Spr Hadkan Presiden Timbalan Sebagai Poster Boy Ismail Sabri Hanya Naib Presiden Umno


agendaily.com19/4/2022
SPR sebelum ini hanya benarkan Presiden, Timbalan Presiden parti sebagai gambar 'poster boy' semasa PRU-14 lalu.
UMNO mengumumkan minggu lalu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai ‘poster boy’ mereka yang juga calon Perdana Menteri (PM) selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) lalu.

Bagaimanapun, UMNO tidak membuat ulangkaji secara terperinci atau mungkin secara sengaja cuba menipu Ismail Sabri untuk memujuknya supaya membubarkan Parlimen lebih awal bagi memberi laluan PRU-15 diadakan secepat mungkin.

Untuk rekod, Ismail Sabri hanya salah seorang Naib Presiden daripada tiga Naib Presiden UMNO, sementara Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula adalah Presiden dan Datuk Seri Mohamad Hasan pula adalah Timbalannya.

Mengikut peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini, mana-mana parti politik yang bertanding hanya dibenarkan menggunakan gambar pemimpin utamanya, iaitu Presiden dan Timbalan Presiden.

Garis panduan tersebut juga digunakan semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), ia merupakan syarat baharu yang diperkenalkan sepanjang tempoh berkempen.

Memetik laporan media pada 3 Mei 2018 sebelum PRU-14 lalu, mantan Pengerusi SPR, Tan Sri Hashim Abdullah semasa mengumumkan peraturan tersebut menggariskan:

Hanya gambar calon, presiden dan timbalan presiden atau setarafnya daripada parti komponen Barisan Nasional (BN), PKR dan PAS dibenarkan digunakan sebagai bahan kempen sepanjang PRU-14.

Di peringkat negeri pula, selain gambar presiden dan timbalan presiden, gambar Ketua Menteri, Menteri Besar, pengerusi badan perhubungan negeri, calon serta simbol parti politik hanya dibenarkan dalam bahan kempen.

“Kenapa orang pertikaikan gambar tokoh tertentu dipotong atau digunting sedangkan mereka (pembangkang) telah bersetuju menggunakan simbol PKR pada PRU-14.

“Jadi bagi SPR, PKR yang bertanding. Pada PRU-14, parti Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo PKR, jadi hanya gambar presiden dan timbalan presiden PKR sahaja boleh dipaparkan, dan bukannya gambar Tun Dr Mahathir Mohamad yang hanya merupakan pengerusi PH,” katanya dipetik laporan media waktu itu.

Semasa PRU-14 lalu, timbul pertikaian susulan gambar pemimpin Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilarang penggunaannya dalam poster kempen PRU-14 waktu itu.

link berita :
1. SPR Larang Guna Gambar Pemimpin Utama Parti, Hadkan Kepada Presiden dan Timbalan
2. Hanya gambar calon, presiden, timbalan presiden parti dibenarkan dalam bahan kempen

Bagaimanapun, UMNO mengabaikan peraturan yang mereka sendiri tambah pada 2018 apabila sebaliknya mengumumkan Ismail Sabri sebagai ‘poster boy’ mereka.

Jika mengikut peraturan SPR ini, dua pemimpin yang berada dalam hierarki tertinggi UMNO dibenarkan sebagai ‘poster boy’ hanya Zahid dan Mohamad, bukannya Ismail Sabri.

Melainkan, SPR menerima arahan terbaharu membatalkan syarat tambahan yang diperkenalkan mereka sendiri pada PRU-14 lalu untuk membolehkan UMNO menggunakan gambar Ismail Sabri sebagai ‘poster boy’ mereka.

Atau UMNO boleh memberi janji awal kepada Ismail Sabri tetapi kemudiaannya menukar keputusan dengan menggunakan poster gambar Zahid dan Mohamad pada PRU-15 nanti, segala kemungkinan boleh berlaku.

Sementara itu, seorang penganalisis politik, James Chin yang merupakan Profesor pengajian Asia di Universiti Tasmania berkata pencalonan Ismail Sabri itu bukan jaminan jawatan PM akan diserahkan kepadanya selepas PRU-15.

“Saya tidak fikir Ismail Sabri akan menjadi perdana menteri selepas pilihan raya, melainkan dia bersetuju untuk mengalah dengan apa yang Najib (Datuk Seri Najib Razak) dan Zahid… apa yang semua kluster mahkamah mahu,” katanya dipetik laporan media.

Chin berkata Ismail Sabri akan terpaksa tunduk kepada kehendak ‘Kluster Mahkamah’, merujuk kepada Zahid dan Najib jika mahu menjadi PM selepas PRU-15.

“Jika dia (Ismail Sabri) bersama mereka, maka mereka mungkin mempertimbangkannya, tetapi sangat tidak mungkin,” tambah Chin.

Chin juga menegaskan bahawa janji-janji politik, tidak semestinya ditunaikan dengan mengambil contoh janji bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyerahkan kuasa kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM sebelum ini.

Kesimpulannya, janji untuk meletak Ismail Sabri sebagai ‘poster boy’ juga boleh ditukar atas alasan tidak mahu melanggar peraturan SPR dan tidak mustahil juga janji untuk menyerahkan jawatan PM juga boleh dimungkiri selepas PRU-15 nanti


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/04/spr-hadkan-presiden-timbalan-sebagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Mt Umno Hanya Gula2 Manis Untuk Paksa Pru15 Segera Tapi Bukan Jaminan Ismail Sabri Kekal Perdana Menteri

Keputusan Mt Umno Hanya Gula2 Manis Untuk Paksa Pru15 Segera Tapi Bukan Jaminan Ismail Sabri Kekal Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 165 hits
Melihat kepada keputusan mesyuarat MT UMNO petang tadi tiga daripada empat ketetapan yang diputuskan sebagaimana diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan adalah semata mata bertujuan memaksa Perdana Menteri Ismail Sabri agar membub...
Ismail Sabri Hanya Bakal Pengantin Jika Tak Jadi Pengerusi Bn Annuar

Ismail Sabri Hanya Bakal Pengantin Jika Tak Jadi Pengerusi Bn Annuar

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 240 hits
agendaily com16 4 2022Bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa menjelaskan rasional di sebalik cadangannya supaya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik menjadi Pengerusi Barisan Nasional menggantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi D...
Jika Ikhlas Berikan Jawatan Presiden Bukan Jaminan Jadi Pm Kepada Ismail Sabri

Jika Ikhlas Berikan Jawatan Presiden Bukan Jaminan Jadi Pm Kepada Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 160 hits
SESUDAH SUBUHMesyuarat MKT Umno semalam telah membuat empat ketetapan seperti mana diumumkan oleh Setiausaha Agung Ahmad Maslan Empat perkara itu bersetuju untuk melantik Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri selepas Piraum ke 15 jika...
Benarkah Zahid Hamidi Tidak Boleh Dikalahkan Sebagai Presiden Umno

Benarkah Zahid Hamidi Tidak Boleh Dikalahkan Sebagai Presiden Umno

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 155 hits
Kalau kita berbual bual dengan pemimpin atau ahli UMNO yang merupakan penyokong kepada Ahmad Zahid Hamidi mereka tanpa ragu ragu mengatakan Presiden UMNO itu sukar dikalahkan jika dilawan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Hujah merek...
Tidak Ada Jaminan Ismail Sabri Kekal Perdana Menteri Walau Pun Di Namakan Sebagai Calon

Tidak Ada Jaminan Ismail Sabri Kekal Perdana Menteri Walau Pun Di Namakan Sebagai Calon

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 299 hits
KUALA LUMPUR Tiada jaminan untuk Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai perdana menteri meskipun Majlis Kerja Tertinggi Umno mencalonkannyauj sebagai calon perdana menteri bagi Pilihan Raya Umum ke 15 Ahli MKT UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahm...
Pengumuman Ismail Sebagai Calon Pm Helah Umno Untuk Bubar Parlimen

Pengumuman Ismail Sebagai Calon Pm Helah Umno Untuk Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 155 hits
Teka teki mengenai calon perdana menteri daripada Umno dan Barisan Nasional terjawab apabila parti itu sebulat suara mengumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebagai poster boy pada Pilihan Raya Umum ke 15 Bagaimanapun persoalan timb...
Annuar Musa Dakwa Cadang Ismail Sabri Jadi Pengerusi Bn Hanya Pandangan Lontaran Idea

Annuar Musa Dakwa Cadang Ismail Sabri Jadi Pengerusi Bn Hanya Pandangan Lontaran Idea

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 204 hits
JOHOR BAHRU Ketua Bahagian UMNO Ketereh Tan Sri Annuar Musa menyifatkan cadangan beliau supaya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diangkat sebagai Pengerusi Barisan Nasional yang baharu hanyalah sebagai pandangan dan lontaran idea Ahli Parlimen...
Party Man Ismail Sabri Will Consult Umno On Mou Selangor Bn Chief

Party Man Ismail Sabri Will Consult Umno On Mou Selangor Bn Chief

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 183 hits
Prime Minister Ismail Sabri Yaakob remains a party man who will likely consult Umno before making any significant decisions related to the memorandum of understanding with Pakatan Harapan said Selangor BN chief Isham Jalil I know Ismail Sab...
Naming Ismail Sabri As Pm Candidate Not Ploy To Hasten Ge15 Umno

Naming Ismail Sabri As Pm Candidate Not Ploy To Hasten Ge15 Umno

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 338 hits
Amanah s claim that Umno nominated Ismail Sabri Yaakob as its prime minister candidate for the 15th general election as a ploy to speed up the general election is not true said Umno secretary general Ahmad Maslan Ismail Sabri the current pr...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket