Benarkah Zahid Hamidi Tidak Boleh Dikalahkan Sebagai Presiden Umno


 
Kalau kita berbual-bual dengan pemimpin atau ahli UMNO yang merupakan penyokong kepada Ahmad Zahid Hamidi, mereka tanpa ragu-ragu mengatakan Presiden UMNO itu sukar dikalahkan jika dilawan oleh Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Hujah mereka, selain Zahid Hamidi dianggap mempunyai lebih ramai penyokong berbanding Ismail Sabri, sokongan daripada penyokong-penyokong Najib Razak dikatakan akan lebih menguatkan lagi kedudukan Presiden UMNO itu dalam mempertahankan jawatannya.

Kata mereka, meskipun Ismail Sabri orang Pahang sama dengan Najib, tetapi bekas Perdana Menteri itu lebih memihak kepada Zahid Hamidi yang merupakan rakan seperjuangannya sejak era Pemuda UMNO pada tahun 80an lagi.

Untuk itu, sekian lama sejak Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri dan terdapat ura-ura beliau mungkin mahu memastikan pemilihan UMNO diadakan terlebih dahulu sebelum PRU15, semua mereka mengatakan sia-sia saja untuk berbuat demikian jika tujuannya untuk membolehkan Ismail Sabri dapat mengambil alih jawatan Presiden UMNO.

Ini kerana, tambah mereka, Naib Presiden UMNO itu tidak mungkin mampu melawan kekuatan yang dimiliki oleh Zahid Hamidi.

Bagi mereka, Ismail Sabri bukan saja tidak mungkin menang, malah ia lebih terdedah untuk dimalukan sebagai Perdana Menteri yang kalah bertanding jika berlawan dengan Presiden UMNO.

Secara sepintas lalu, demikianlah gahnya keyakinan penyokong Zahid Hamidi terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang kini sedang sibuk menghadiri perbicaraan dengan kes terkumpul yang dihadapinya di mahkamah berjumlah 87 kes semuanya.

Tetapi, kenapa Zahid Hamidi sentiasa saja berusaha agar PRU15 diadakan terlebih dahulu berbanding pemilihan UMNO?

Kalau beliau begitu yakin Ismail Sabri tidak mampu mengalahkannya, kenapa masih takut mengadakan pemilihan UMNO mengikut jadual, sedangkan tidak lama selepas menang pada 2018 dulu, beliau pernah berjanji tidak akan menangguhkan tarikh pemilihan yang tempoh wajibnya ialah setiap tiga tahun?

Tidakkah jika diadakan pemilihan UMNO terlebih dahulu, selain menunjukkan jiwa gagah beraninya, malah sekiranya pula berjaya mempertahankan jawatannya, Zahid Hamidi tentu saja akan lebih dihormati ketika mengetuai UMNO mendepan PRU15?

Yang peliknya, usaha Zahid Hamidi mahu menangguhkan pemilihan UMNO bukan sekadar menggunakan tempoh peruntukan 18 bulan yang sedia dibenarkan oleh perlembagaan parti melalui ketetapan yang dipersetujui MT, bahkan sehingga meluluskan usul dalam PAU2021 baru-baru ini bahawa pemilihan UMNO hendaklah diadakan enam bulan selepas pilihan raya dilangsungkan.

Dalam hal ini, Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan dalam ucapan penggulungan PAU2021 dan sebagai sokongan kepada usul berkenaan berkata, dengan lulusnya usul tersebut, sekiranya PRU15 diadakan pada tahun 2030 sekali pun, tetapi pemilihan UMNO tetap diadakan enam bulan selepasnya.

Kenapa begitu beria-ia mahu menangguhkan pemilihan UMNO dan agar ia diadakan selepas PRU15 pula,?sampai perlu dibawa usul dalam PAU untuk dipersetujui?

Adakah ini tanda yang sahih Zahid Hamidi tidak boleh dikalahkan dalam pemilihan UMNO?

Kemudian dalam mesyuarat MT pada 14 April lalu, diputuskan bahawa UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung Khas pada 14 Mei depan bagi meminda perlembagaannya berkaitan usul yang diluluskan oleh PAU2021 baru-baru ini.

Ini bermakna, ketetapan bahawa pemilihan UMNO hendaklah diadakan enam bulan selepas pilihan raya sebagaimana dipersetujui dalam usul PAU2021, bukan sekadar terpakai untuk PRU15, tetapi juga terpakai untuk semua pilihan raya umum selepas ini kerana sudah menjadi sebahagian daripada perlembagaan.

Maksud meminda perlembagaan ini tifak lain ialah untuk mengikat Ismail Sabri sebagai pemimpin parti agar sentiasa akur dan patuh kepada perlembagaan UMNO dan tidak boleh sesuka hati cuba untuk melewatkan PRU15 kepada tempoh selepas pemilihan parti.

Sehingga ke tahap meminda perlembagaan untuk memastikan pemilihan UMNO tidak diadakan lebih dahulu berbanding PRU15, apakah ini juga hujah yang boleh pakai bahawa Zahid Hamidi benar-benar tidak boleh dikalahkan oleh Ismail Sabri?

Jika benar-benar berani berlawan, lebih-lebih lagi kononnya tidak boleh dikalahkan kerana ada ramai penyokong, ditambah dengan sokongan daripada Bossku lagi, kenapa Zahid Hamidi takut berdepan realiti pertandingan dan asyik dengan agenda menangguh-nangguhkan pemilihan?

Atau beliau seorang yang pemalu untuk mengaku dirinya penakut? - ShahbudinHusin 16/04/2022.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/benarkah-zahid-hamidi-tidak-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spr Hadkan Presiden Timbalan Sebagai Poster Boy Ismail Sabri Hanya Naib Presiden Umno

Spr Hadkan Presiden Timbalan Sebagai Poster Boy Ismail Sabri Hanya Naib Presiden Umno

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 221 hits
agendaily com19 4 2022SPR sebelum ini hanya benarkan Presiden Timbalan Presiden parti sebagai gambar poster boy semasa PRU 14 lalu UMNO mengumumkan minggu lalu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai poster boy mereka yang juga calon Perdana...
Zahid Hamidi Fail Saman Fitnah Terhadap Muhyiddin

Zahid Hamidi Fail Saman Fitnah Terhadap Muhyiddin

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 197 hits
ismaweb net Berhubung dakwaan minta bantuan perbicaraan kes di mahkamahKUALA LUMPUR 3 Ramadan 1443H Selasa Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memfailkan saman fitnah terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyid...
Umno Menang Besar Jika Zahid Najib Bersara Dari Politik

Umno Menang Besar Jika Zahid Najib Bersara Dari Politik

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 177 hits
satuberita myBy April 7 2022 UMNO dan Barisan Nasional mampu menang Pilihan Raya Umum Ke 15 lebih besar dan berupaya menguasai sokongan pengundi muda jika dua tokoh utama dalam parti itu bersedia untuk bersara daripada politik Memetik lapor...
Tak Wajar Ganti Zahid Sebagai Pengerusi Bn Mat Maslan Tolak Cadangan Annuar

Tak Wajar Ganti Zahid Sebagai Pengerusi Bn Mat Maslan Tolak Cadangan Annuar

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 138 hits
agendaily com17 4 2022Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan Cadangan Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa supaya Pengerusi Barisan Nasional diganti ditolak Datuk Seri Ahmad Maslan yang disifatkan sebagai tidak wajar Setiausaha ...
As Muhyiddin Seeks New Allies Zahid Warns Umno Of Bersatu S True Colours

As Muhyiddin Seeks New Allies Zahid Warns Umno Of Bersatu S True Colours

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 180 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi today said party members who harbour hopes of an alliance with Bersatu and Perikatan Nasional should think twice following recent revelations on Muhyiddin Yassin Zahid said Pejuang president Dr Mahathir Moh...
Anyone In Umno Still Wants To Work With Desperate Muhyiddin Asks Zahid

Anyone In Umno Still Wants To Work With Desperate Muhyiddin Asks Zahid

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 184 hits
Ahmad Zahid Hamidi says Umno will not sell its principles for power PETALING JAYA Umno president Ahmad Zahid Hamidi wants those in Umno who believe in Bersatu to evaluate its president Muhyiddin Yassin s desperate political action To anyone...
Boleh Percayakah Ismail Calon Pm Dari Umno

Boleh Percayakah Ismail Calon Pm Dari Umno

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 158 hits
Boleh percayakah Ismail calon PM dari Umno Posted By on April 21 2022Pengumuman Umno bahawa mereka telah menemukan formula terbaik dengan meletakkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon PM untuk Pilihan Raya Umum ke ...
Naib Presiden Pas Dicabar Sumpah Laknat Tiada Rancangan Jatuhkan Pemimpin Umno

Naib Presiden Pas Dicabar Sumpah Laknat Tiada Rancangan Jatuhkan Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 152 hits
Dah la menumpang tui kemenangan orang untung dapat jadi menteri Walau pun jadi menteri tak nampak apa pun yang dibuat cuba peratikan apa menteri dari parti pak lebai ini buat Sembang ja kencang Apa yang depa tau hentam PH dulu dapat ke part...
Hiburan Hentilah Fitnah Saya Zahid Hamidi Nafi Ada Cubaan Lindungi Siti Bainun

Hiburan Hentilah Fitnah Saya Zahid Hamidi Nafi Ada Cubaan Lindungi Siti Bainun

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 320 hits
Baru baru ini nama telah dikaitkan dengan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun namun dinafikan oleh anak perempuannya iaitu Nurulhidayah Selepas anaknya menafikan hal berkenaan kali ini giliran Zahid Hamidi pula menafikan tuduhan itu dengan mem...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai

Hopes Of The Chinese For Pn


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport

Masak Beef Kueteow Ala Cantonese

Minta Kado Ulang Tahun Tak Biasa Zaskia Adya Mecca Kunjungi Kamp Suriah