Aleh Bodek La Sangat Dulu Semua Tak Betul


 
Pemuda PAS tempelak pembenci Muhyiddin guna Rukun NegaraFebruary 10, 2021 Pemuda PAS tampil mempertahankan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin daripada serangan pengguna maya di media sosial dengan memetik dua prinsip Rukun Negara.
Ketuanya, Khairil Nizam Khirudin menyifatkan pelbagai hamburan kata jelik di media sosial rasmi Muhyiddin atau institusi negara sebagai tindakan yang “disengajakan”, “berlebihan”, mementingkan diri dan tidak kena pada tempatnya.
“Para pembenci seperti ini hanyalah mereka yang mementingkan diri dan mempunyai motif, sebab itu tidak tahu meletakkan kritikan di tempatnya.
“Sedangkan kesopanan dan kesusilaan adalah Rukun Negara yang menunjukkan salah satu penghormatan dan ciri sepatutnya ada pada rakyat Malaysia.
“Harus dimalukan, apabila mereka tidak tahu membataskan jari-jemari sendiri hingga menampakkan tiadanya kesetiaan kepada raja dan negara yang juga satu daripada Rukun Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Untuk rekod, kesetiaan kepada raja dan negara serta kesopanan dan kesusilaan merupakan prinsip kedua dan kelima daripada lima prinsip Rukun Negara.
Katanya, Muhyiddin dituduh diktator sedangkan dia telah bertindak berasaskan undang-undang dan segala keputusan dibuat secara kolektif, bukannya peribadi, malah telah mendapat pengesahan atau diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong selaku pemerintah tertinggi negara.
Khairil dipercayai merujuk pengisytiharan darurat yang mendapat kritikan sesetengah pihak, terutamanya pembangkang dan sebahagian daripada penyokong PN – seperti Umno – yang melihatnya sebagai cubaan Muhyiddin untuk terus berkuasa setelah kehilangan majoriti.
Justeru, memburukkan perdana menteri dengan membangkitkan unsur menentang perkenan yang diterimanya, kata Khairil, samalah maknanya dengan merendahkan kedaulatan negara.
Beberapa hari lalu juga, Muhyiddin diserang warga maya di ruangan komen akaun Facebook Istana Negara.
Rata-ratanya mengadu kesukaran mereka sewaktu pandemik Covid-19, dan tidak kurang juga yang meninggalkan komen nakal mengenai jumlah majoriti pentadbiran Muhyiddin.
Di sepanjang pelaksanaan darurat yang dijadual berlangsung dari 11 Jan hingga 1 Ogos, parlimen dan DUN tidak bersidang.
Di bawah darurat, kerajaan boleh mencadangkan pindaan undang-undang sedia ada menerusi ordinan yang hanya memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong, tanpa harus diluluskan terlebih dahulu menerusi Parlimen.
Parlimen boleh memansuhkan ordinan apabila ia bersidang nanti.
Ulas Khairil, dalam keadaan negara dilanda Covid-19 dan diisytihar pula dengan darurat, sukar untuk rakyat menjangkakan kesempurnaan, namun beberapa insentif diumumkan kerajaan sudah membuktikan kesungguhan kerajaan menangani cabaran dihadapi rakyat.
“Pergerakan yang dilihat perlahan perlu dikompromi dan difahami semua bahawa ia terjadi atas kekangan terbatas sedang dihadapi di setiap peringkat,” tambahnya.
Malah, katanya, jika agenda politik dan kuasa menjadi tekanan kepada “pihak tertentu”, dia meminta semua pihak berpegang kepada janji perdana menteri untuk mengadakan pilihan raya umum sebaik sahaja Covid-19 dapat ditangani.
“Oleh itu mari bersama kita menghadapi cabaran ini dengan menjadi ejen yang memutuskan rantaian berbahaya ini dan bukannya menjadi penyebab keadaan yang lebih parah,” katanya lagi.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/alehbodek-la-sangatdulu-semua-tak-betul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Posisi Ini Sangat Bahaya Jadi Posisi Muka Bayi Kena Betul Bila Ibu Ayah Letak Dalam Baby Carrier

3 Posisi Ini Sangat Bahaya Jadi Posisi Muka Bayi Kena Betul Bila Ibu Ayah Letak Dalam Baby Carrier

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 368 hits
Jika anda ingin menyiapkan kerja rumah tetapi dalam masa yang sama perlu menjaga bayi maka penggunaan alat mengendong bayi adalah pilihan yang baik Namun adakah alat mengendong bayi seperti anduh bayi atau baby carrier selamat untuk bayi an...
Menarik Sangat Mainan Drill Ni Macam Drill Betul Buat Anak Anak Fokus

Menarik Sangat Mainan Drill Ni Macam Drill Betul Buat Anak Anak Fokus

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 465 hits
hai assalammualaikum Menarik Sangat Mainan Drill Ni Macam Drill Betul Buat Anak Anak Fokus PKP dilanjutkan mestila tepu nak bagi anak anak buat aktiviti kan Mana yang kene PDPR berjalan seperti biasa habis PDPR tak tau nak buat apa Mesti na...
Sangat Tak Betul Kenyataan Ini Ustaz Tep1s Kenyataan Menteri Agama M0h0n Pejabat Mufti Teliti Isu Andika Putera

Sangat Tak Betul Kenyataan Ini Ustaz Tep1s Kenyataan Menteri Agama M0h0n Pejabat Mufti Teliti Isu Andika Putera

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 330 hits
Kenyataan daripada seorang influencer pasal isu cur4ng dengan izin Allah nampaknya semakin menjadi bualan hangat biarpun Andika sendiri telah tampil memberikan penjelasan
Pemandu Wanita Tular Maki Pemuda Buat Permohonan Maaf Minta Sebarkan Positiviti Jika Saya Betul Saya Maafkan Semua

Pemandu Wanita Tular Maki Pemuda Buat Permohonan Maaf Minta Sebarkan Positiviti Jika Saya Betul Saya Maafkan Semua

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 253 hits
1 602 total views 1 602 views today Seorang profesor madya membuat permohonan maaf di atas tindakannya memaki hamun seorang pengguna jalan raya sebelum ini Bahariah Khalid yang bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesih...
Jenazah Captain Afwan Akhirnya Teridentifikasi Aldha Haru Masyaallah Capt Nunggu Semua Keluar Dulu

Jenazah Captain Afwan Akhirnya Teridentifikasi Aldha Haru Masyaallah Capt Nunggu Semua Keluar Dulu

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 237 hits
Jenazah Captain Afwan pilot Sriwijaya Air akhirnya berhasil diidentifikasi Setelah semua awak dan penumpang ditemukan kini akhirnya jenazah Captain Afwan berhasil diidentifikasi Istri pramugara Sriwijaya Air Okky Bisma Aldharefa mengaku ter...
Ini Sebabnya Kenapa Ds Najib Sangat Mementingkan Hubungan Diplomatik Yang Baik Dengan Semua Pihak

Ini Sebabnya Kenapa Ds Najib Sangat Mementingkan Hubungan Diplomatik Yang Baik Dengan Semua Pihak

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 248 hits
SELAGI MALAYSIA MENGAMALKAN SIKAP BODOH SOMBONG BONGKAK TAK BERTEMPAT KAKI GADUH SELAMA ITULAH MALAYSIA AKAN TERUS TERTINGGAL DALAM SEMUA HAL Malaysia perlu bersedia untuk situasi di mana bekalan vaksin Covid akan jauh melebihi kapasiti neg...
Masa Dia Jadi Pembangkang Semua Dia Tak Betul Dia Jadi Pemerintah Pun Dia Tak Buat Apa Apa Kemudian Dia Soal Akai Ada

Masa Dia Jadi Pembangkang Semua Dia Tak Betul Dia Jadi Pemerintah Pun Dia Tak Buat Apa Apa Kemudian Dia Soal Akai Ada

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 212 hits
Aplikasi Sugarbook Malaysia ke arah Negara Liberal soal PASFebruary 15 2021 Ini artikel yang disiarkan pada 19 Disember 2019 di laman HarakahdailyPAS menyelar tindakan membenarkan aplikasi Sugarbook serta iklan yang tidak bermoral yang tula...
Menko Luhut Ingin Semua Pengelolaan Bangunan Bersejarah Di Bawah Kemendikbud

Menko Luhut Ingin Semua Pengelolaan Bangunan Bersejarah Di Bawah Kemendikbud

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 143 hits
Luhut menjelaskan saat ini pengelolaan tempat bersejarah masih dikelola banyak instansi pemerintah Mulai dari pemerintah daerah Kemendikbud Kementerian PUPR Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru

Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi