Jika Ikhlas Berikan Jawatan Presiden Bukan Jaminan Jadi Pm Kepada Ismail Sabri


SESUDAH SUBUH
Mesyuarat MKT Umno semalam telah membuat empat ketetapan seperti mana diumumkan oleh Setiausaha Agung Ahmad Maslan. Empat perkara itu, bersetuju untuk melantik Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri selepas Piraum ke-15 jika parti itu menang, kedua tidak akan melanjutkan MoU di antara kerajaan dengan PH, ketiga menggesa agar akta anti lompat diteruskan dan keempat mengadakan perhimpunan khas Umno untuk meminda pelembagaan bagi menentukan tempoh pemilihan. 
Daripada empat keputusan itu yang paling penting dan menarik ialah persetujuan MKT untuk melantik Ismail Sabri jadi perdana menteri. Keputusan ini dilihat perubahan dan perkembangan yang berlaku dalam parti itu. Ia juga sebagai gecatan senjata di antara golongan yang bersetuju dengan yang tidak bersetuju Ismail Sabri terus menjadi PM. 
Dalam Umno kini ada dua kumpulan bertentangan, satu yang senang dan mahukan Ismail Sabri terus jadi PM, manakala yang satu lagi mahu menukar Ismail Sabri dengan individu lain, maksudnya selepas pilihan raya umum Ismail Sabri tidak lagi jadi PM. Dalam hal ini ada gambaran dan usaha untuk mengangkat Zahid Hamidi atau Najib Razak sebagai PM. 
Ia bertolak daripada ekoran keadaan Umno dilihat bertambah baik dengan mengukur kepada dua pilihan raya negeri, Melaka dan Johor. Golong yang mahu menobatkan Najib sekali lagi golongan yang mahu mengambil kesempatan atas pemulihan Umno. Walaupun Najib telah dijatuhi hukum penjara 12 tahun dan denda RM143 juta tetapi mereka sedang berusaha untuk membebaskan Najib.0
Sebelum ini ada segelintir pimpinan parti itu yang digolongkan sebagai golongan kluster mahkamah tidak mahu Ismail Sabri terus jadi perdana menteri. Mereka mendesak Ismail Sabri segera membubarkan parlimen bagi membolehkan Piraum diadakan.  
Keputusan dibuat semalam yang mahu Ismail Sabri terus adi PM, sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada ahli parlimen Bera itu. Tetapi ia bukan sesuatu yang mutlak. Ismail tidak boleh menelannya begitu sahaja seperti telah kurma basah, sebaliknya harus menelannya semacam menelan nasi panas. Dalam politik boleh berlaku apa sahaja. 
Bak kata seorang ahli MKT Tajuddin Abdul Rahman, keputusan itu hanya dibincang oleh MKT tetapi ia tidak menggambarkan hakikat sebenarnya. Bagi Tajuddin penamaan Ismail Sabri sebagai PM itu hanya satu tektik sahaja.
Benar, kerana beberapa kejadian sebelum ini menunjukkan bayang dalam politik itu tidak sama dengan objeknya. Ketentuan seseorang sebagai perdana itu hanya boleh dicadang, tetapi yang menentunya keadaan dan faktor lain. Bagi Umno apa berlaku di Johor adalah teladannya.
Umno menghebuhkan Hasni Mohamad sebagai MB Johor, tetapi yang angkat sumpah Onn Hafiz Ghazi. Ertinya yang menentukan dan memuktamadkaitu adalah pihak lain. Adapun mengenai kes Ismail Sabri ini, beliau tidak akan menghadapi masalah seperti Hasni itu kalau ia benar-benar dicadangkan oleh parti dan dibuat dengan ikhlas.
Apa yang Ismail Sabri kena ingat dan sedar beliau tidak presiden Umno dan merupakan pemimpin di barisan ketiga sebagai naib presiden. Ada dua lapisan lagi diatas, timbalan presiden dan presiden. Beliau bernasib baik ketika berlaku kekosongan jawatan PM dan Umno diberi peluang, beliau adalah pemimpin lapis ketiga yang berstatus sebagai ahli parlimen. Kalau timbalan Mohamad Hassan juga seorang ahli parlimen, mungkin jawatan itu bukan untuknya, tetapi untuk Mohamad jika diambil kira dari segi snioriti dan amalan sebelum ini.  
Mohamad Hassan dilihat lebih berhak mengikut hierarki parti. 
Atas senario itu keputusan MKT bukan sesuatu yang boleh dipegang dan diterima Ismail Sabri dengan tenang. Ada kemungkinan kesediaan presiden yang mempunyai kuasa tertinggi dalam parti sedia bincang dan terima cadangan itu ada motif tersendiri. 
Sekiranya parti dan MKT benar-bnar ikhlas dan jujur untuk menyerahkan jawatan kepada Ismail Sabri beliau perlu diberikan jawatan presiden. Dengan jawatan itu sahaja menjamin kedudukan Ismail Sabri tidak akan tergugat dan digugat. Bahkan tindakan terbaik bagi Umno kalau Zahid dan pemimpin lain yang bermasalah mengambil tanggungjawab berundur secara terhormat.
Dengan hanya setakat bersetuju untuk memberikan jawatan itu kepada Ismail Sabri ia mungkin hanya sebagai helah sahaja atau pun untuk mengambil hati dan memperdayakan rakyat agar menyokong Umno. Umno sendiri tahu dengan reputasi presidennya kini atau bekas presiden serta beberapa yang lain sangat buruk dan berbau busuk. 
Keadaan itu menyebabkan Umno tidak dapat menjual mereka sebagai poster boy dalam pilihan raya kelak, maka pemimpin seperti Ismail Sabri yang dikira boleh menyakinkan rakyat. Dalam hal ini Ismail Sabri hanya dijadikan alat semata-mata untuk tujuan dan kepuasan nafsu yang lain. [wm.kl. 3:57 pm 15/04/2022] *tanpa edit.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2022/04/jika-ikhlas-berikan-jawatan-presiden.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Mt Umno Hanya Gula2 Manis Untuk Paksa Pru15 Segera Tapi Bukan Jaminan Ismail Sabri Kekal Perdana Menteri

Keputusan Mt Umno Hanya Gula2 Manis Untuk Paksa Pru15 Segera Tapi Bukan Jaminan Ismail Sabri Kekal Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 165 hits
Melihat kepada keputusan mesyuarat MT UMNO petang tadi tiga daripada empat ketetapan yang diputuskan sebagaimana diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan adalah semata mata bertujuan memaksa Perdana Menteri Ismail Sabri agar membub...
Spr Hadkan Presiden Timbalan Sebagai Poster Boy Ismail Sabri Hanya Naib Presiden Umno

Spr Hadkan Presiden Timbalan Sebagai Poster Boy Ismail Sabri Hanya Naib Presiden Umno

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 229 hits
agendaily com19 4 2022SPR sebelum ini hanya benarkan Presiden Timbalan Presiden parti sebagai gambar poster boy semasa PRU 14 lalu UMNO mengumumkan minggu lalu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai poster boy mereka yang juga calon Perdana...
Tidak Ada Jaminan Ismail Sabri Kekal Perdana Menteri Walau Pun Di Namakan Sebagai Calon

Tidak Ada Jaminan Ismail Sabri Kekal Perdana Menteri Walau Pun Di Namakan Sebagai Calon

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 299 hits
KUALA LUMPUR Tiada jaminan untuk Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai perdana menteri meskipun Majlis Kerja Tertinggi Umno mencalonkannyauj sebagai calon perdana menteri bagi Pilihan Raya Umum ke 15 Ahli MKT UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahm...
Pm Ismail Sabri Domestic Trade Ministry To Investigate Extreme Flight Fare Increase During Festive Season

Pm Ismail Sabri Domestic Trade Ministry To Investigate Extreme Flight Fare Increase During Festive Season

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 146 hits
The Prime Minister said he had asked Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Seri Alexander Nanta Linggi to investigate if there was any violation under the Price Control and Anti Profiteering Act 2011 in the ticket price increas...
Ismail Sabri Pm Boneka Umno Rakyat Jangan Lagi Sokong

Ismail Sabri Pm Boneka Umno Rakyat Jangan Lagi Sokong

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 195 hits
Ismail Sabri PM boneka Umno rakyat jangan lagi sokongPosted By on April 17 2022Kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa memorandum kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan tidak akan diteruskan selepas tamat 31...
Annuar Musa Dakwa Cadang Ismail Sabri Jadi Pengerusi Bn Hanya Pandangan Lontaran Idea

Annuar Musa Dakwa Cadang Ismail Sabri Jadi Pengerusi Bn Hanya Pandangan Lontaran Idea

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 204 hits
JOHOR BAHRU Ketua Bahagian UMNO Ketereh Tan Sri Annuar Musa menyifatkan cadangan beliau supaya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diangkat sebagai Pengerusi Barisan Nasional yang baharu hanyalah sebagai pandangan dan lontaran idea Ahli Parlimen...
Naming Ismail Sabri As Pm Candidate Not Ploy To Hasten Ge15 Umno

Naming Ismail Sabri As Pm Candidate Not Ploy To Hasten Ge15 Umno

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 338 hits
Amanah s claim that Umno nominated Ismail Sabri Yaakob as its prime minister candidate for the 15th general election as a ploy to speed up the general election is not true said Umno secretary general Ahmad Maslan Ismail Sabri the current pr...
Pm Ismail Sabri Breaks Fast With Bera Residents

Pm Ismail Sabri Breaks Fast With Bera Residents

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 160 hits
Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob handing out Aidilfitri donations during the Semarak Ramadan Program and breaking fast ceremony at Felda Purun in Bera April 16 2022 Bernama picBERA April 16 Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabr...
Ismail Sabri As Ge15 Pm Candidate Shows Umno S Stability Mat Hasan

Ismail Sabri As Ge15 Pm Candidate Shows Umno S Stability Mat Hasan

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 175 hits
Umno s decision to nominate Ismail Sabri Yaakob as the prime minister candidate for the 15th general election proves the party s unity and stability to face the challenges in GE15 Deputy president Mohamad Hasan said the decision clearly sho...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket