Solat Sunat Tahiyatul Masjid


Bagaimana melakukan solat sunat tahiyatul masjid?
Solat tahiyatul masjid adalah solat sunat memuliakan masjid dan sangat digalakkan Islam.
Oleh itu, artikel ini akan membimbing anda melaksanakan solat sunat ini secara mudah, langkah-demi-langkah dan boleh difahami oleh semua orang.
Apa yang terbaik:
Setiap bacaan juga dipermudahkan dalam ejaan rumi (jika anda menghadapi kesukaran membaca tulisan arab)
Tanpa buang masa mari kita ikuti panduan ini..

Panduan ini mengandungi perkara berikut: Pengenalan Waktu mengerjakan solat ini Lafaz niat & cara mengerjakannya Beberapa situasi & masalah berkaitan dengan solat ini Kesimpulan  
Pengenalan Setiap kali kita memasuki masjid, sebelum kita duduk, disunatkan bagi kita mengerjakan solat sunat tahayyatul masjid.
Solat Sunat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat mu’akkad ‘selamat datang’ bagi menghormati masjid yang dilakukan sebanyak dua rakaat sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk atau melakukan sesuatu yang lain.
Sabda Rasulullah SAW:
Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi/memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.”
— Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim
Sewaktu hendak masuk ke dalam masjid, bacalah doa masuk masjid berikut:

 Allahummagfirli zunubi waftahli abwaba rahmatika 
Maksudnya:
Ya Allah! Ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu.
 
Waktu Mengerjakan Solat Ini Solat sunat ini tiada batasan waktu dan kita boleh mengerjakannya pada bila-bila masa sahaja sebaik memasuki masjid, iaitu sebelum kita duduk.
 
Lafaz Niat Solat Tahiyatul Masjid & Cara Mengerjakannya 1. Sesudah memasuki masjid, maka berdiri lurus menghadap kiblat dan membaca lafaz niat berikut:
 Usolli sunnata tahiyyatal masjidi rak’ataini lillahi taala 
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat tahiyatul masjid dua rakaat kerana Allah Taala.
2. Tunaikan dua rakaat solat ini dengan cara dan tertib sebagaimana solat-solat sunat yang lain. Pada rakaat pertama, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Al-Kafirun.

Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.
3. Pada rakaat kedua, bacalah surah al-Fatihah dan diikuti surah Al-Ikhlas:
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”
4. Selesai menunaikan solat sunat tersebut, berniatlah beriktikaf di dalam masjid sebagaimana berikut:
 Nawaitul iktikaf fi hazal masjidi sunnatan lillahi taala 
Maksudnya:
Sahaja aku beriktikaf di dalam masjid ini sunat kerana Allah Taala.
 
Beberapa Situasi & Masalah Berkaitan Solat Sunat Tahiyatul Masjid Mungkin terdapat beberapa situasi atau masalah yang dihadapi oleh kita semasa ingin mengerjakan solat sunat ini. Disini saya kumpulkan beberapa situasi yang lazim berlaku:
1. Sekiranya masuk masjid dan didapati azan sedang berkumandang, maka perlulah menjawab azan tersebut terlebih dahulu sambil berdiri, kemudian melakukan solat sunat Rawatib yang  dikira sudah memadai sebagai memenuhi tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid. Rujukan lanjut mengenai perkara ini boleh dilihat di laman Mufti Wilayah Persekutuan ni
2. Apabila masuk masjid, khatib sedang berkhutbah atau majlis ilmu sedang dijalankan, hendaklah mengerjakan solat Tahiyatul Masjid dua rakaat, sebelum duduk. Solat tersebut hendaklah dilakukan secara ringkas dengan mengambil yang wajib sahaja.
3. Jika seseorang itu telah masuk masjid dan terus duduk dengan sengaja, maka tiada lagi Solat Sunat Tahiyatul Masjid baginya. 4. Jika duduk itu disebabkan oleh terlupa, maka ada 2 keadaan: Terlupa yang sekejap kemudian ingat kembali — maka dibolehkan bangun dan terus solat. Jika terlupa yang panjang waktunya, kemudian teringat — tiadalah lagi dibolehkan bangun bersolat. 5. Orang yang tidak dapat mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid kerana disebabkan: Sudah dimulakan solat jemaah Dia telah duduk atau Dia sekadar masuk sebentar untuk sesuatu keperluan Maka dianjurkan membaca 3 kali:  
Subhanallah Walhamdulillah Walailahailallah Wallahu Akbar.’
6. Bagaimana jika imam mendirikan solat fardhu ketika kita sedang melakukan solat sunat Tahiyatul Masjid? Sekiranya seseorang itu sedang dalam rakaat pertama Solat Sunat Tahiyatul Masjid dan para jemaah pun mendirikan solat fardhu, maka wajib baginya membatalkan solat tersebut dan menyertai solat fardhu.
Ini kerana ada tegahan daripada Rasulullah SAW:
“Apabia didirikan solat fardhu, maka tiada solat ketika itu melainkan solat fardhu.” 
— Hadis Riwayat Muslim
Tetapi jika dia berada di rakaat kedua, maka hendaklah dia mempercepatkan dan sempurnakan rukun-rukun yang berbaki sehingga salam sebelum menyertai jemaah solat fardhu.
7. Tiada tuntutan untuk Solat Sunat Tahiyatul Masjid di luar masjid, contohnya di padang atau kaki lima. 8. Jika seseorang itu meninggalkan Solat Sunat Tahiyatul Masjid tetapi terus menunaikan solat sunat qabliyah, maka ia juga memadai kerana hadis di atas berbentuk umum, iaitu ‘mendirikan solat dua rakaat’. 9. Sekiranya sampai ke masjid hanya beberapa minit sahaja akan didirikan solat fardhu, maka memadailah seseorang itu mendirikan solat sunat sebelum fardu dan ia sudah dikira sebagai memenuhi tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid. Boleh juga untuk menyatukan dua niat antara mana-mana solat sunat qabliyah dan Solat Tahiyatul Masjid.
 
Kesimpulan: Ambil Peluang Meraih Pahala Berganda di Masjid Ulama hadis terkemuka, Sufyan at-Tsauri menyatakan, di antara perkara yang termasuk dalam pekara sia-sia ialah apabila seseorang itu masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.
Apabila berkelapangan dan ada kesempatan, maka adalah sewajarnya seseorang itu melakukan Solat Sunat Tahiyatul Masjid berasingan yang natijahnya akan memberatkan lagi timbangan amal di akhirat.
Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda!
The post Solat Sunat Tahiyatul Masjid (Panduan Lengkap & Mudah Difahami) appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/tahiyatul-masjid/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gadis Maut Kemalangan Masjid Dipenuhi Jemaah Ketika Solat Jenazah

Gadis Maut Kemalangan Masjid Dipenuhi Jemaah Ketika Solat Jenazah

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 432 hits
BOLEH dikatakan hampir setiap hari kita menerima laporan atau membaca di dada dada akhbar mengenai kemalangan yang mengakibatkan kehilangan nyawa Semalam seorang penuntut Universiti Utara Malaysia Insyirah Az Zahra Mohd Jasni maut selepas k...
Masjid Beri Basikal Percuma Sebagai Ganjaran Kepada Kanak2 Yang Hadir Solat Berjemaah

Masjid Beri Basikal Percuma Sebagai Ganjaran Kepada Kanak2 Yang Hadir Solat Berjemaah

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 253 hits
Solat merupakan kewajipan utama yang harus ditunaikan oleh setiap umat Islam yang telah mencapai umur matang Ibu bapa sebaiknya mendedahkan serta mengajar anak anak untuk menunaikan ibadah ini sejak kecil supaya dapat melazimi solat pada us...
Video Sejuk Perut Ibu Mengandung Bacaan Al Quran Sempurna Remaja 13 Tahun Dah Jadi Imam Solat Terawih Di Masjid

Video Sejuk Perut Ibu Mengandung Bacaan Al Quran Sempurna Remaja 13 Tahun Dah Jadi Imam Solat Terawih Di Masjid

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 589 hits
VIDEO Sejuk Perut Ibu Mengandung Bacaan al Quran sempurna remaja 13 tahun dah jadi imam solat Terawih di masjid Sudah masuk 4 Ramadan umat Islam berpuasa dan pastinya solat sunat Terawih menjadi amalan selama sebulan ini Kebiasaannya umat I...
Bawa Anak Kecil Solat Terawih Satu Didikan Yang Bagus Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Cara Bawa Anak Kecil Ke Masjid

Bawa Anak Kecil Solat Terawih Satu Didikan Yang Bagus Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Cara Bawa Anak Kecil Ke Masjid

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 647 hits
Angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar melalui instagramnya telah berkongsi tip membawa anak kecil solat terawih Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini pasti ibu bapa tidak ingin melepaskan peluang menunaikan solat terawih di masjid Baca Be...
Panduan Takbir Raya Solat Sunat Raya Aidilfitri

Panduan Takbir Raya Solat Sunat Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 1097 hits
Bagaimana takbir raya dan mengerjakan solat sunat Aidilfitri Ini adalah panduan mudah untuk melakukan solat sunat Aidilfitri dan melaungkan takbir raya Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringk...
Waktu Sebenar Solat Sunat Isyraq

Waktu Sebenar Solat Sunat Isyraq

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 543 hits
Soalan Bilakah waktu sebenar solat sunat Isyraq Jawapan Rasulullah SAW menganjurkan umatnya apabila telah selesai melaksanakan solat Subuh berjemaah supaya duduk berzikir kepada Allah SWT sehinggalah matahari naik kemudian mengerjakan solat...
Rebah Saat Laung Azan Solat Jumaat Jemaah Masjid Jadi Saksi Bilal Muda Dijemput Ilahi

Rebah Saat Laung Azan Solat Jumaat Jemaah Masjid Jadi Saksi Bilal Muda Dijemput Ilahi

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 444 hits
Semalam seorang pemuda yang dikenali sebagai Muhammad Izzan telah mencoretkan sedikit perkongsian mengenai sahabatnya yang meninggal dunia ketika melaungkan azan Teman rapatnya itu yang dikenali sebagai Amirul Najmie dilaporkan rebah semasa...
Flexibility In Business Operations

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Football Online Sports Gambling 1xbet 1xbet Globa

Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024

7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun