Spesifikasi Kolam Hotel Tidak Sesuai Dengan Pelajar Sekolah Persatuan Hotel


Gambar hiasanKUALA LUMPUR: Spesifikasi kolam renang yang dibina di bangunan hotel pelancongan sangat tidak bersesuaian dengan pelajar sekolah khususnya apabila menyentuh aspek keselamatan.

Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Sam Cheah Swee Hee, berkata kolam renang yang dibina di kebanyakan hotel pelancongan pada asalnya adalah sebahagian daripada tarikan pelancong, maka ia dilihat tidak bersesuaian dengan kanak-kanak.

Bagaimanapun katanya perkara berkaitan pembabitan industri perhotelan untuk membuka prasarana kolam renang hotel bagi tujuan pembelajaran renang itu perlu dikaji semula.
“Kami memuji Menteri dan inisiatif Kementerian untuk memupuk kesedaran dan kepentingan keselamatan di dalam air dalam kalangan kanak-kanak sekolah malah kami terbuka dengan peluang pembabitan sektor swasta termasuk hotel.

“Sebenarnya sudah ada hotel yang menyediakan kemudahan kolam renang mereka kepada pelajar bagi tujuan pembelajaran menerusi kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR), namun tidak semua bentuk kolam renang sesuai bagi tujuan ini khususnya untuk kanak-kanak.

“Isu keselamatan seharusnya menjadi perkara utama dalam hal ini, ini kerana kolam renang di hotel adalah bagi tujuan santai maka ia mempunyai kedalaman yang tidak sesuai untuk kanak-kanak, apatah lagi bagi sekumpulan pelajar sekolah,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, hari ini.

Swee Hee juga berkata, pihak industri turut bimbang ia akan menjejaskan pelancong yang berkunjung ke hotel.

“Kemudahan hotel didedikasikan kepada pelanggan kerana pada asasnya mereka membayar untuk menggunakan segala kemudahan hotel, justeru dari sudut pandangan pelancong ini boleh menimbulkan kesan negatif.

“Kami berharap pihak Kementerian boleh meneliti semula cadangan ini supaya ia bersifat praktikal dan memikirkan keselamatan pelajar sekolah terlebih dulu,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Kamarozaman Abd Razak, berkata pihak kementerian perlu menyediakan satu garis panduan yang jelas bagi melaksanakan pembelajaran renang.

“Garis panduan ini amat penting, kerana sebelum ini dalam pekeliling sekolah sudah tertulis pelajar tidak dibenarkan dibawa ke tempat air atas isu keselamatan.

“Namun sekiranya semua perkara boleh diperjelas dalam satu perbincangan antara pihak Kementerian dan hotel serta MoU mampu dicapai ia tidak mempunyai masalah.

“Mungkin Kementerian perlu mengeluarkan bajet yang lebih bagi melatih guru sebagai guru renang,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, akan berbincang dengan industri perhotelan berhubung keperluan menggunakan kolam renang mereka bagi pelajaran renang untuk pelajar sekolah yang akan diwajibkan kelak.

Usaha itu adalah sebagai tambahan terhadap apa yang diumumkan sebelum ini untuk menggunakan kemudahan kolam renang awam termasuk di kompleks sukan berhampiran sekolah.

Sumber: Berita Harianloading..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2018/11/spesifikasi-kolam-hotel-tidak-sesuai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syor Guna Kolam Renang Hotel Ajar Pelajar Berenang Maszlee

Syor Guna Kolam Renang Hotel Ajar Pelajar Berenang Maszlee

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 446 hits
Imej via FB Rasmi KPMHULU LANGAT Kementerian Pendidikan akan berbincang dengan industri perhotelan berhubung keperluan menggunakan kolam renang mereka bagi pelajaran renang untuk pelajar sekolah yang akan diwajibkan kelak Menterinya Dr Masz...
Pelajar Dan Guru Di Sekolah Juga Terlibat Dalam Skandal Rasuah

Pelajar Dan Guru Di Sekolah Juga Terlibat Dalam Skandal Rasuah

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 871 hits
PUTRAJAYA Perlakuan rasuah turut berlaku di sekolah serta melibatkan murid demikian dedah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Mohd Shukri Abdull Mohd Shukri AbdullPada Forum Permuafakatan SPRM Kementerian Pen...
Theme Park Hotel Bilik Penginapan Sesuai Untuk Jumlah Ramai Di Puncak Genting Highlands

Theme Park Hotel Bilik Penginapan Sesuai Untuk Jumlah Ramai Di Puncak Genting Highlands

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 902 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Tak lama lagi Genting Highlands ni bakal meriah apabila bukanya taman teman luar mereka yang sekarang ni tengah rancak dalam pembinaan Tak silap ta...
Hotel Theme Park Genting Highland Sesuai Untuk Percutian Keluarga

Hotel Theme Park Genting Highland Sesuai Untuk Percutian Keluarga

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 766 hits
Kalau bercuti di Genting Highland sudah semestinya tidak cukup hanya sekadar sehari je kan jadi untuk artikel kali ni saya nak kongsikan dengan korang tentang sebuah hotel baru yang sangat sesuai untuk percutian keluarga Hotel yang saya mak...
13 Resipi Best Sempena Cuti Sekolah Sesuai Buat Untuk Anak Anak

13 Resipi Best Sempena Cuti Sekolah Sesuai Buat Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 676 hits
Kanak kanak biasanya lebih gemar hidangan yang ringkas Jika nasi dan lauk pauk ada kalanya mereka susah untuk makan Tapi tak mengapa resipi resipi di bawah ini anda boleh cuba dan pastinya boleh memikat selera si comel Selamat mencuba 1 PUF...
Maszlee Perjelas Salah Faham Guna Kolam Renang Hotel

Maszlee Perjelas Salah Faham Guna Kolam Renang Hotel

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 325 hits
Imej via FB Rasmi KPMKUALA LUMPUR Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini melahirkan kekecewaannya apabila cadangannya meminta pihak hotel membuka kolam renang mereka kepada pelajar telah diambil luar dari konteks oleh media dan seteru...
Maszlee Cadang Guna Hotel Untuk Pelajar Belajar Berenang

Maszlee Cadang Guna Hotel Untuk Pelajar Belajar Berenang

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 278 hits
Kementerian Pendidikan akan berbincang dengan industri perhotelan berhubung keperluan menggunakan kolam renang mereka bagi pelajaran renang untuk pelajar sekolah yang akan diwajibkan kelak Menterinya Dr Maszlee Malik berkata usaha itu adala...
Hasil Inovasi Pelajar Sekolah Tinggi Fukui Telah Memperoleh Persijilan Makanan Patuh Angkasa

Hasil Inovasi Pelajar Sekolah Tinggi Fukui Telah Memperoleh Persijilan Makanan Patuh Angkasa

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 259 hits
Disediakan oleh Prof Madya Dr Shahrul Kadri Ayob yang kini berada di Jepun Ikan kembung perisa kicap dalam tin hasil inovasi pelajar Sekolah Tinggi Fukui telah memperoleh persijilan makanan patuh angkasa menjadikannya tersenarai sebagai Mak...
Maszlee Digesa Tumpu Baiki Sekolah Bukan Isu Kolam Renang

Maszlee Digesa Tumpu Baiki Sekolah Bukan Isu Kolam Renang

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 331 hits
KUALA LUMPUR Anggota Parlimen Subang Wong Chen berharap agar Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik memberi perhatian kepada isu yang lebih penting seperti membaiki keadaan sekolah berbanding isu memperkenalkan kokurikulum belajar berenang Jel...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner