Menteri Atau Orang Biasa Covid 19 Sapu Semua Pakar


Gambar Hiasan*** Virus Covid-19 tidak tahu membezakan antara menteri atau rakyat Malaysia biasa, kata seorang pakar kesihatan hari ini.
Dia mengulas arahan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba yang melonggarkan peraturan kuarantin bagi anggota kabinet yang pulang daripada lawatan rasmi di luar negara.
Doktor veteran, Dr Milton Lum Siew Wah, berkata turut amat mengecewakan ialah betapa Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah seperti gagal bersuara untuk menolak arahan Adham.
“Nampaknya Noor Hisham tidak tegas dan ini sangat mengecewakan.
“Kita mungkin tidak tahu jika dia (Noor Hisham) memang bertegas tetapi tidak diendahkan, namun nampaknya dia tidak begitu,” kata Lum kepada Malaysiakini.
Pada 13 Dis lalu, Noor Hisham mengatakan keputusan untuk memendekkan tempoh kuarantin wajib Covid-19 dari 14 hari kepada 10 hari dibuat berdasarkan tinjauan data klinikal global.
Noor Hisham pada masa itu mengatakan data klinikal menunjukkan kecenderungan negara mengurangkan hari kuarantin mandatori mereka serta kadar infektif Covid-19 yang tinggi dalam tujuh hari pertama akan menurun dari masa ke masa.
Lum bagaimanapun berkata harus ada peraturan sama untuk semua kerana virus itu tidak dapat membezakan antara menteri atau golongan sebaliknya.
“Sekiranya menteri menganggap mereka dapat melepaskan diri daripada Covid-19 dengan kuarantin tiga hari, mereka tersilap.
“Peraturan (terbaru) ini membahayakan menteri. Ia juga membahayakan orang yang berinteraksi dengan menteri itu, dan lebih buruk lagi ia memberi mesej yang sangat negatif kepada masyarakat,” katanya ketika dihubungi.

Ditandatangani menteri kesihatan
Lum, yang aktif menulis mengenai isu-isu Covid-19 berkata arahan itu juga dapat membawa kelompongan undang-undang dalam menegakkan peraturan kuarantin selama 10 hari.
Dengan contoh yang diberikan oleh menteri, Lum berkata seorang rakyat biasa dapat menggunakan hujah yang sama jika pernah didakwa di mahkamah kerana melanggar kuarantin.
“Sekiranya anda mendakwa seseorang kerana tidak mematuhi arahan kuarantin selama 10 hari, peguam mereka mungkin mencelah dan berkata: ‘pelanggan saya melakukan kuarantin tiga hari, kan?’
“Bagaimana pihak pendakwaan mahu mengambil tindakan lanjut?” katanya.
Untuk rekod, peraturan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021 diterbitkan dalam warta persekutuan semalam.
Ia ditandatangani oleh Adham dan akan berkuat kuasa hari ini.
Perintah itu menyatakan: “Menteri (Adham) mengecualikan menteri kabinet yang kembali dari lawatan rasmi ke luar negeri dari penerapan Seksyen 15 Akta”, merujuk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Dengan arahan itu, menteri yang kembali dari perjalanan rasmi ke luar negeri sebaliknya akan menjalani “pemerhatian selama tiga hari atau menjalani pengawasan hingga diberhentikan tanpa bahaya kepada orang ramai”.
Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussein kini dalam perjalanan rasmi ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, sementara Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah kembali dari Jakarta tiga hari yang lalu.
The post Menteri atau orang biasa, Covid-19 sapu semua – Pakar appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/09/menteri-atau-orang-biasa-covid-19-sapu-semua-pakar/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=menteri-atau-orang-biasa-covid-19-sapu-semua-pakar

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Rakyat Doakan Menteri Dihinggapi Covid 19

Bila Rakyat Doakan Menteri Dihinggapi Covid 19

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 311 hits
TAUFEK YAHYAAda satu cerita yang tular di media sosial tentang tidak berkesannya Prosedur Operasi Standard kerajaan bagi membendung wabak Covid 19 yang melonjak ke empat angkat sejak Januari lalu Cerita itu mengisahkan tentang sekumpulan ka...
Covid 19 Vaksin Di Malaysia Tiada Unsur Babi Atau Haiwan

Covid 19 Vaksin Di Malaysia Tiada Unsur Babi Atau Haiwan

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 248 hits
Oleh KUALA LUMPUR Vaksin COVID 19 yang dipilih untuk digunakan di Malaysia tidak mengandungi sel haiwan termasuk babi Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim berkata kebanyakan vaksin yang wujud di dunia ketika ini j...
Menteri Hanya Kuarantin Tiga Hari Covid 19 Takut Serang Menteri

Menteri Hanya Kuarantin Tiga Hari Covid 19 Takut Serang Menteri

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 257 hits
FAZLI RADZIJika tempoh kuarantin wajib 10 hari berdasarkan laporan saintifik semasa entah atas hujah apa untuk Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba melonggarkan prosedur itu untuk menteri Berkuatkuasa esok 9 Februari jemaah menteri ya...
Covid 19 Pandemik Atau Keganasan Serangan Biologi

Covid 19 Pandemik Atau Keganasan Serangan Biologi

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 196 hits
DR NOOR DZUHAIDAH OSMANPenulis terbaca rencana tulisan ahli akademik negara jiran yang mengutarakan pandangan tentang keganasan biologi rentetan kes Anthrax di Amerika Syarikat selepas kejadian September 11 tahun 2000 membandingkan dengan k...
Kesetiaan Menteri Menteri Umno Kepada Parti Atau Muhyiddin

Kesetiaan Menteri Menteri Umno Kepada Parti Atau Muhyiddin

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 248 hits
Kelompok pemimpin UMNO yang diketahui kuat mempertahankan Muhyiddin Yassin dan mahu parti itu terus bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU15 akan datang ialah mereka yang kini memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan Mereka itu memegang jawat...
Menteri Agama Minta Pejabat Mufti Teliti Kenyataan Pakar Motivasi Andika Putera

Menteri Agama Minta Pejabat Mufti Teliti Kenyataan Pakar Motivasi Andika Putera

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 403 hits
Sejak pagi tadi kenyataan selebriti media sosial Andika Putera berkenaan isu curang telah membuatkan netizen bengang Rata rata daripada mereka tidak bersetuju dengan ulasan pakar motivasi tersebut kerana mempergunakan agama dalam melakukan ...
Covid 19 Tiada Kluster Rentas Negeri Kkm Jangka 7 Atau 8 Daerah Akan Berstatus Hijau

Covid 19 Tiada Kluster Rentas Negeri Kkm Jangka 7 Atau 8 Daerah Akan Berstatus Hijau

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 280 hits
Hasimi MuhamadMenurut Dr Adham perkembangan positif itu susulan daripada larangan rentas negeri yang dikuat kuasakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan 2 0 dilaksanakan pada 13 Januari lalu Gambar fail PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan menjang...
Persekitaran Menteri Selamat Jadi Yang Positif Covid 19 Sebelum Ni Menteri Mana

Persekitaran Menteri Selamat Jadi Yang Positif Covid 19 Sebelum Ni Menteri Mana

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 216 hits
February 11 2021 PERSEKITARAN MENTERI SELAMAT JADI YANG POSITIF COVID 19 SEBELUM INI MENTERI MANA Aku suka bila Dr Dzul respon terhadap kuarantin 3 Hari khas kepada Menteri mengikut Seksyen 29 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjang...
Sapa Desa Jambi Gus Menteri Minta Relawan Desa Lawan Covid 19 Kembali Aktif

Sapa Desa Jambi Gus Menteri Minta Relawan Desa Lawan Covid 19 Kembali Aktif

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 319 hits
Menteri Desa Pembangunan Daerah Tertinggal dan Transmigrasi Abdul Halim Iskandar meminta seluruh Kepala Desa mengaktifkan kembali relawan desa lawan Covid 19 Ia juga meminta pos jaga desa diaktifkan kembali
Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam

Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

An Inspirational Birthday Wish That Has A Lasting Impression

Cakap Benci Rasuah Tapi Berdiam Diri Apabila Tindakan Antirasuah Diambil Pm Anwar

Kenapa Pilih Mosumart Design Untuk Semua Keperluan Cetakan Anda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berdengkur Kuat Bukan Perkara Biasa

Selamat Pagi Sabtu 28 Jun 2025

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Tehran Umum Pengebumian Bersejarah 60 Korban Perang Termasuk Komander Saintis Nuklear