Soalan Lazim Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Kementerian Pengangkutan Malaysia



Darat
1. Adakah perkhidmatan Jabatan/Agensi di bawah MOT terjejas dengan Perintah ini?
Jawapan: Kaunter-kaunter perkhidmatan Jabatan/Agensi di bawah MOT seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan kekal beroperasi dalam bilangan yang lebih kecil bagi mengurangkan risiko dijangkiti Covid19. Namun yang demikian, perkhidmatan di UTC akan ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

2. Adakah Ujian Memandu di Institut Memandu masih diteruskan atau ditunda, termasuk ujian komputer di MYEG?

Jawapan: Semua Institut Memandu akan ditutup sepenuhnya. Oleh itu, kesemua Ujian Memandu tidak akan dilaksanakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Semua ujian memandu di MYEG adalah tidak dibenarkan.

3. Sekiranya PUSPAKOM ditutup, adakah ini akan memberi kesan kepada proses permohonan Lesen Perdagangan Kenderaan Motor (LPKM)?

Jawapan: Perkhidmatan kaunter PUSPAKOM akan dibuka dan
beroperasi seperti biasa.

4. Adakah perkhidmatan eHailing (grab, MyCar dll.) masih boleh beroperasi?
Jawapan: Perkhidmatan eHailing akan diteruskan seperti biasa.

5. Apakah jenis lori yang dibenarkan bergerak sepanjang tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan?

Jawapan: Lori yang membawa bahan binaan dilarang sepenuhnya.
Lain-lain jenis lori seperti lori membawa barang keperluan essential dan makanan dibenarkan beroperasi seperti biasa.

6. Adakah Kursus Kod Amalan Bekerja Selamat Di Ruang Terkurung (ICOP) APAD akan diteruskan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?

Jawapan: Kursus ICOP APAD akan ditangguhkan buat sementara
waktu.

7. Adakah Perintah ini memberi kesan kepada operasi Electric Train Service (ETS) dan KTM Komuter?

Jawapan: Perkhidmatan ETS dan Komuter akan diteruskan dengan sedikit pengurangan di waktu off peak.

8. Adakah tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sektor utara
masih beroperasi seperti biasa?
Jawapan: KTMB tidak membenarkan tren-tren State Railway of Thailand (SRT) beroperasi di stesen Padang Besar bagi mengurangkan pelancong keluar masuk. Walau bagaimanapun, operasi South Thai Cargo (STC) akan berjalan seperti biasa untuk penghantaran barang-barang keperluan essential.

Maritim
9. Adakah pelabuhan-pelabuhan di Malaysia akan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?

Jawapan: Semua pelabuhan di Malaysia masih terus beroperasi
kecuali pelabuhan-pelabuhan yang mengendalikan kapal persiaran.

Udara
10. Adakah rakyat layak mendapat semula bayaran tiket penerbangan yang telah dibuat?

Jawapan: Segala tuntutan berkaitan dengan tiket penerbangan perlu dirujuk dengan syarikat yang mengeluarkan tiket tersebut.
Tertakluk kepada syarat-syarat tiket penerbangan, syarikat penerbangan akan
mempertimbangkan 3 pilihan seperti berikut:
(i) Penumpang boleh menunda penerbangan ke satu tarikh lain;
atau
(ii) Penumpang diberi bayaran balik dalam bentuk creditshell/points dimana credit shell/points tersebut boleh digunakan untuk membeli tiket penerbangan ke destinasi sama atau destinasi lain pada tarikh yang lain; atau
(iii) Syarikat penerbangan memberikan bayaran balik sepenuhnya kos tiket penerbangan termasuk fi dan caj berkaitan.

11. Adakah penerbangan dalam negeri masih beroperasi dalam
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?
Jawapan: Operasi penerbangan bagi sektor domestik dan antarabangsa akan diteruskan tertakluk kepada syarat-syarat dan sekatan perjalanan yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke
semasa. Tiada sebarang arahan untuk larangan operasi syarikat penerbangan dikeluarkan. Larangan pergerakan hanya membabitkan urusan keluar negara bagi warganegara dan bagi bukan warganegara adalah dibenarkan.

12. Bolehkah syarikat penerbangan awam terus beroperasi bagi membawa penumpang warga negara asing keluar dan warganegara Malaysia masuk ke Malaysia?

Jawapan: Operasi syarikat penerbangan penumpang negara dan asing – sama ada perkhidmatan penerbangan berjadual dan tidak berjadual boleh terus disediakan tertakluk kepada syarat-syarat dan
sekatan perjalanan yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. Tiada sebarang arahan untuk larangan penerbangan dikenakan.

13. Adakah syarikat penerbangan kargo disekat masuk dan keluar dari Malaysia?

Jawapan: Operasi syarikat penerbangan kargo negara dan asing yang melibatkan penyediaan perkhidmatan penerbangan berjadual dan tidak berjadual kargo, masuk dan keluar daripada Malaysia
dibenarkan.

14. Adakah operasi syarikat penerbangan jet peribadi (non-revenue
private flight/business flight) – sama ada kemasukan warganegara asing dan pengeluaran warganegara Malaysia dibenarkan bagi operasi penerbangan ini ?

Jawapan: Operasi syarikat penerbangan jet peribadi boleh diteruskan. Walau bagaimanapun, kemasukan warganegara asing dan perjalanan keluar warganegara Malaysia adalah tertakluk kepada
syarat sekatan kemasukan warganegara asing dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan.

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA
18 MAC 2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kakipalu.blogspot.com/2020/03/soalan-lazim-faq-mengenai-perintah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berikut Adalah Jawapan Kepada 21 Soalan Lazim Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan

Berikut Adalah Jawapan Kepada 21 Soalan Lazim Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 656 hits
1 Nama Perintah Perintah Kawalan Pergerakan 2 Tempoh Masa Perintah ini berkuatkuasa dari 18 31 Mac 2020 3 Liputan Kawasan Perintah Perintah ini terpakai di seluruh Malaysia 4 Kuatkuasa Undang undang Perintah ini disandarkan pada Akta Penceg...
16 Soalan Jawapan Mengenai Perintah Kawalan Pergerakkan Yang Rakyat Malaysia Kena Tahu

16 Soalan Jawapan Mengenai Perintah Kawalan Pergerakkan Yang Rakyat Malaysia Kena Tahu

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 622 hits
Majlis Keselamatan Negara sebentar tadi memuat naik satu perkongsian bagi menjawab 16 persoalan yang mungkin timbul dalam kalangan masyarakat mengenai Perintah Kawalan Pergerakkan yang diumumkan Perdana Menteri semalam Antara persoalan pers...
Satu Pangsapuri Buat Konsert Nyanyi Lagu Saya Anak Malaysia Semasa Perintah Kawalan Pergerakan

Satu Pangsapuri Buat Konsert Nyanyi Lagu Saya Anak Malaysia Semasa Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 262 hits
Berikutan pengeluaran arahan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula Rabu lalu dan telah dilanjutkan sehingga pada 14 April ini Majoriti rakyat Malaysia mulai mengehadkan pergerakan
Covid 19 Malaysia Isytihar Perintah Kawalan Pergerakan 18 Hingga 31 Mac

Covid 19 Malaysia Isytihar Perintah Kawalan Pergerakan 18 Hingga 31 Mac

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 606 hits
KUALA LUMPUR 16 MAC Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Malaysia akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan Covid 19 Ini adalah pertama kali...
Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia Mama Cancel Percutian

Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia Mama Cancel Percutian

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 655 hits
Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia Mama Cancel Percutian Korang mesti dah aware yang Malaysia kini sudah dalam Perintah Kawalan Pergerakan Sebenarnya start beberapa hari lepas mama memang dah mulai risau bila lihat angka pesakit covid18 s...
Perintah Kawalan Pergerakan Di Malaysia

Perintah Kawalan Pergerakan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 535 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan selama dua minggu di seluruh negara mulai 18 Mac 2020 iaitu lusa hingga 31 Mac 2020 Beliau menjelaskan larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh neg...
Fendy Bakry Bengang Dengan Rakyat Malaysia Masih Degil Amp Tak Endah Perintah Kawalan Pergerakan

Fendy Bakry Bengang Dengan Rakyat Malaysia Masih Degil Amp Tak Endah Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 279 hits
Apa dah jadi sebenarnya gais Baru baru ini ada seorang pelakon yang bernama Fendy Bakry memuatnaik satu gambar berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan serta kapsyen yang sedang marah di Instagramnya Nak tahu kenapa Haa sekarang ni dah ada ura...
Tiba Masa Rakyat Malaysia Laksana Tanggungjawab Perintah Kawalan Pergerakan

Tiba Masa Rakyat Malaysia Laksana Tanggungjawab Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 438 hits
Keputusan kerajaan isytihar Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari dari 18 31 Mac merupakan langkah tepat untuk mencegah penularan baharu wabak Covid 19 di negara ini kata seorang pakar sains politik Justeru itu Prof Datuk Dr Nasarudin ...
Hari Ke 2 Malaysia Berehat Perintah Kawalan Pergerakan 18 31 Mac 2020

Hari Ke 2 Malaysia Berehat Perintah Kawalan Pergerakan 18 31 Mac 2020

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 747 hits
assalamualaikum apa khabar semua hampir tamat hari ke 2 kita dlm Perintah Kawalan Pergerakan SILA DUDUK DI RUMAH rayuan PM kita mlm semlm kan sayu mendengar umpama nasihat dari seorang abah bagi saya betapa degil la kebanyakan anak anak aba...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

10 Amazing Wordpress Design Resouces



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly

Mobile Friendly Free Money The Community Has You Covered

Pelajar Lelaki 14 Tahun Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa

Umur 7 Tahun Sudah Bergelar Tunangan Orang

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang