Keputusan Mt Umno Hanya Gula2 Manis Untuk Paksa Pru15 Segera Tapi Bukan Jaminan Ismail Sabri Kekal Perdana Menteri


 
Melihat kepada keputusan mesyuarat MT UMNO petang tadi, tiga daripada empat ketetapan yang diputuskan sebagaimana diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan adalah semata-mata bertujuan memaksa Perdana Menteri, Ismail Sabri agar membubarkan Parlimen dengan kadar segera.
Ahmad Zahid Hamidi selalu Presiden UMNO ternampak tidak boleh bersabar lagi mahu PRU15 diadakan sesegera yang boleh dan ia mesti diadakan sebelum pemilihan UMNO dilangsungkan yang tempoh akhirnya ialah 29 Disember tahun ini.
Tiga keputusan yang bermaksud demikian itu ialah:-
1. Kedudukan Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan yang berakhir 31 Julai 2022 diputuskan tidak akan diteruskan lagi.
2. Bagi melaksanakan keputusan sebulat suara usul Perhimpunan Agung UMNO 2021 lalu, satu Perhimpunan Agung UMNO Khas akan diadakan pada 14 Mei 2022 (Sabtu) bagi melakukan pindaan Perlembagaan UMNO mengenai tempoh pemilihan parti. Pada hari yang sama juga akan diadakan Sambutan Hari UMNO dan Jamuan Hari Raya Aidilfiti.
3. Majlis Kerja Tertinggi UMNO juga sebulat suara mencadangkan agar Ismail Sabri menjadi calon Perdana Menteri bagi menghadapi PRU15 akan datang.









Sebagai desakan untuk menyegerakan PRU15, termasuk mengambil langkah luar batasan iaitu memutuskan MOU tidak disambung lagi, tawaran agar Ismail Sabri tidak keberatan berbuat demikian, beliau turut dijanjikan gula-gula manis untuk diletakkan sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi PRU15.
Harus diberi kesedaran kepada MT UMNO bahawa MOU itu ialah antara kerajaan dengan PH dan kerajaan pimpinan Ismail Sabri sekarang didukung oleh pelbagai parti, bukan UMNO saja.
Jadi, di mana kuasa UMNO untuk memutuskan MOU itu tidak disambung lagi?
Persoalan juga, di sebalik Ismail Sabri dinamakan sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi PRU15, apakah selepas BN menang PRU15 itu nanti, maka beliau akan tetap dipilih sebagai calon Perdana Menteri yang sebenar?
Menyetujui Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi PRU15 tidak lebih hanya meletakkannya sebagai “poster boy” untuk berdepan pilihan raya semata-mata dan bukan jaminan akan dipilih untuk dinamakan sebagai Perdana Menteri selepas kemenangan diperolehi.
Contoh mudahnya ialah bagaimana Hasni Mohamad yang hanya diletakkan sebagai “poster boy” untuk menghadapi PRN Johor, namun calon lain akhirnya yang dipilih sebagai Menteri Besar selepas kemenangan berada dalam genggaman.
Yang penting sebenarnya bukan menjadi calon Perdana Menteri untuk menghadapi PRU15, sebaliknya menjadi calon Perdana Menteri yang akan dinamakan selepas kemenangan dicapai itulah yang jauh lebih mustahak.
Lebih buruk lagi keadaannya kerana selepas PRU15 nanti dan katalah BN benar-benar mencapai kemenangan, jawatan Presiden UMNO masih lagi dipegang oleh Ahmad Zahid Hamidi.
Bolehkah kita yakin dan percaya Zahid Hamidi akan tetap meletakkan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri ketika beliau sebagai ketua parti yang memenangi pilihanraya dipanggil menghadap Agong nanti?
Lainlah jika Ismail Sabri yang menjadi Presiden UMNO dan juga calon Perdana Menteri, barulah boleh diyakini apa yang dikata akan benar-benar dikota.
Keraguan tentang keputusan MT UMNO bersetuju mencalonkan Ismail Sabri itu lebih terserlah lagi kerana UMNO juga memutuskan untuk mengadakan Perhimpunan Agung Khas pada 14 Mei ini bagi meminda perlembagaan berkaitan persetujuan sebulat suara usul PAU2021 baru-baru ini yang menetapkan pemilihan UMNO hanya akan diadakan enam bulan selepas pilihan raya dilangsungkan.
Tidakkah maksud Perhimpunan Agung Khas itu ialah untuk memastikan Zahid Hamidi kekal berkuasa menentukan calon-calon dalam PRU15 atas kedudukannya selaku Presiden UMNO, seterusnya menentukan juga siapa calon Perdana Menteri selepas kemenangan dicapai dan menghilangkan sama sekali keupayaan Ismail Sabri untuk menangguhkan pilihan raya sehingga selepas pemilihan UMNO diadakan?
Jika Zahid Hamidi benar-benar ikhlas untuk UMNO dan kepada Ismail Sabri, selepas bersetuju mencalonkan Ahli Parlimen Bera itu sebagai calon Perdana Menteri, sepatutnya tidak perlu lagi diadakan Perhimpunan Khas bagi tujuan meminda perlembagaan parti.
Pindaan perlembagaan parti itu hanya bertujuan menjerat Ismail Sabri supaya tidak ada pilihan dan mesti akur kepada kehendak Zahid Hamidi.
Beliau seharusnya juga, selepas menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri, memberi lebih ruang kebebasan kepada Naib Presiden itu untuk mengambil alih kepimpinan parti tanpa banyak halangan seiring dengan kedudukannya menerajui negara.
Bagaimana ada kestabilan jika nakhoda UMNO dan negara diterajui oleh pemimpin yang berbeza?
Kesimpulannya, keputusan MT UMNO itu hanyalah sekadar janji manis dan bukan jaminan yang bernilai kepada Ismail Sabri untuk terus dikekalkan sebagai Perdana Menteri lagi. – ShahbudinHusin15/04/2022.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/keputusan-mt-umno-hanya-gula2-manis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Ada Jaminan Ismail Sabri Kekal Perdana Menteri Walau Pun Di Namakan Sebagai Calon

Tidak Ada Jaminan Ismail Sabri Kekal Perdana Menteri Walau Pun Di Namakan Sebagai Calon

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 299 hits
KUALA LUMPUR Tiada jaminan untuk Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai perdana menteri meskipun Majlis Kerja Tertinggi Umno mencalonkannyauj sebagai calon perdana menteri bagi Pilihan Raya Umum ke 15 Ahli MKT UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahm...
Calon Pm Pada Pru15 Ismail Sabri Bersyukur Sambut Baik Keputusan Mkt Umno

Calon Pm Pada Pru15 Ismail Sabri Bersyukur Sambut Baik Keputusan Mkt Umno

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 211 hits
Calon PM Pada PRU15 Ismail Sabri Bersyukur Sambut Baik Keputusan MKT UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berterima kasih kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Majlis Kerja Tertinggi parti berkenaan yang mencadangkan agar be...
Mkt Cadang Tapi Bukan Jaminan Ismail Kekal Pm Kata Tajuddin

Mkt Cadang Tapi Bukan Jaminan Ismail Kekal Pm Kata Tajuddin

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 286 hits
freemalaysiatoday com April 14 2022 9 14 PMTajuddin Abdul Rahman berkata tiada jaminan Ismail Sabri Yaakob akan kekal sebagai perdana menteri KUALA LUMPUR Keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno sebulat suara mencadangkan Ismail Sabri Yaakob ...
Ismail Sabri Bukan Perdana Menteri Yang Digeruni Orang Politik Mudah Dikotak Katikan

Ismail Sabri Bukan Perdana Menteri Yang Digeruni Orang Politik Mudah Dikotak Katikan

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 206 hits
APABILA Muhyiddin Yassin bergelar Perdana Menteri ramai pemimpin politik TAKUT kepada Muhyiddin termasuk Zahid Hamidi yang didedahkan oleh Muhyiddin sendiri membawa bertimbun file meminta PERTOLONGAN untuk dilepaskan dari diPENJARAkan Begit...
Mkt Umno Sebulat Suara Namakan Ismail Sabri Calon Pm Bagi Pru15

Mkt Umno Sebulat Suara Namakan Ismail Sabri Calon Pm Bagi Pru15

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 199 hits
MKT UMNO sebulat suara namakan Ismail Sabri calon PM bagi PRU15 Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat hari ini sebulat suara menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri Mesyuarat yang dipengerusikan Presid...
Spr Hadkan Presiden Timbalan Sebagai Poster Boy Ismail Sabri Hanya Naib Presiden Umno

Spr Hadkan Presiden Timbalan Sebagai Poster Boy Ismail Sabri Hanya Naib Presiden Umno

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 232 hits
agendaily com19 4 2022SPR sebelum ini hanya benarkan Presiden Timbalan Presiden parti sebagai gambar poster boy semasa PRU 14 lalu UMNO mengumumkan minggu lalu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai poster boy mereka yang juga calon Perdana...
Ismail Sabri As Ge15 Pm Candidate Shows Umno S Stability Mat Hasan

Ismail Sabri As Ge15 Pm Candidate Shows Umno S Stability Mat Hasan

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 176 hits
Umno s decision to nominate Ismail Sabri Yaakob as the prime minister candidate for the 15th general election proves the party s unity and stability to face the challenges in GE15 Deputy president Mohamad Hasan said the decision clearly sho...
Buat Apa Lagi Umno Nak Tukar Calon Perdana Menteri

Buat Apa Lagi Umno Nak Tukar Calon Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 165 hits
Selain berterusan menekan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob agar mempercepatkan tarikh PRU15 UMNO juga difahami agak berbelah bagi untuk mengekalkan lagi beliau menerajui negara Jika UMNO yang dipimpin Zahid Hamidi benar benar mahu Ismail...
Tun Dr Mahathir Mendakwa Umno Tidak Mahu Ds Ismail Sabri Menjadi Pm Selepas Pru 15

Tun Dr Mahathir Mendakwa Umno Tidak Mahu Ds Ismail Sabri Menjadi Pm Selepas Pru 15

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 183 hits
KUALA LUMPUR Walaupun UMNO berjaya menang selepas pilihan raya umum ke 15 tetapi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan dilantik menjadi Perdana Menteri semula Pengerusi parti Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa UMNO tidak akan meng...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli

Bila Ko Tak Boleh Reply Komen

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Injection Moulding Malaysia Combining Precision And Efficiency

Destinasi Percutian Mesra Keluarga Di Malaysia