Sop Semua Orang Pening Semua Orang Panas


 

Semua orang tahu siapa Daim Zainuddin. Tak perlu diperkenalkan. Semalam FMT memulakan siaran siri laporan hasil wawancara khas dengan beliau menerusi emel.
Antaranya Daim bercakap mengenai SOP yang digubal kerajaan Perikatan Nasional. Katanya SOP membawa erti “Semua Orang Pening” kerana rakyat keliru dan tidak jelas sehingga SOP berubah-ubah. Pengumuman menteri menambahkan kekeliruan dan memburukkan keadaan.
Memang betul ramai orang pening (termasuk saya). Namun saya akui SOP berubah-ubah untuk memenuhi tuntutan sesuatu keadaan. Maksudnya SOP tertakluk pada situasi dan perkembangan semasa. Dalam konteks kita sekarang – keadaan wabak Covid-19. OK, itu saya faham.
Tetapi yang bikin pening ialah SOP yang diumumkan menimbulkan lebih banyak persoalan berbanding jawapan. Lalu ia diubah dan diubah.
Contoh, peraturan mengenai sukan. Awalnya kata aktiviti sukan sudah dibolehkan. Termasuk sukan berpasukan seperti bola sepak, futsal, hoki, takraw, bola keranjang.
Rupa-rupanya yang dimaksud ialah latihan bukan perlawanan. Tak boleh ada kontak. Oleh itu, jika anda suka futsal anda boleh lah “bermain sorang-sorang”. Main sendiri dengan sebiji bola. Timanglah bola itu untuk ‘improve skill’.
Jika rakan atau anak nak join boleh tetapi dia mesti di sana, anda di sini. Dia juga dengan bolanya dan timang. Jika bola “terlepas”, atau anda tidak sengaja membuat “hantaran”, dan rakan kembalikan bola itu secara “passing”, awas! Jangan sampai boleh ditafsir sebagai bermain perlawanan bola sepak. Sebab “umpanan” sudah dibuat.
Lihat pula SOP untuk gunting rambut. Hanya potong rambut dibolehkan. Ingat si tukang gunting tidak dibenarkan cukur janggut atau misai pelanggan. Syampu rambut pun tak boleh. Gunting boleh cukur tak boleh – pelik kerana kedua-duanya dilakukan secara dekat, yakni ketika si tukang gunting dan pelanggan berdekat-dekatan.
Mungkin pihak yang menggubal SOP ini pernah nampak ketika gunting rambut jarak antara si tukang gunting dengan pelanggan jauh lantas ia dibolehkan, manakala apabila mencukur jarak mereka terlalu dekat lalu tidak diizinkan. Begitu?
Beralih ke SOP makan di kedai. Dua orang semeja. Maknanya jika datang berempat dua meja diperlukan walaupun anda berempat sekeluarga. Di rumah boleh makan bersama-sama – berempat duduk satu meja. Tetapi di kedai tidak.
OK, mungkin ini untuk mengelakkan kesesakan di kedai. Saya akui walaupun tujuan buka kedai ialah supaya orang datang tetapi tak ada atau tak ramai pelanggan serupa tidak buka kedai. Namun seperti dikatakan tadi makan dua orang satu meja boleh diterima.
Beralih pula kepada peraturan pergerakan. Ini pelik. Hanya dua orang dibenarkan dalam satu kereta. Pengangkutan awam seperti tren, LRT, MRT, Monorail tidak ada had. Meski pun ada SOP tertentu, hakikatnya tidak ada had bilangan.
Masa PKPB dulu masjid atau surau dalam Zon Merah tidak dibuka. Memang tepat peraturan ini. Yang saya faham PKP lebih serius daripada PKPB. Tetapi masa PKP surau di Zon Merah dibuka – solat Jumaat dan solat fardu dibenar diadakan (dengan SOP tertentu). Masa PKPB tak boleh masa PKP boleh. Namun Alhamdulillah solat boleh didirikan.
Pun begitu warga asing (yang Islam bekerja sebagai buruh mahupun berjawatan tinggi) masih tidak dibenarkan solat berjemaah di surau mahupun masjid di Kuala Lumpur. Tempat lain saya tidak tahu.
Mengapa? Mungkin mereka disyaki pembawa virus? Oleh itu, jangan biarkan mereka berdekat-dekat dengan warga tempatan. Tetapi kita relakan apabila mereka memberi perkhidmatan di pasar raya dan sebagainya. Menghampiri ketika membantu kita angkat barang belian masuk ke kereta dan sebagainya.
Di masjid tidak boleh dekat, di supermarket boleh? Waulahualam.
Berbalik kepada Daim. Kata beliau “keputusan keputusan kerajaan sehingga kini tidak masuk akal kerana ia dibuat bukan berpandukan sains”. Beliau merujuk tindakan mengurangkan tempoh pemantauan menteri kepada tiga hari. Bukan 10 hari buat rakyat biasa. Kuarantin 14 hari sudah lama tidak dipraktikkan.
Tampil pelawak terkenal Harith Iskandar memerli: “tempoh pemulihan buat seorang ibu selepas bersalin ialah antara enam hingga lapan minggu. Melainkan anda seorang menteri. Dua minggu cukup”.
Apa yang rakyat nampak, kata Daim lagi, ialah ada penguatkuasaan undang-undang dua darjat – lain untuk rakyat lain untuk golongan berkedudukan tinggi. Betul.
Ada menteri bebas keluar masuk negara tanpa kuarantin, jalan-jalan keluarkan peluh dengan kawan-kawan (“sebenarnya” terserempak di jalanan, katanya), makan ramai-ramai duduk semeja. Ada lagi tetapi cukuplah takat itu.
Lalu berkata lagi Daim, rakyat tidak nampak menteri tampil untuk menyatakan apa yang dilakukan kementerian masing-masing untuk bantu rakyat. Sekali lagi beliau betul .
Izinkan saya menambah. Apa yang rakyat nampak ialah ada menteri berubah dan mengadakan sesi penggambaran. Itu antara lain yang rakyat nampak.
Bagi saya, semua itu melahirkan satu lagi istilah buat SOP – “Semua Orang Panas”.
Walaupun ini membabitkan isu yang amat serius iaitu pandemik, ramai dalam kalangan rakyat tidak dapat elak daripada menyelitkan unsur “jenaka” tetapi sinis dan tajam dalam menyuarakan kekeliruan, kekecewaan, dan kemarahan.
Selain Harith, seorang lagi pelawak terkenal yang kerap ‘mengusik, memperli, dan menyakat” ialah Jason Leong.
Tempoh hari menerusi Facebook, Leong berkata begini: “Dalam PKP saya tidak boleh menziarah ibu bapa saya masa Tahun Baru Cina kerana kami tinggal di rumah berasingan. Ok tak mengapa.
“Keluarga saya dan saudara-mara akan bertemu untuk bertanya khabar dan bertukar-tukar ang pow. Di pasar malam berdekatan.”
Jelas beliau merujuk kepada peraturan yang tidak mengizinkan anggota keluarga berhimpun untuk majlis makan besar pada malam tahun baharu. Sebaliknya, pasar malam dibenarkan beroperasi. Itu keputusan pertama.
Namun kerajaan mengubah SOP itu – membenarkan makan besar diadakan tetapi dihadiri tidak lebih daripada 15 anggota keluarga yang tinggal di kawasan yang sama. Merentas daerah dan negeri bagaimana pun masih tidak dibenarkan. Ini keputusan kedua.
Tetapi ada orang Melayu yang tidak senang dengan “U-turn” itu. Mereka menuduh masyarakat Cina “banyak songeh” dan suka merungut. Kata mereka, masa Hari Raya Puasa dulu orang Melayu ikut peraturan tanpa mengadu itu dan ini.
Kerajaan dituduh tunduk kepada tekanan orang Cina.
Namun imbas kembali. Ketika perayaan hari raya walaupun balik kampung tidak dibenarkan, kerajaan menetapkan ziarah menziarah diizinkan untuk mereka yang dalam kawasan sama dan membabitkan tidak lebih 20 orang dan ziarah boleh dilakukan hanya pada hari raya pertama.
Apa pun, malangnya kali ini “polemik” antara kaum timbul kerana kerajaan seolah-olah tidak meneliti isu dengan mendalam sebelum membuat keputusan dan mengumumkannya.
Jika keputusan kedua itu dibuat tanpa mengumumkan keputusan pertama terlebih dahulu, rasanya perasaan marah orang Melayu dan juga Cina tidak akan timbul. Ketidakcekapan kerajaan yang membuat rakyat bermarah-marahan antara satu sama lain. Amat menyedihkan.
Kerap apa yang berlaku ialah tangan kanan kerajaan tidak tahu apa tangan kiri buat. Maka timbullah SOP yang bererti “Semua Orang Panas”.
Jika kajian dibuat mungkin didapati jualan ubat sakit kepala cukup laris sekarang kerana “Semua Orang Pening”. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/MalaysiansMustKnowTheTruth/~3/-oRYRpDL8Zo/sop-semua-orang-pening-semua-orang-panas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Terumbang Ambing Rakyat Perlekeh Sop Sebagai Semua Orang Pening Kata Daim

Pn Terumbang Ambing Rakyat Perlekeh Sop Sebagai Semua Orang Pening Kata Daim

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 155 hits
February 15 2021 PETALING JAYA Wabak Covid 19 mendedahkan kerajaan Perikatan Nasional sedang terumbang ambing dalam melaksanakan fungsi asasnya iaitu mentadbir negara kata ahli politik veteran Daim Zainuddin Beliau berkata walaupun Malaysia...
Semua Sop Dan Bagai Cuma Satu Sahaja Yg Bebas

Semua Sop Dan Bagai Cuma Satu Sahaja Yg Bebas

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 244 hits
Basuh tangan dengan sabun Sanitizer JAGA jarak Jangan Salam bersentuhan Saf Tak boleh rapat SEJADAH masing RoadblockKuarantin dll Satu shj yang langgar semua perkara baik Menteri atau marhaen nobody komplain DUIT PITIH PULUS Bertukar tangan...
Panas Umno Akan Bertanding Semua Kerusi Di Terengganu Termasuk Kerusi Pas

Panas Umno Akan Bertanding Semua Kerusi Di Terengganu Termasuk Kerusi Pas

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 422 hits
February 19 2021 Umno Terengganu yakin parti itu dapat merampas semula kerajaan negeri itu daripada PAS jika mereka bertanding di semua kerusi DUN serta parlimen pada pilihan raya umum akan datang Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said berkat...
Hiburan Shuib Sedih Lihat Ramai Datang Temuduga Rasa Nak Terima Semua Bekerja

Hiburan Shuib Sedih Lihat Ramai Datang Temuduga Rasa Nak Terima Semua Bekerja

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 351 hits
Pelawak popular dan bekas penyampai radio Shuib Sepahtu terkejut dan hilang kata kata selepas melihat lebih 100 orang muda datang sesi temuduga untuk dua cawangan Bubble Bee di Kota Bharu dan Kubang Kerian Kehadiran mereka bagaimanapun memb...
Aleh Bodek La Sangat Dulu Semua Tak Betul

Aleh Bodek La Sangat Dulu Semua Tak Betul

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 148 hits
Pemuda PAS tempelak pembenci Muhyiddin guna Rukun NegaraFebruary 10 2021 Pemuda PAS tampil mempertahankan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin daripada serangan pengguna maya di media sosial dengan memetik dua prinsip Rukun Negara Ketuanya Khai...
Menteri Atau Orang Biasa Covid 19 Sapu Semua Pakar

Menteri Atau Orang Biasa Covid 19 Sapu Semua Pakar

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 167 hits
Gambar Hiasan Virus Covid 19 tidak tahu membezakan antara menteri atau rakyat Malaysia biasa kata seorang pakar kesihatan hari ini Dia mengulas arahan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba yang melonggarkan peraturan kuarantin bagi anggota kabine...
Semua Kerusi Umno Akan Ditentang Pn

Semua Kerusi Umno Akan Ditentang Pn

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 232 hits
Kerusi yang diperuntukan kepada PAS oleh Muafakat Nasional 100 selamat tanpa diganggu UMNO dan BERSATU Calon PAS hanya AKAN ditentang PH yang diwakili AMANAH Penyokong UMNO dan BERSATU AKAN turut sokong calon PAS Semua kerusi yang ditanding...
Semua Nak Tapaw Depa Punya Jasa

Semua Nak Tapaw Depa Punya Jasa

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 121 hits
MOHD SHAH RIMDone claim sebelum ni yang suarakan isu I Sinar adalah Anwar Ibrahim dan pemimpin UMNO tetiba hari ni lobai cakap suarakan secara dalaman kah kah kah
Towards More Comprehensive Pension Reform

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Tak Sekolah

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Drama Racun Rihanna Lakonan Intan Najuwa Rita Rudaini

Bunga Paling Seram Di Dunia

Logo Autentik Untuk Produk Asli Madu

Ucapan Hari Jadi Ucapan Lawak Untuk Kawan Islamik

Hadiah Hari Guru 40 Idea Hadiah Yang Menarik

Gara Gara Al Bani Menuduh Iamam Bukhari Kafir Karena Takwil