Solat Jumaat Serta Perkara Sunat Hari Jumaat Dan Syarat Sah Kutbah Jumaat



Solat Jumaat Serta Perkara Sunat Hari Jumaat dan Syarat Sah Kutbah Jumaat | Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ianya dilakukan secara berjemaah selepas mendengar khutbah. Solat Jumaat itu hukumnya Fardhu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf dengan syarat-syarat tertentu
Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," - Al-Jumu'ah: 9
Sabda Rasulullah SAW:
"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." - Riwayat Abu Dawud & Hakim.

Niat Solat Jumaat

Usalli fardhaz Juma'ati raka'ataini adaan makmuman lillahi ta'ala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu Jumaat dua rakaat mengikut imam tunai kerana Allah Ta'ala.
Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki dengan syarat-syarat tertentu





Syarat Wajib Solat Jumaat:
1. Islam - tidak wajib bagi orang kafir

2. Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh

3. Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila

4. Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi

5. Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan

6. Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan

7. Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir


Syarat Sah Solat Jumaat:
1. Didirikan di dalam waktu Zuhur

2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya

3. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu

4. Didahului dengan dua khutbah


Rukun-Rukun Khutbah Jumaat:
1. Khutbah dimulai dengan memberi pujian pada Allah SWT seperti ucapan: "Allahamdulillah".
2. Diikuti dengan salawat ke atas Nabi Muhammad SAW: "Allahuma salli ala Saidina Muhammad waala ali Saidina Muhammad."
3. Khutbah hendaklah mengandungi pesanan kepada para jamaah agar bertaqwa kepada Allah SWT seperti: "bertaqwalah kamu kepada Allah."
4. Membaca satu ayat Quran pada khutbah yang pertama atau kedua, tapi paling elok pada khutbah yang pertama

5. Mendoakan setiap Muslim pada khutbah yang kedua sekurang-kurangnya: "Rahima-kumullah."

Syarat Sah Khutbah Jumaat:
1. Pembaca khutbah hendaklah seorang lelaki, tidak sah jika orang perempuan

2. Pembaca khutbah hendaklah menutup aurat

3. Suci daripada hadas dan najis pada pakaian, badan dan tempat

4. Berdiri pada kedua-dua khutbah itu pada yang mampu

5. Membaca khutbah setelah masuk waktu Zuhur dan dilakukan sebelum solat Jumaat

6. Membaca rukun-rukun khutbah di dalam bahasa Arab, tidak boleh di baca dalam bahasa ibunda seperti membaca salawat Nabi dalam bahasa Melayu

7. Mualat antara khutbah yang pertama dengan khutbah yang kedua, antara segala rukunnya dan antara khutbah dengan solat

8. Duduk sebentar setelah selesai khutbah pertama sebelum memulakan khutbah kedua. Jikalau pembaca berkhutbah dalam keadaan duduk, maka pisahkan di antara dua khutbah itu dengan diam sebentar

9. Khutbah didengar oleh 40 orang yang bermukim sekalipun tidak memahami bahasa yang digunakan untuk menyampaikan khutbah

10. Mencukupi bilangan 40 orang dari mula khutbah hingga akhir solat


Keuzuran

Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu solat Zohor seperti biasa:
1. Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya

2. Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid

3. Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir

4. Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi


Hukum Solat Jumaat Bagi Muslimat
Sabda Nabi SAW
Maksudnya:

“Jumaat adalah hak yang wajib atas setiap muslim dengan jamaah melainkan empat, iaitu hamba yang dimiliki, atau perempuan, atau kanakkanak, atau orang sakit”
Sabda Nabi SAW lagi
Maksudnya:
“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menunaikan solat jumaat melainkan perempuan, orang bermusafir, hamba dan orang yang sakit”



Perkara-Perkara Sunat Yang Dilakukan Pada Hari Jumaat:
1. Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid

2. Memotong kuku

3. Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai]

4. Bersugi

5. Memakai wangi-wangian

6. Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik

7. Bersegera pergi ke masjid

8. Berniat iktikaf

9. Solat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid

10. Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan bersalawat atas Nabi


Kelebihan Hari Jumaat
Hari Jumaat adalah hari yang paling afdal berbanding hari-hari yang lain, mahupun Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Penghulu segala hari adalah hari Jumaat. Ia merupakan hari yang paling agung di sisi Allah s.w.t, lebih besar kedudukannya dari Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha."
Sebab Kemuliaan Hari Jumaat Adalah Seperti Berikut:Allah s.w.t. mencipta Adam a.s. dan diturunkan ke bumi.Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”Adam a.s. diwafatkan.Adanya sesaat di mana apabila seorang hamba itu memohon kepada Allah s.w.t. pada hari itu, nescaya ia dikabulkan, selama mana ia bukanlah permintaan yang diharamkan.Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud,
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Sabda Nabi SAW"Setiap malaikat yang hampir kepada Allah s.w.t, bumi, angin, laut, gunung-ganang dan pokok semuanya menanitkan hari Jumaat [disebabkan banyaknya pintu-pintu Rahmat dibuka pada hari itu, dan juga padanya Allah s.w.t. melimpah-ruahkan kurniaNya dan menaburkan kebaikanNya],"
Semoga kita semua mendapat keberkahan hari jumat yang penuh berkah ini. Aminn..

Info Solat : Solat Jumaat Serta Perkara Sunat Hari Jumaat dan Syarat Sah Kutbah Jumaat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://myinfosolat.blogspot.com/2019/05/solat-jumaat-serta-perkara-sunat-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rukun Dan Syarat Sah Solat

Rukun Dan Syarat Sah Solat

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 639 hits
Syarat dan Rukun Solat mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah Orang Islam Menghadap arah KiblatSuci dari Haidh Nifas dan Junub Akil balig...
Video Ramai Yang Tak Sah Solat Atas Kerusi Ini Sebabnya

Video Ramai Yang Tak Sah Solat Atas Kerusi Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 657 hits
Kepada yang ada mak ayah atau nenek yang uzur dan mereka solat atas kerusi eloklah disemak dan diperbetulkan cara solat mereka seperti video di bawah ini Pihak Masjid atau surau jugak perlu ada paparan yang boleh dibaca oleh jemaah berkenaa...
Solat Sunat Tahiyatul Masjid

Solat Sunat Tahiyatul Masjid

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 920 hits
Bagaimana melakukan solat sunat tahiyatul masjid Solat tahiyatul masjid adalah solat sunat memuliakan masjid dan sangat digalakkan Islam Oleh itu artikel ini akan membimbing anda melaksanakan solat sunat ini secara mudah langkah demi langka...
Video Solat Isyak Di Masjid Puncak Alam Isnin Lalu Tak Sah

Video Solat Isyak Di Masjid Puncak Alam Isnin Lalu Tak Sah

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 747 hits
Solat Isyak di Masjid Puncak Alam Isnin lalu tak sah Solat Isyak yang dilakukan malam Isnin lalu di Masjid Bandar Puncak Alam di Shah Alam adalah tidak sah dan perlu diganti semula Ahli Jawatankuasa Masjid Bandar Puncak Alam Fadli Mohd Yusu...
Kelebihan Solat 4 Rakaat Di Siang Hari

Kelebihan Solat 4 Rakaat Di Siang Hari

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 313 hits
Soalan Apakah yang dimaksudkan dengan 4 rakaat di dalam hadith ini Daripada Nu aim bin Hammar RA bahawa Nabi SAW meriwayatkan daripada Allah SWT firman Allah SWT Wahai anak Adam Janganlah kamu tinggalkan untukku 4 rakaat pada awal siangmu N...
Panduan Dan Cara Solat Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Aidiladha

Panduan Dan Cara Solat Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Aidiladha

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 509 hits
PANDUAN DAN CARA SOLAT HARI RAYA AIDILFITRISolat hari raya Aidilfitri dua rakaat hukumnya sunat segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada...
Solat Sunat Tasbih Di Bulan Ramadhan Bersama Penghayatan Asmaul Husna

Solat Sunat Tasbih Di Bulan Ramadhan Bersama Penghayatan Asmaul Husna

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 838 hits
Solat Sunat Tasbih di Bulan Ramadhan Allhamdulillah Ramadhan kali ni baru saya berpeluang menghadirkan diri untuk solat sunat tasbih menerusi penghayatan Asmaul Husna Susah nak meloloskan diri dari ofis so kali ni dengan izin Allah dan Alla...
Kejadian Hari Jumaat

Kejadian Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 369 hits
Semalam hari Jumaat Aku cadang waktu rehat pukul 1 petang nanti nak pergi rumah kakak yang buat kuih raya yang aku tempah Tak banyak pun aku tempah cuma dua jenis kuih raya iaitu biskut dahlia dan sarang semut Minggu lepas actually aku dah ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand