Maszlee Perjelas Salah Faham Guna Kolam Renang Hotel


Imej via FB Rasmi KPMKUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini melahirkan kekecewaannya apabila cadangannya meminta pihak hotel membuka kolam renang mereka kepada pelajar telah diambil luar dari konteks oleh media dan seterusnya mencetuskan salah faham.
Beliau berkata cadangannya itu tidak hanya merujuk kepada pihak hotel semata-semata tapi kepada semua pihak baik syarikat swasta, universiti, badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka untuk membantu Kementerian Pendidikan.

Bahkan katanya, beliau juga tidak memaksa pihak hotel untuk mengikut cadangan tersebut tetapi lebih kepada sukarela.

"Usaha kita adalah untuk menaik taraf pendidikan yang tidak hanya tertumpu kepada akademik semata namun kepada survival hidup, kemahiran berenang.

"Malangnya, kenyataan saya hanya dipetik melalui satu pandangan bagaimana sekolah yang tak mempunyai kemudahan sekolah renang dan saya katakan bahawa kalau tiada kolam renang awam maka kita meminta supaya ada hotel lakukan CSR mereka.

"Tapi saya tak paksa mereka, dan mereka perlu tampil secara sukarela," katanya kepada media di bangunan Parlimen hari ini.

Wakil rakyat itu berkata sepatutnya media melaporkan program yang dilancarkan Kementerian Pendidikan semalam dengan jelas.

“Semalam saya telah lancarkan manual kokurikulum berkaitan ‘life saving skill’ dimana sebahagiannya adalah panduan keselamatan dalam air yang berkaitan dengan renang.

“Ia bukan saja berkaitan dengan berenang, tapi juga bagaimana untuk kemahiran survival diri, mana yang selamat dan bahaya.”

Katanya, pelaksanaan subjek tambahan kokurikulum ini adalah selari dengan matlamat Kementerian Pendidikan yang mahu pelajar bukan saja cemerlang dari segi akademiknya namun mempunyai kemahiran kendiri sangat tinggi.

“Buat pertama kali dalam sejarah negara kita ada satu manual (panduan) untuk survivial diri yang diusahakan bersama Kementerian Pendidikan dan agensi berkaitan.

“Jadi, saya minta tolong paparkan keistemewaan Malaysia dan kelebihan apa yang kita ada.

“Daripada menjadikan saya bahan lawak saya rayu wartawan bersikap profesional bersama dengan kami untuk didik rakyat.”

Mengulas lanjut mengenai subjek baharu itu, beliau menjangkakan pelajar dapat diperlengkapkan dengan kemahiran kendiri yang tinggi menjelang tahun 2020.

“Ini yang kita sasarkan sama seperti negara maju lain sebagai contoh negeri Singapura memang pelajaran itu dah ada, di United Kingdom.

“Di sekolah swasta sini pun sudah ada jadi inilah langkah pertama kita dalam 2020 kita sasarkan mereka sekurangnya sudah ada kemahiran tersebut.”

Beliau berkata cadangan itu tidak bermaksud yang pihaknya cuba mengabaikan aspek keselamatan pelajar.

“Bila kata buka kolam renang kepada pelajar bukan maksud mereka main air begitu saja. Dalam manual itu semua lengkap, panduan bukan saja kemahiran menyelematkan diri, tahu bahaya atau tidak ia sebenarnya sebahagian daripada pendidikan sivik,” katanya.

Tambah Maszlee, bagi mana- mana pihak baik hotel atau NGO yang berminat untuk menyertai usaha Kementerian Pendidikan boleh berhubung dengan pejabat kementerian terdekat.

“Manual (Life Saving Skill) itu kita juga sedang mempertimbangkan untuk memuat naik di laman sesawang Kementerian Pendidikan.”

Sumber: Astro Awaniloading..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2018/11/maszlee-perjelas-salah-faham-guna-kolam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syor Guna Kolam Renang Hotel Ajar Pelajar Berenang Maszlee

Syor Guna Kolam Renang Hotel Ajar Pelajar Berenang Maszlee

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 446 hits
Imej via FB Rasmi KPMHULU LANGAT Kementerian Pendidikan akan berbincang dengan industri perhotelan berhubung keperluan menggunakan kolam renang mereka bagi pelajaran renang untuk pelajar sekolah yang akan diwajibkan kelak Menterinya Dr Masz...
Maszlee Cadang Guna Hotel Untuk Pelajar Belajar Berenang

Maszlee Cadang Guna Hotel Untuk Pelajar Belajar Berenang

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 278 hits
Kementerian Pendidikan akan berbincang dengan industri perhotelan berhubung keperluan menggunakan kolam renang mereka bagi pelajaran renang untuk pelajar sekolah yang akan diwajibkan kelak Menterinya Dr Maszlee Malik berkata usaha itu adala...
Isa Samad Dijangka Didakwa Salah Guna Kuasa Kes Beli Hotel Felda

Isa Samad Dijangka Didakwa Salah Guna Kuasa Kes Beli Hotel Felda

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 381 hits
Isa Samad dan beberapa pemimpin Umno di bawah pentadbiran Najib Razak PM Tun Dr Mahathir berkata ramai lagi pemimpin dan pegawai kerajaan yang akan didakwa selepas Najib Rosmah Irwan Serigar Hasanah dan Azeez Rahim Foto Raja Mohd Shahrin Fa...
Kenyataan Golongan Lengit Dan Kleptokrasi Serta Kumpulan Yang Beroleh Faedah Salah Guna Kuasa Dan Rasuah 8717

Kenyataan Golongan Lengit Dan Kleptokrasi Serta Kumpulan Yang Beroleh Faedah Salah Guna Kuasa Dan Rasuah 8717

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 710 hits
Kemenangan Mahathir Hangatkan Politik IndonesiaSabtu 12 Mei 2018 09 59 WIB Kemenagan Mahathir Hangatkan Politik Indonesia JAKARTA Kemenangan oposisi koalisi Pakatan Harapan yang menumbangkan Koalisi Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ...
Lapor Kepada Dbkl Jika Ada Salah Guna Kuasa Penguatkuasa Khalid Samad

Lapor Kepada Dbkl Jika Ada Salah Guna Kuasa Penguatkuasa Khalid Samad

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 453 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Orang ramai diminta tampil membuat laporan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur jika mendapati berlakunya sogokan wang antara anggota penguatkuasa dengan pengusaha restoran di sekitar ibu kota Menteri Wilayah...
Dakwa Islam Punca Rusuhan Adun Salah Guna Tatabahasa Mb Selangor

Dakwa Islam Punca Rusuhan Adun Salah Guna Tatabahasa Mb Selangor

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 292 hits
SHAH ALAM Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Kemuning V Ganabatirau akan memperbetulkan kenyataan beliau mengenai kejadian rusuhan di tapak Kuil Sri Mariamman Putra Heights Subang Jaya hari ini Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata ken...
Kolam Renang Bukit Beruntung Golf Country Resort

Kolam Renang Bukit Beruntung Golf Country Resort

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 1425 hits
Beriadah bersama keluarga sememangnya aktiviti yang menarik dan aktiviti yang dapat mengeratkan lagi sillaturrahim sesame keluarga Baru baru ini Cik iena dan keluarga serta adek beradik mak dan anak cucu mereka beriadah bersama sama di Kola...
Kolam Renang Deliserdang Tempat Wisata Baru Yang Murah Di Lubuk Pakam

Kolam Renang Deliserdang Tempat Wisata Baru Yang Murah Di Lubuk Pakam

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 1254 hits
Warga Deliserdang khususnya yang berada disekitar Kabupaten Lubuk Pakam kini tak perlu jauh jauh lagi datang ke Medan jika hanya ingin berenang di kolam renang yang luas bersih dan banyak wahana permainan airnya Pasalnya baru baru ini Pemer...
Anak Anak Seronok Mandi Di Kolam Renang Pusat Akuatik Tuanku Zara Ipoh Perak

Anak Anak Seronok Mandi Di Kolam Renang Pusat Akuatik Tuanku Zara Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 3517 hits
Anak anak Seronok Mandi Di Kolam Renang Pusat Akuatik Tuanku Zara Ipoh Perak Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Minggu lepas adalah pertama kali Sha dan suami bawa anak anak mandi manda di kolam renang Pusat Akuatik Tuanku Zara Ipoh Perak ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner