Covid 19 Malaysia Isytihar Perintah Kawalan Pergerakan 18 Hingga 31 Mac


KUALA LUMPUR, 16 MAC: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Malaysia akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan Covid-19.
Ini adalah pertama kali dalam sejarah, Malaysia menguatkuasakan perintah seumpama itu.
Pengumuman Perdana Menteri itu disiarkan secara langsung menerusi media elektronik dan media sosial malam ini.
Sebanyak 125 kes positif baharu dilaporkan setakat 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kumulatif di Malaysia meningkat kepada 553 kes.
“Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967,” katanya.

Muhyiddin berkata Perintah Kawalan Pergerakan itu meliputi larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.
Bagi menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barang-barang keperluan harian, katanya.
Perdana Menteri berkata berikutan perintah larangan itu juga, semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan prauniversiti ditutup bagi tempoh yang sama.
Ia juga melibatkan penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institusi latihan kemahiran di seluruh negara, katanya.
Perdana Menteri berkata Perintah Kawalan Pergerakan itu juga melibatkan sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara dan bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari.
Kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke negara ini juga disekat, katanya.
Muhyiddin berkata selain itu semua premis kerajaan dan swasta ditutup kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara.
Ia meliputi air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.
“Saya sedar bahawa saudara-saudari mungkin merasakan bahawa tindakan yang diambil oleh kerajaan ini menimbulkan kesulitan dan kesukaran untuk saudara-saudari menjalani kehidupan seharian.
“Namun, tindakan ini mesti diambil oleh kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang berkemungkinan meragut nyawa rakyat negara ini,” kata Perdana Menteri.
Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa bekalan bahan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan termasuk penutup mulut dan hidung adalah mencukupi.
“Saya telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna agar sentiasa memantau situasi bekalan makanan dan keperluan harian di pasaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berkuat kuasa,” katanya.
Muhyiddin berkata beliau akan mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara yang akan bermesyuarat setiap hari untuk memantau dan mengawasi situasi wabak Covid-19 dan perkembangan situasi wabak itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Beliau berkata keutamaan kerajaan pada masa ini adalah untuk mencegah penularan wabak Covid-19 yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat dan sehubungan itu tindakan drastik ini perlu diambil dalam kadar segera untuk menyekat penularan wabak dengan cara mengehadkan pergerakan orang ramai.
“Saya merayu kepada semua agar sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini. Ini adalah tanggungjawab kita bersama yang mesti kita laksanakan sebagai rakyat yang prihatin terhadap keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita.
“Saya percaya dengan langkah-langkah sekatan pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan, kita mampu menyekat penularan wabak dalam masa yang terdekat,” katanya.
Sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, orang ramai boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 bermula 12 tengah hari Selasa, 17 Mei.
Perdana Menteri turut mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas kesihatan, penjawat awam dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus bekerja siang dan malam membendung wabak itu.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/03/covid-19-malaysia-isytihar-perintah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 18 Mac 2020 Hingga 31 Mac 2020 Di Seluruh Negara

Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 18 Mac 2020 Hingga 31 Mac 2020 Di Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 450 hits
Utusan Perdana Menteri Malaysia 3 Mac 2020 9 malam Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 iaitu lusa hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan...
Hari Ke 2 Malaysia Berehat Perintah Kawalan Pergerakan 18 31 Mac 2020

Hari Ke 2 Malaysia Berehat Perintah Kawalan Pergerakan 18 31 Mac 2020

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 836 hits
assalamualaikum apa khabar semua hampir tamat hari ke 2 kita dlm Perintah Kawalan Pergerakan SILA DUDUK DI RUMAH rayuan PM kita mlm semlm kan sayu mendengar umpama nasihat dari seorang abah bagi saya betapa degil la kebanyakan anak anak aba...
Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia Mama Cancel Percutian

Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia Mama Cancel Percutian

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 711 hits
Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia Mama Cancel Percutian Korang mesti dah aware yang Malaysia kini sudah dalam Perintah Kawalan Pergerakan Sebenarnya start beberapa hari lepas mama memang dah mulai risau bila lihat angka pesakit covid18 s...
Perintah Kawalan Pergerakan Di Malaysia

Perintah Kawalan Pergerakan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 599 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan selama dua minggu di seluruh negara mulai 18 Mac 2020 iaitu lusa hingga 31 Mac 2020 Beliau menjelaskan larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh neg...
Tiba Masa Rakyat Malaysia Laksana Tanggungjawab Perintah Kawalan Pergerakan

Tiba Masa Rakyat Malaysia Laksana Tanggungjawab Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 497 hits
Keputusan kerajaan isytihar Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari dari 18 31 Mac merupakan langkah tepat untuk mencegah penularan baharu wabak Covid 19 di negara ini kata seorang pakar sains politik Justeru itu Prof Datuk Dr Nasarudin ...
Perintah Kawalan Pergerakan Diumumkan Oleh Kerajaan Malaysia Disebabkan Pandemik Covid 19

Perintah Kawalan Pergerakan Diumumkan Oleh Kerajaan Malaysia Disebabkan Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 617 hits
Kerajaan melalui Perdana Menteri telah mengumumkan perintah kawalan pergerakan bg semua rakyat Malaysia bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 disebabkan pandemik COVID 19 Kita sedia
Covid 19 Perintah Kawalan Pergerakan14 Hari Akan Dilaksanakan Mulai 18 Mac 2020 Perdana Menteri Malaysia

Covid 19 Perintah Kawalan Pergerakan14 Hari Akan Dilaksanakan Mulai 18 Mac 2020 Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 398 hits
Kerajaan Malaysia memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara mulai hari Rabu 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 Berikut adalah Perutusan Khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai COVID 19 Perintah...
Covid 19 Denda Penjara Langar Perintah Kawalan Pergerakan

Covid 19 Denda Penjara Langar Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 327 hits
MANA MANA individu yang melanggar arahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan boleh didenda sehingga RM 1 000 atau penjara enam bulan atau tidak kedua duanya sekali jika sabit kesalahan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba ber...
18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

Wanita Bersama 7 Lelaki Belasah Pemuda Hingga Longlai Sudah Ditahan Polis

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

Belanja Dania Suami Makan Nasi Daun Pisang Bananabro Melaka

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Build A Strong Brand Identity Startup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahaya Sakit Telinga Boleh Jadi Lebih Teruk Dari Demam

Sharp Malaysia Gabung Estetika Dan Inovasi Jepun Untuk Gaya Hidup Unggul

Kafe 28 Studio Kl Lokasi Lepak Santai Yang Membangkitkan Inspirasi

Akademik Etiqa

Sardin Pertima Keluaran Bumiputera

Kaedah Penanaman Durian Yang Betul