Maszlee Cadang Guna Hotel Untuk Pelajar Belajar Berenang


Kementerian Pendidikan akan berbincang dengan industri perhotelan berhubung keperluan menggunakan kolam renang mereka bagi pelajaran renang untuk pelajar sekolah yang akan diwajibkan kelak.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, usaha itu adalah sebagai tambahan terhadap apa yang diumumkan sebelum ini untuk menggunakan kemudahan kolam renang awam termasuk di kompleks-kompleks sukan berhampiran sekolah.

“Tak semua sekolah ada kemudahan kolam renang atau berdekatan pusat kolam renang, (tapi) ada hotel mempunyai prasarana kolam renang ini.

“Jadi, mungkin pihak hotel boleh melakukan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menawarkan kepada sekolah-sekolah berdekatan untuk pelajaran renang yang kita anjurkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran Program ‘Life Saving Skills’ dan Modul Kesedaran Keselamatan dan Menyelamat Di Air Sekolah-sekolah Malaysia 2018 di Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (Kem Tekali) di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausahanya, Datuk Dr Mohd Gazali Abas dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim.

Sebelum ini, Maszlee mengumumkan kementeriannya sedang dalam peringkat perbincangan mengenai keperluan untuk mengajar pelajaran renang di sekolah selepas dicadangkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang melihat peningkatan kejadian lemas membabitkan pelajar sekolah sejak kebelakangan ini.

Katanya, perbincangan itu turut mengambil kira masalah kekurangan kemudahan kolam renang terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar dan akan menggunakan kemudahan kolam renang awam berhampiran sekolah.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berharap pihak hotel dapat melakukan tindakan proaktif susulan pengumumannya itu.

“Pihak hotel akan dibawa berbincang dan kita mengharapkan mereka buat tindakan proaktif terhadap harapan kita untuk CSR ini.

“Kurikulum renang ini memang dah ada dan perancangan jangka panjang kita supaya setiap pelajar bukan saja ada kemahiran berenang, tetapi juga kemahiran menyelamatkan nyawa dan kesedaran keselamatan dalam air.

“Perancangan jangka panjang (pelajaran renang) akan jadi satu silibus wajib,” katanya.

Ditanya mengenai sasaran pelajar yang akan mendapat manfaat daripada pelajaran itu beliau berkata, sekurang-kurangnya 20 peratus atau satu juta akan mempelajari kemahiran itu dalam tempoh enam tahun.

Terdahulu dalam ucapannya, Maszlee berkata, statistik daripada Majlis Keselamatan Aktiviti Air (MKAA) menunjukkan hampir setiap tahun berlaku peningkatan kes lemas.

“Contohya, purata kes lemas bagi tempoh 2009 hingga 2013 adalah sebanyak 596 kes iaitu purata 120 kes setahun.

“Golongan kanak-kanak dan remaja adalah mangsa paling ramai iaitu hampir 50 peratus daripada jumlah kematian,” katanya.
SUMBER

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azmykelanajaya.com/2018/11/maszlee-cadang-guna-hotel-untuk-pelajar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syor Guna Kolam Renang Hotel Ajar Pelajar Berenang Maszlee

Syor Guna Kolam Renang Hotel Ajar Pelajar Berenang Maszlee

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 451 hits
Imej via FB Rasmi KPMHULU LANGAT Kementerian Pendidikan akan berbincang dengan industri perhotelan berhubung keperluan menggunakan kolam renang mereka bagi pelajaran renang untuk pelajar sekolah yang akan diwajibkan kelak Menterinya Dr Masz...
Maszlee Perjelas Salah Faham Guna Kolam Renang Hotel

Maszlee Perjelas Salah Faham Guna Kolam Renang Hotel

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 332 hits
Imej via FB Rasmi KPMKUALA LUMPUR Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini melahirkan kekecewaannya apabila cadangannya meminta pihak hotel membuka kolam renang mereka kepada pelajar telah diambil luar dari konteks oleh media dan seteru...
Malaysiabaru Pelajar Cina Digalak Belajar Di Mrsm Kata Sivarasa

Malaysiabaru Pelajar Cina Digalak Belajar Di Mrsm Kata Sivarasa

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 678 hits
Pelajar Cina digalakkan melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara kerana mutu kursus ditawarkan setaraf dengan peringkat antarabangsa Demikian dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sivarasa Rasiah ketika ditemu bu...
Baucer Buku Pelajar Ipt Maszlee Kena Perli Lagi

Baucer Buku Pelajar Ipt Maszlee Kena Perli Lagi

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 400 hits
U turn ni Berani juga dia cakap Skim baucar buku salah satu perjuangan saya buat mahasiswa Dia yang buat Bajet dia yang tak suka dia yang nak tukar sekarang Setakat ini ia sekadar cadangan dan belum dapat apa apa kelulusan lagi Kita tunggu ...
Spesifikasi Kolam Hotel Tidak Sesuai Dengan Pelajar Sekolah Persatuan Hotel

Spesifikasi Kolam Hotel Tidak Sesuai Dengan Pelajar Sekolah Persatuan Hotel

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 340 hits
Gambar hiasanKUALA LUMPUR Spesifikasi kolam renang yang dibina di bangunan hotel pelancongan sangat tidak bersesuaian dengan pelajar sekolah khususnya apabila menyentuh aspek keselamatan Presiden Persatuan Hotel Malaysia Sam Cheah Swee Hee ...
Isa Samad Dijangka Didakwa Salah Guna Kuasa Kes Beli Hotel Felda

Isa Samad Dijangka Didakwa Salah Guna Kuasa Kes Beli Hotel Felda

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 391 hits
Isa Samad dan beberapa pemimpin Umno di bawah pentadbiran Najib Razak PM Tun Dr Mahathir berkata ramai lagi pemimpin dan pegawai kerajaan yang akan didakwa selepas Najib Rosmah Irwan Serigar Hasanah dan Azeez Rahim Foto Raja Mohd Shahrin Fa...
Hotel Association Sinks Maszlee S Swimming Pool Idea

Hotel Association Sinks Maszlee S Swimming Pool Idea

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 235 hits
Education Minister Maszlee Malik s suggestion for hotels to open up their pools for swimming lessons for school children is not a good idea says the Malaysian Association of Hotels According to The Star MAH head Yap Lip Seng said that there...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Uniform Sekolah Berkualiti Serta Mampu Milik Di Pusat Pakaian Hari Hari