Solat Isyak Mendapat Ganjaran Lailatul Qadar



Soalan:
Apakah dengan solat Isyak di masjid pada 10 malam terakhir akan mendapat ganjaran orang yang berqiyam pada malam al-Qadar?

Jawapan:
Ramadhan merupakan satu bulan di mana Allah SWT anugerahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan tawaran-tawaran yang hebat dan lumayan. Ini termasuklah sepuluh malam terakhir yang terdapat padanya satu malam yang ganjaran lebih baik daripada seribu bulan. Berdasarkan soalan di atas, kami ingin menukilkan sebuah hadith daripada Sahih Ibn Khuzaimah:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW:

مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ الْآخِرَةَ فِي جَمَاعَةٍ فِي رَمَضَانَ فَقَدْ أَدْرَكَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ
“Barangsiapa yang solat Isyak yang terakhir (Isyak merupakan solat fardhu terakhir yang wajib ditunaikan atau solat Isyak yang sebenar dalam waktunya) dengan cara berjemaah pada bulan Ramadhan maka dia telah mendapatkan Lailatul al-Qadar.” [Riwayat Ibn Khuzaimah (2195)]

Kebanyakan ulama’ mengatakan kelebihan malam al-Qadar akan diperolehi bagi sesiapa yang mendirikan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah. Antaranya, Imam al-Syafie RA mengatakan disunatkan seseorang itu bersungguh-sungguh pada siang harinya (hari Lailatul Qadar) sebagaimana dia bersungguh-sungguh pada malamnya. Imam al-Syafie RA berkata lagi pada mazhabnya yang lama:

مَنْ شَهِدَ الْعِشَاءَ وَالصُّبْحَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ، فَقَدْ أَخَذَ بِحَظِّهِ مِنْهَا
“Barangsiapa yang menyaksikan (hadir) menunaikan solat Isyak dan Subuh pada malam al-Qadar maka dia telah mendapat bahagiannya daripada malam tersebut.” [Lihat: Raudhah al-Tholibin, 390/2]

Di samping itu, tidak diketahui nas yang bertentangan dengan hal ini di dalam mazhab Imam al-Syafie yang baru. Dengan itu, setiap yang dinaskan di dalam mazhab yang lama yang mana tidak berlaku percanggahan di dalam mazhab yang baru samada yang bertentangan dengannya atau juga yang bertepatan dengannya maka itu adalah mazhabnya. Tambahan pula, Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan waktu bermulanya malam al-Qadar adalah selepas terbenamnya matahari dan berakhir apabila terbitnya fajar berdasarkan ayat terakhir di dalam surah al-Qadar. Ini juga merupakan pendapat ashab kami (ulama’ al-Syafi’eyyah) ketika menafsirkan ayat tersebut. [Lihat: Fath al-Bari, 451/6]


Kami cenderung untuk mengatakan bahawa ganjaran malam al-Qadar akan diperolehi bagi sesiapa yang mendirikan solat Isyak secara berjemaah kerana itu telah dikira sebagai qiyam dan telah bermula waktu malam al-Qadar. Walau bagaimanapun, kita dituntut untuk mencari dan berusaha bersungguh-sungguh dalam melaksanakan amal ibadah pada sepuluh malam terakhir berdasarkan hadith-hadith sahih lain. Antara ganjaran lain yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya pada malam al-Qadar adalah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu. Ini dijelaskan di dalam sebuah hadith yang sahih:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW:

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ القَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Barangsiapa berqiyam pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan akan diampunkan baginya dosa yang telah lalu.” [Riwayat al-Bukhari (1901)]

Penutup

Kesimpulannya, malam al-Qadar adalah satu malam yang istimewa disediakan oleh Allah SWT secara khusus oleh umat Nabi Muhammad SAW sahaja. Di samping itu, marilah sama-sama kita penuhkan amalan-amalan kita pada sepuluh hari atau malam terakhir di bulan Ramadhan ini dengan amalan-amalan seperti membaca al-Quran, berdoa, bersedekah dan amalan-amalan kebaikan yang lain kerana di dalam hari-hari tersebut pasti akan ditemui malam al-Qadar. Di sini kami ingin kongsikan sebuah hadith yang menunjukkan akan kesungguhan Nabi SAW dalam beribadah:

Daripada Aisyah RA, beliau menceritakan bahawa:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِيْ العَشْرِ الأَوَاخِرِ ، مَا لَا يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهِ
“Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya pada malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain.” [Riwayat Muslim (2009)]

Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita malam al-Qadar yang diisi dengan amal kebajikan dengan menghidupkan malam tersebut dan seterusnya melayakkan kita untuk mendapat keampunan daripada-Nya. Amin.

Wallahua’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/solat-isyak-mendapat-ganjaran-lailatul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelebihan Doa Lailatul Qadar

Kelebihan Doa Lailatul Qadar

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 517 hits
Kelebihan Doa Lailatul Qadar adalah Entri ulangsiar dari Laman Kangkung Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Kelebihan Doa Lailatul Qadar membawa ...
7 Keistimewaan Malam Lailatul Qadar Pada 10 Hari Terakhir Ramadan Dan Amalkan Doa Ini

7 Keistimewaan Malam Lailatul Qadar Pada 10 Hari Terakhir Ramadan Dan Amalkan Doa Ini

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 1343 hits
7 Keistimewaan Malam Lailatul Qadar Pada 10 Hari Terakhir Ramadan Dan Amalkan Doa Ini Salam semua hari ini dah masuk ke 20 Ramadan 10 hari lagi akan berakhirnya Ramadan yang penuh berkah ini Kat sini 2 hari sebelum masuk 10 terakhir Ramadan...
Perbanyak Baca Doa Ini Di Malam Lailatul Qadar

Perbanyak Baca Doa Ini Di Malam Lailatul Qadar

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 1163 hits
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat spesial bagi umat Islam tidak hanya bulan yang diberkati dan dirahmati namun doa mudah dikabulkan oleh Allah terutama bagi orang yang berpuasa sampai ia berbuka Dalam sebuah hadits Nabi yang diriwa...
Memasuki 10 Hari Terakhir Ramadhan Ini Tips Mendapatkan Malam Lailatul Qadar Beserta Doanya

Memasuki 10 Hari Terakhir Ramadhan Ini Tips Mendapatkan Malam Lailatul Qadar Beserta Doanya

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 769 hits
Memasuki 10 Hari Terakhir Ramadhan Ini Tips Mendapatkan Malam Lailatul Qadar Beserta Doanya Memasuki hari hari terakhir dalam bulan mulia Ramadhan Terasa begitu sekejap masa berlalu tentunya dalam meniti kepergian bulan Ramadhan ini 10 hari...
Persiapan Menuju Ke Malam Lailatul Qadar

Persiapan Menuju Ke Malam Lailatul Qadar

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 651 hits
Persiapan Menuju ke Malam Lailatul Qadar Makin lama makin sayu hati ni nak meninggalkan Ramadhan Rasanya belum cukup amalan yang umi buat pada bulan Ramadhan ni Banyak kelemahan dalam diri ini yang perlu umi buat untuk kaut pahala pahala ya...
Rebah Di Rakaat Kedua Warga Emas Dijemput Ilahi Ketika Solat Isyak

Rebah Di Rakaat Kedua Warga Emas Dijemput Ilahi Ketika Solat Isyak

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 408 hits
SEORANG jemaah yang juga tukang masak Masjid Nurul Hidayah Sungai Bemban Trong Taiping meninggal dunia pada rakaat kedua solat Isyak di masjid berkenaan malam tadi Dalam kejadian jam 8 45 malam itu Shaharudin Nordin 65 meninggal dunia akiba...
Bila Malam Lailatul Qadar 2019 Ini 5 Tanda Dalam Hadis Rasulullah Saw

Bila Malam Lailatul Qadar 2019 Ini 5 Tanda Dalam Hadis Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 767 hits
Bila Malam Lailatul Qadar 2019 Ini 5 Tanda dalam Hadis Rasulullah SAW Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Pejam celik pejam celik dah masuk kita ke 10 malam terakhir Ramadhan 1440H Nope Its actually already 5 malam terakhir Ramadan ...
Kerjasama Umno Pas Diambang Lailatul Qadar

Kerjasama Umno Pas Diambang Lailatul Qadar

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 384 hits
ULASANTuan Ibrahim dan Annuar mengakui kerjasama diumumkan tidak lama lagi RAMADHAN sudah berada di ambang 10 malam terakhir malam yang ditunggu tunggu dan diimpikan dengan penuh ghairah oleh setiap mereka yang berpuasa dan tahu pula fadhil...
Makan Makan Di Camden Market

Bun Cheese Gula Gebu Gebu

Why You Should Upgrade To The Huawei Freebuds 6 Today

Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara Didakwa Terima Rasuah Range Rover Sport

Senarai Bantuan Kerajaan Malaysia 2025

Konsert Elite Jadi Perhatian Ramai Peminat Tetap Setia Sokong Walau Harga Tiket Jadi Perbualan

Coitus In Melaka Disrupted Datuk Claims Hotel Staff Barged In Mid Act Sparks Online Frenzy

Evergreen Edupress Pelancaran Siri Pembelajaran Sosial Emosi Di Pesta Buku Antarabangsa Beijing 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

An Inspirational Birthday Wish That Has A Lasting Impression

Salam Maal Hijrah 1447 Semoga Takdir Hidupmu Lebih Baik

Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Lirik Lagu Gelora Jiwa Meronta Asmara Tomok Siti Nordiana