Malaysia Gesa Kuasa Veto Unsc Dihadkan




KUALA LUMPUR, 27 Ramadan 1443H, Jumaat – Malaysia menggesa penggunaan kuasa veto oleh ahli tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dihadkan dan memperjuangkan pembaharuan menyeluruh Majlis itu.
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata Malaysia menyokong resolusi terbaharu A/RES/76/262, yang diterima pakai pada Selasa (26 April), selaras dengan kedudukannya mengukuhkan hubungan dan penyelarasan antara Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan berkaitan keamanan dan keselamatan.
Resolusi itu memberi mandat kepada Presiden Perhimpunan Agung (PGA) untuk mengadakan mesyuarat rasmi dalam tempoh 10 hari bekerja apabila satu atau lebih ahli tetap Majlis Keselamatan menggunakan kuasa veto, seterusnya mengadakan perbahasan mengenai isu yang diveto, menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Jumaat.
Resolusi itu juga akan membuka lebih ruang perbahasan ke atas usul yang telah diveto bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti terhadap penggunaan kuasa veto.
“Penerimaan resolusi itu jelas menunjukkan perkembangan positif berhubung penggunaan veto oleh Anggota Tetap Majlis Keselamatan.
Ia merupakan satu pencapaian kecil namun melambangkan penambahbaikan terhadap prosedur kerja Majlis Keselamatan PBB.
“Malaysia berpendapat penggunaan veto adalah tidak demokratik kerana ia sering digunakan secara tidak adil dan menyekat suara majoriti.
“Oleh itu, Malaysia adalah antara negara yang konsisten menggesa pemansuhan penggunaan kuasa veto selaras dengan prinsip kedaulatan yang saksama dalam Piagam PBB.
“Sebagai alternatif, Malaysia menggesa agar penggunaan veto dihadkan. Dalam hal ini, Malaysia akan terus berusaha ke arah pembaharuan menyeluruh Majlis Keselamatan,” kenyataan itu memetik Saifuddin sebagai berkata.
Media antarabangsa melaporkan UNGA memutuskan pada Selasa untuk bertemu secara automatik dalam tempoh 10 hari, jika veto digunakan dalam Majlis Keselamatan oleh mana-mana lima anggota tetapnya.
China, Perancis, Rusia, United Kingdom, dan Amerika Syarikat mempunyai kuasa untuk memveto resolusi Majlis Keselamatan, yang termaktub dalam Piagam PBB — hak yang diberikan kepada negara terbabit kerana peranan utama mereka dalam penubuhan PBB. – Bernama




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2022/04/malaysia-gesa-kuasa-veto-unsc-dihadkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dive Into Summer Vibes With Starbucks Malaysia

Dive Into Summer Vibes With Starbucks Malaysia

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 229 hits
Let s make a splash this summer with the all new and vibrant Starbucks Summer offerings Starbucks Malaysia is welcoming its Summer season with new beverage flavors that will be sure to give you all the summer feels As the international bord...
Malaysia S Total Trade Soars To New High Of Rm236b In March Dosm

Malaysia S Total Trade Soars To New High Of Rm236b In March Dosm

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 160 hits
Malaysia s total trade recorded a double digit growth of 27 3 percent year on year in March 2022 to reach a new high of RM236 6 billion the Department of Statistics said Export and import values in March once again broke the record for all ...
Ainz Tulpe Bawakan Produk Kosmetik Terbaik Jepun Ke Pasaran Malaysia

Ainz Tulpe Bawakan Produk Kosmetik Terbaik Jepun Ke Pasaran Malaysia

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 156 hits
Hi Korang Manjakan diri anda dengan rawatan kecantikan dan terpesona dengan kecantikan dalaman yang diserlahkan di Ainz Tulpe gedung pertamanya di Asia Tenggara yang akan dibuka di Pavilion Bukit Jalil Dibuka secara rasminya pada 20 Mei ged...
Usim Develops Malaysia S First Sign Language Quran Application

Usim Develops Malaysia S First Sign Language Quran Application

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 349 hits
Universiti Sains Islam Malaysia through its Faculty of Quran and Sunnah Studies has created the country s first Quran application to facilitate hearing impaired individuals to read and discover the holy book USIM vice chancellor Mohamed Rid...
Mbh Medispa Pusat Rawatan Kecantikan Bumiputera Di Malaysia

Mbh Medispa Pusat Rawatan Kecantikan Bumiputera Di Malaysia

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 155 hits
Hi Korang Assalammuaalaikum Ada tak kat sini yang tengah cari SPA untuk untuk rawatan kulit muka Okay aku nak cerita kat korang pasal MBH Medispa Korang tau ke pasal MBH Medispa ni MBH Medispa kini dkenali sebagai salah satu daripada pusat ...
Event The New Happy Is Healthy Natugee X Mrs Malaysia

Event The New Happy Is Healthy Natugee X Mrs Malaysia

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 191 hits
Hi Korang Assalammualaikum Harini aku nak throwback sikit Event aku sempat pergi 20 10 2019 haritu di Hotel Furama Bukit Bintang Masa mula mula tu aku asyik dok ingat 20 hb tu hari Sabtu nasib baik tak cancel semua appointmet hari Sabtu rup...
Buffet Ramadhan 2022 Buka Puasa Di Legoland Hotel Malaysia

Buffet Ramadhan 2022 Buka Puasa Di Legoland Hotel Malaysia

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 359 hits
Buffet Ramadhan 2022 Buka Puasa Di LEGOLAND Hotel Malaysia Alhamdulillah sedar tak sedar kita dah berada di pertengahan bulan Ramadan dan menghampiri 10 bulan terakhir ramadan Semoga segala amalan kita diangkat dan diterima oleh Allah S W T...
Hanya Di Malaysia

Hanya Di Malaysia

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 93 hits
ZUWAIRI MOHD YUSOFHanya di Malaysia banduan terkenal dan bekas perdana menteri sebuah negara telah di jatuhi hukuman penjara 12 tahun masih bebas ke sana sini buat onar sesuka hati lagi sedangkan rakyat biasa yg 2 kali di lepaskan mahkamah ...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Gulai Udang Nenas

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Majlis Perkahwinan Anak Saudara

From Smoke To Pet Dander Bnx Filter Traps Microscopic Airborne Contaminants

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Lirik Luqman Faiz Bahagiamu Tujuanku