Rukun Dan Syarat Sah Solat
Rukun dan Syarat Sah Solat
Syarat dan Rukun Solat
Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-
Orang Islam.Menghadap arah KiblatSuci dari Haidh, Nifas dan Junub.Akil balighMelihat atau mendengar.Jaga (tidak tidur)Sudah masuk waktu sembahyang.
Syarat Sah Solat
Syarat-syarat sah sembahyang ialah:
Sesudah masuk waktu sembahyang.Menghadap ke arah Kiblat.Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.
Rukun Solat
Perkara yang mesti dilakukan dalam solat ialah:
Berdiri Betul - jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.Niat - dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.Takbiratul Ihram - mengucapkan perkataan Allahu Akbar.Membaca Surah Al-Fatihah - bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.Rukuk dengan Thumakninah - membongkok 90 darjah.Iktidal dengan Thumaknknah - berdiri betul selapas rukuk.Sujud Dua Kali dengan Thumakninah - membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.Duduk Antara Dua Sujud dengan Thumakninah - duduk sebentar selepas sujud yang pertama.Duduk Bagi Tahaiyat Akhir.Membaca Tahaiyat Akhir.Membaca Selawat - membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.Memberi Salam - memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.Tertib - mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.
Perkara Yang Membatalkan Solat
Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:-
Batal Wuduk.Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).Terbuka Aurat.Melangkah, tiga langkah berturut-turut.Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.Tertawa Terbahak-bahak.Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.Berubah Niat.Mendahulu Imam sampai dua rukun.Meninggalkan rukun Sembahyang.
Sumber : jaipk
Info Solat : Rukun dan Syarat Sah Solat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://myinfosolat.blogspot.com/2019/05/rukun-dan-syarat-sah-solat.html