Solat Solat Sunat Hikmah Dan Cara



SOLAT-SOLAT SUNAT HIKMAH DAN CARA (VIDEO) | Penerangan tentang hikmah & ganjaran serta cara praktikal yang mudah di fahami bagi kesempurnaan untuk mengerjakan Solat-Solat Sunat.

• SOLAT JENAZAH
• SOLAT HARI RAYA PUASA / HAJI
• SOLAT GERHANA MATAHARI / BULAN
• SOLAT ISTISQA' (MOHON HUJAN)
• SOLAT TERAWIH (QIAM RAMADAN)
• SOLAT RAWATIB (10 SOLAT)
• SOLAT WITIR
• SOLAT MALAM (QIYAMULLAIL)
• SOLAT TAHAJUD
• SOLAT DHUHA
• SOLAT TAHIYATUL MASJID
• SOLAT ISTIKHARAH
• SOLAT TASBIH
• SOLAT TAUBAT
• SOLAT HAJAT
• SOLAT SYUKUR

Oleh: Hj Mohd Jajuli Abd Rahman (Imam, Masjid Dewan Bahasa & Pustaka, KL)
SOLAT-SOLAT SUNAT HIKMAH DAN CARA (VIDEO)



Penjelasan Rigkas
credit: Shahmuzir

Solat sunat dikerjakan sebagai solat tambahan kepada solat-solat fardhu.  Pada Hari Kiamat, ia dapat menampal kekurangan yang mungkin ada pada solat fardhu seseorang mukmin.  Justeru, tidak sepatutnya kita mengabaikannya begitu sahaja, sedangkan ia dapat memanfaatkan kita ketika timbangan amal dihisab kelak.

Secara ringkasnya terdapat beberapa jenis solat sunat yang thabit dari amalan Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.  Di dalam kitab Al-Fiqhul Manhaji `ala madzhab al-Imam asy-Syafi`i telah dibahagikan solat-solat sunat tersebut kepada dua (2) bahagian besar bagi memudahkan kefahaman kita bersama, iaitu:

Solat sunat yang dikerjakan secara tidak berjemaah.
Solat sunat yang dikerjakan secara berjemaah.

1.  Solat Sunat Yang Dikerjakan Secara TIDAK BERJEMAAH
Solat sunat yang dikerjakan secara tidak berjemaah boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu:

Solat sunat yang mengiringi solat-solat fardhu.  Dipanggil juga sebagai Solat Sunat Rawatib.
Solat sunat yang tidak mengiringi solat-solat fardhu.
1 (a)  Solat Sunat Yang Mengiringi Solat Fardhu
Bagi Solat Sunat Rawatib, terdapat dua pembahagian iaitu yang Muakkad dan yang Tidak Muakkad.  Pembahagian secara ringkas adalah seperti berikut:

Muakkad (Amat digalakkan untuk kita kerjakannya)
2 rakaat sebelum Subuh
2 rakaat sebelum Zuhur
2 rakaat selepas Zuhur
2 rakaat selepas Maghrib
2 rakaat selepas Isyak
Tidak Muakkad
2 rakaat sebelum Zuhur (tambahan 2 rakaat)
2 rakaat selepas Zuhur (tambahan 2 rakaat)
4 rakaat sebelum Asar (2 salam)
2 rakaat sebelum Maghrib
2 rakaat sebelum Isyak
1 (b)  Solat Sunat Yang TIDAK Mengiringi Solat Fardhu
Manakala bagi solat sunat yang tidak mengiringi solat-solat fardhu pula boleh dibahagikan kepada 2 iaitu:

Ada nama dan waktu tertentu:
Solat Sunat Tahiyyatul masjid
Solat Sunat Witir
Qiamullail (dinamakan tahajjud jika dilakukan selepas tidur)
Solat Sunat Dhuha
Solat Sunat Istikharah
Tiada nama khusus dan tiada waktu tertentu.  Solat ini dipanggil Solat Sunat Mutlak.
2.  Solat Sunat Yang Dikerjakan secara BERJEMAAH
Bagi solat-solat sunat yang dikerjakan secara berjemaah, berikut adalah jenis-jenisnya:

Solat Sunat Hari Raya iaitu `Eidul Fitri dan `Eidul Adha
Solat Sunat Tarawih
Solat Sunat Gerhana Matahari / Bulan
Solat Sunat Istisqa’ (minta hujan)
Secara ringkasnya, pembahagian solat-solat sunat dapat digambarkan melalui gambarajah berikut:




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://digitaldakwah.blogspot.com/2018/01/solat-solat-sunat-hikmah-dan-cara-video.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Solat Sunat Dhuha

Cara Solat Sunat Dhuha

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 2304 hits
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan Nya Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukan...
Cara Solat Sunat Tahajjud

Cara Solat Sunat Tahajjud

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 2453 hits
Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan Rasulullah SAW dan para ...
Cara Solat Sunat Tahiyatul Masjid

Cara Solat Sunat Tahiyatul Masjid

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 1956 hits
Solat Sunat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat mu akkad selamat datang bagi menghormati masjid yang dilakukan sebanyak dua rakaat sebaik sahaja memasuki masjid iaitu sebelum seseorang itu duduk atau melakukan sesuatu yang lain Sabda Rasulul...
Berbaring Sekejap Selepas Mengerjakan Solat Sunat Sebelum Subuh

Berbaring Sekejap Selepas Mengerjakan Solat Sunat Sebelum Subuh

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 409 hits
Salam ustaz saya pernah melihat seorang yang agak tinggi ilmu agamanya seringkali berbaring sekejap selepas mengerjakan solat sunat sebelum subuh Beliau akan bangun apabila dilaungkan iqomah dan solat jemaah Agak berulang ulang juga saya me...
Cara Solat Yang Betul

Cara Solat Yang Betul

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 453 hits
Sila klik pautan di bawah untuk melihat videoklik di sini
Solat Sunat Kusuf

Solat Sunat Kusuf

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 643 hits
Gerhana Matahari disebut Kusuf di dalam bahasa Arab yang bermaksud terlindung atau hilangnya cahaya matahari sama ada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya Gerhana bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini...
Solat Sunat Dan Kelebihannya

Solat Sunat Dan Kelebihannya

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 1187 hits
Solat sunat atau nawafil adalah solat solat selain daripada yang telah difardhukan Amalan sunat dilakukan bertujuan menampung sebarang kekurangan dalam amalan fardhu Memperbanyakkan solat sunat juga dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT d...
Ajar Anak Hafal Bacaan Dalam Solat Cara Santai

Ajar Anak Hafal Bacaan Dalam Solat Cara Santai

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 672 hits
Pernah tak ibu rasa susah nak mengajar anak Tak kisahlah dalam apa perkara atau subjek sekali pun terasa perkara tu perlu diberitahu cuma susah nak perkenalkannya pada anak anak Saya ada satu kelemahan yang saya perasan mula datang bila Aun...
Cara Solat Panduan Awabin

Cara Solat Panduan Awabin

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 712 hits
Solat Awwabin ialah solat sunat muakkad Awwabin berasal dari Bahasa Arab yang bererti orang yang sering bertaubat dan kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta ala Solat sunat tambahan ini dikerjakan sebanyak 2 4 atau 6 rakaat bahkan boleh juga ...
Huawei Pura 80 Series Lands In Malaysia With Next Gen Camera Capabilities And Iconic Style

Pengalaman 2 Tahun Bersama Chatgpt Kenapa Saya Pilih Plus Untuk 2025

Tempat Tempat Menarik Di Beijing China

Doa Ketika Hujan Lebat Takut Berlaku Mudarat

Konsert Dia Misha Omar 2025

Transcendent Two Stroke A Smokin Suzuki 125 From Taiwan

Cik B Terkejut Dengar Penjelasan Doktor Selepas Jalani Mri Scan Video

Tips Design Kotak Packaging Ayam Goreng Yang Viral Di Media Sosial


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

Breakthrough Insights New Clinical Trial Results Unveil Potential Of Incretin Therapies

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Demam Denggi Simptom Rawatan Petua Sokongan

Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar

Apa Beza Polis Dengan Vat 69