keputusan tergesa-gesa,” katanya.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September tahun lalu, Peter mempertahankan kerusi DUN Melalap setelah memperoleh 5,694 undi bagi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Jamawi Jaafar yang memperoleh hanya 3,526 undi.
Dia menang atas tiket Warisan dengan majoriti 1,719 undi dalam saingan enam penjuru.
Dengan perkembangan terbaru itu, Warisan kini hanya memiliki 18 kerusi di DUN Sabah, apabila sebelum ini tiga Adun yang terdiri daripada Hassan A Gani Pg Amir (Sebatik), Yusof Yacob (Sindumin) dan Mohammadin Ketapi (Segama) juga Ahli Parlimen Lahad Datu, bertindak keluar parti, manakala Manis Muka Mohd Darah (Bugaya) meninggal dunia tahun lalu.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/warisan-belum-sempat-nak-kacau-line-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Sabah Pun Tak Mahu Sokong Macamana Orang Semenanjung Nak Sokong Warisan

Orang Sabah Pun Tak Mahu Sokong Macamana Orang Semenanjung Nak Sokong Warisan

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 191 hits
2 ADUN Sabah Peter Anthony dan Juil Nuatim keluar Warisan December 28 2021Peter Anthony bercakap kepada media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu setibanya dari Kuala Lumpur hari ini KOTA KINABALU Ahli Dewan Undangan Negeri Melal...
Rakyat Tengah Menderita Bencana Banjir Sempat Lagi Buat Perlantikan Ahli Dewan Negara

Rakyat Tengah Menderita Bencana Banjir Sempat Lagi Buat Perlantikan Ahli Dewan Negara

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 330 hits
Oi Rakyat tengah menderita oi Korang tak abis lagi kejar pangkat harta Apa jenis haram jadah ni Tak boleh tunggu lepas habis bencana ni ke Perlantikan ni boleh selesaikan masalah rakyat ke
Macam Mana Nak Buat Solat Tahajud

Macam Mana Nak Buat Solat Tahajud

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 308 hits
Assalamualaikum Hi korang Perkongsian di hari Jumaat yang barakah Perkongsian untuk ke arah kebaikkan MACAM MANA NAK BUAT SOLAT TAHAJUD Waktu yg the best sekitar 4 30pagi hinggalah sebelom subuh Niat di dalam hati aku melakukan solat sunat ...
Macam Mana Nak Legakan Rasa Lenguh Dengan Mudah

Macam Mana Nak Legakan Rasa Lenguh Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 410 hits
MACAM MANA NAK LEGAKAN RASA LENGUH DENGAN MUDAH Korang tau tak kalau korang duduk atau berdiri lama sangat direct sampai 6 jam nonstop boleh buat badan korang jadi lenguh tau Lebih lebih lagi bahagian pinggang leher dengan bahu Kita fahamla...
Lebih 17 Kes Baharu Di Sabah Babit Kanak Kanak Belum Layak Divaksin Kata Masidi

Lebih 17 Kes Baharu Di Sabah Babit Kanak Kanak Belum Layak Divaksin Kata Masidi

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 249 hits
Sekitar 70 daripada kes kes baharu setiap hari melibatkan mereka yang sudah lengkap divaksin kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun KOTA KINABALU Sejumlah 17 4 daripada 258 kes baharu dicatatkan di Sabah hari ini membabi...
Banjir Telemong Saksi Dakwa Mangsa Sempat Whatsapp Ahli Keluarga Untuk Minta Bantuan

Banjir Telemong Saksi Dakwa Mangsa Sempat Whatsapp Ahli Keluarga Untuk Minta Bantuan

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 275 hits
BENTONG Fenomena kepala air di Telemong di sini pada Sabtu lepas berikutan hujan lebat menyebabkan enam penduduk di kawasan itu dihanyutkan arus deras manakala 10 lagi yang terperangkap dalam kejadian banjir itu berjaya diselamatkan Seorang...
Belum Diberi Peluang Macamana Hang Nak Menilai Orang

Belum Diberi Peluang Macamana Hang Nak Menilai Orang

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 178 hits
Si tua saka kata Anwar tidak tahu perintah negara Belum diberi peluang pun si tua saka tu kata Anwar tidak tahu perintah negara Dia yang dah jadi PM selama 22 tahun kemudian jadi PM sekali lagi 22 bulan terlalu pandai perintah negara Seoran...
Nak Tunuk Kegagalan Kerajaan Negeri Selangor Tapi Kerajaan Mail Sabri Sendiri Yang Kena Hentam

Nak Tunuk Kegagalan Kerajaan Negeri Selangor Tapi Kerajaan Mail Sabri Sendiri Yang Kena Hentam

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 237 hits
Media arus perdana politikkan banjir di Selangor Nak tunjuk kegagalan kerajaan negeri kononnya Akibatnya orang terlupa di Pahang pun banjir Dan sekarang di Bentong dan Karak ada mangsa banjir yang sudah berhari hari tiada makanan
Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Quartet Songzhuang Z Museum By Team Bldg Weaving Culture Into Architecture

Six Highways 25 Main Roads In Klang Valley To Be Closed For Asean Summit

The Trucks Haven T Changed What I Learned From Growing Up In Army Quarters

Investors Affected By Unauthorised Trades Won T Incur Losses Says Bursa

Revisited Kimchi Jjigae And Mayak Egg Recipe

What Did Trump Really Do About India During His Term Let S Break It Down