Panas Umno Akan Bertanding Semua Kerusi Di Terengganu Termasuk Kerusi Pas


 



February 19, 2021 Umno Terengganu yakin parti itu dapat merampas semula kerajaan negeri itu daripada PAS jika mereka bertanding di semua kerusi DUN – serta parlimen – pada pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said berkata pentadbiran negeri itu boleh bertukar tangan jika dilihat dengan rekod keputusan PRU sebelum ini.
Bekas menteri besar Terengganu itu turut membuat perbandingan antara PRU ke-10 (pada 1999) dan PRU ke-11 (pada 2004) membabitkan Umno dan PAS.
Pada 1999 kerajaan Terengganu jatuh ke tangan PAS yang ketika itu bekerjasama dengan PKR. Ia sedikit sebanyak dipengaruhi oleh gerakan reformasi ekoran penyingkiran Anwar Ibrahim daripada Umno.
Bagaimanapun BN kembali merampas Terengganu dengan jumlah kerusi yang kukuh pada PRU berikutnya dan PAS kembali menjadi pembangkang.
Umno dan PAS kini diikat oleh piagam bersama melalui Muafakat Nasional. Bagaimanapun di Terengganu kerjasama itu dilihat rapuh dan Ahmad sudah beberapa kali menegaskan Umno akan tetap bertanding di semua kerusi yang ada di negeri berkenaan.
Jika ia menjadi kenyataan pada PRU akan datang Umno dan PAS akan bertembung sesama sendiri, selain kemungkinan dicabar oleh calon Pakatan Harapan (PH).
Untuk rekod di sebalik kerjasama rasmi dalam Muafakat Nasional, PAS juga menjadi parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Bersatu. Umno pula setakat ini secara umum dilihat memusuhi Bersatu.
Boleh berubah macam-macam
Kata Ahmad Umno memang yakin mampu memenangi semua kerusi yang ditandinginya nanti.
“Kita yakinlah sebab kita tengok Terengganu ni, sejarah dia… PAS perintah satu penggal saja,” katanya apabila ditanya tahap keyakinan Umno Terengganu dalam merampas semula kerajaan negeri.
“Contohnya pada 1999 kita kalah 28-4 (kepada PAS). Umno hanya tinggal empat kerusi, tapi bila 2004, apabila PAS tak mampu menunaikan tanggungjawab (seperti) Umno (lakukan) sebelum itu, kita ambil 28-4. (Perubahan) 360 darjah berpusing,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Tambah Ahmad PAS menang di Terengganu pada 1999 bukanlah kerana kekuatan parti itu sendiri tapi penyokong Umno ketika itu berpecah dengan wujudnya PKR.
Katanya Umno dilanda isu besar ketika itu dan diburukkan lagi dengan pemilihan calon merupakan penyebab parti itu kalah.
Namun kata Ahmad dengan adanya isu semasa dan perbincangan dengan Umno bahagian sebelum calon diputuskan parti itu mempunyai peluang untuk menguasai Terengganu.
“Taklah sampai kita tinggal 10 (kerusi),” katanya yang merujuk kepada keputusan PRU 2018 lalu.
Secara keseluruhan Terengganu mempunyai lapan kerusi parlimen, dengan enam daripadanya dimenangi PAS manakala selebihnya – Hulu Terengganu dan Besut – dimenangi BN.
Namun, ahli parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid, kemudian melompat parti menyertai Bersatu selepas PH membentuk kerajaan pusat.
Di peringkat DUN pula, PAS memenangi 22 kerusi dan baki 10 kerusi lagi dimenangi BN.
Mengulas lanjut mengenai keputusan Umno Terengganu untuk bertanding semua kerusi di negeri itu, Ahmad berkata PAS perlu faham, meskipun mereka menang pada PRU ke-14 dan mentadbir negeri tetapi rekod keputusan PRU sebelum ini wajar dilihat semula.
“Takkan dia (PAS) menang sekali kita nak beri terus kepada dia? Lagipun Terengganu ni kan ‘negeri yoyo’… Ia (pentadbiran) boleh berubah macam-macam.
“(Perkara sama) pernah berlaku di Kedah, sama juga – sekali (PAS) menang lepas tu Umno menang balik,” katanya. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/panas-umno-akan-bertanding-semua-kerusi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tak Akan Beri Peluang Pada Pas Ppbm Bertanding Di Terengganu Kata Ahmad Said

Umno Tak Akan Beri Peluang Pada Pas Ppbm Bertanding Di Terengganu Kata Ahmad Said

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 264 hits
February 19 2021 4 00 PMKetua Umno Terengganu Ahmad Said berkata kerusi PPBM di Parlimen Hulu Terengganu juga milik Umno berikutan penyandangnya Rosol Wahid melompat parti dengan menyertai PPBM PETALING JAYA Umno Terengganu tidak akan membe...
Pru 15 Saarani Gesa Bersatu Cari Pasaran Baru Jangan Kacau Kerusi Umno Dan Pas

Pru 15 Saarani Gesa Bersatu Cari Pasaran Baru Jangan Kacau Kerusi Umno Dan Pas

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 333 hits
nbsp IPOH Parti Pribumi Bersatu Malaysia jangan bertanding di kerusi yang telah dimenangi UMNO pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad Tegas Saarani yang juga Menteri Besar Perak
Panas Pemimpin Umno Gesa Zahid Letak Jawatan Elak Dibuli Bersatu Dan Pas

Panas Pemimpin Umno Gesa Zahid Letak Jawatan Elak Dibuli Bersatu Dan Pas

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 293 hits
February 22 2021 Kegagalan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menguruskan parti dan persepsi dengan kes kes mahkamahnya menyebabkan UMNO mudah dibuli oleh saingan politiknya Parti Pribumi Bersatu Malaysia Pas atau lain lain Ketua UMNO Bahagian P...
Semua Kerusi Umno Akan Ditentang Pn

Semua Kerusi Umno Akan Ditentang Pn

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 272 hits
Kerusi yang diperuntukan kepada PAS oleh Muafakat Nasional 100 selamat tanpa diganggu UMNO dan BERSATU Calon PAS hanya AKAN ditentang PH yang diwakili AMANAH Penyokong UMNO dan BERSATU AKAN turut sokong calon PAS Semua kerusi yang ditanding...
Satu Analisa Mengenai Kerjasama Umno Pas Di Terengganu Umno Terengganu Perlu Lebih Rasional

Satu Analisa Mengenai Kerjasama Umno Pas Di Terengganu Umno Terengganu Perlu Lebih Rasional

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 277 hits
Kamarul Yusoff Pada 1 Jun 2019 ke 30 Jun 2019 saya bersama sekumpulan penyelidik telah membuat satu kaji selidik bebas bagi menilai tahap penerimaan pemimpin dan penyokong UMNO kepada Kerajaan PAS di Terengganu serta kepada kerjasama politi...
Pas Yakin Pertikaian 15 Kerusi Umno Bersatu Dapat Diselesai

Pas Yakin Pertikaian 15 Kerusi Umno Bersatu Dapat Diselesai

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 216 hits
PETALING JAYA Pertikaian berterusan soal pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum di antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia ketika ini hanya membabitkan 15 kerusi Parlimen sementara yang lain sudah dirundingkan dengan baik Pengarah Pili...
Pas Persenda Umno

Pas Persenda Umno

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 222 hits
CADANG pembahagian kerusi 40 kepada UMNO dan 30 30 kepada BERSATU dan PAS PAS Jangan buat Tak faham UMNO BERSATU mempunyai calon kroni yang bukan Islam dan perlu JUGA diberi kerusi Agihkan terbaik Umno 69 BERSATU 19 PAS 9 Lain lain 3 PM mes...
Perbincangan Kerusi Di Terengganu Tak Buntu Samsuri Tempelak Kenyataan Tajuddin

Perbincangan Kerusi Di Terengganu Tak Buntu Samsuri Tempelak Kenyataan Tajuddin

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 126 hits
February 24 2021 PAS hari ini menolak dakwaan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 antara parti di bawah gabungan Muafakat Nasional di Terengganu menemui jalan buntu Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhta...
Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers

Indian Youth Ngo Condemns Racist Hawker S Sign In Sepang

Apa Itu Virus Hmpv Dan Gejalanya


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Tissue Or Handkerchief Which Is Better

Guan Eng Akmal Call For Punishment Against Racist Corn Seller

Aide Accuses Steven Sim Of Backstabbing Guan Eng At Kit Siang S Appreciation Dinner

Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat