16 Soalan Jawapan Mengenai Perintah Kawalan Pergerakkan Yang Rakyat Malaysia Kena Tahu


Majlis Keselamatan Negara sebentar tadi memuat naik satu perkongsian bagi menjawab 16 persoalan yang mungkin timbul dalam kalangan masyarakat mengenai Perintah Kawalan Pergerakkan yang diumumkan Perdana Menteri semalam.
Antara persoalan-persoalan yang berbangkit dalam kalangan rakyat kita termasuklah mengenai pergerakkan untuk keluar bekerja selain pasangan pengantin yang ingi kan kepastian sama ada majlis perkahwinan mereka boleh diteruskan atau sebaliknya.
Berikut adalah senarai penuh 16 soalan beserta jawapan daripada MKN.
1) Adakah majlis keraian/ perkahwinan/ kenduri atau sebagainya boleh diadakan?
Upacara pernikahan boleh dilaksanakan dengan tidak membabitkan kehadiran ramai. Bagi majlis persandingan dan resepsi serta majlis lain, disarankan untuk ditangguhkan sehingga isu penularan Covid-19 di Malaysia tamat.
2) Adakah Perintah Kawalan Pergerakan mempunyai tempoh waktu tertentu sepanjang 18 – 31 Mac?
Tidak. Perintah ini berkuatkuasa setiap masa tanpa tempoh waktu tertentu.
3) Sekiranya barang keperluan habis, adakah boleh keluar membeli dan terus balik?
Ya.
4). Saya adalah seorang warganegara Malaysia dan suami saya warganegara United Kingdom. Adakah kami dibenarkan pulang ke Malaysia dalam tempoh sekatan ini?
Boleh dengan syarat pasangan boleh membuktikan kesahan perkahwinan itu sama ada didaftarkan dengan Kerajaan Malaysia atau Kerajaan negara
asal. Pasangan perlu melaksanakan pemeriksaan kesihatan dan kuarantin secara sukarela (self-quarantine) bagi mengurangkan kebarangkalian dijangkiti atau menyebarkan jangkitan kepada orang lain.
5) Anak saya seorang penuntut di institusi luar negara. Adakah beliau dibenarkan pulang ke Malaysia?
Dibenarkan. Mana-mana rakyat Malaysia yang sedang berada di luar negara boleh pulang dalam tempoh sekatan ini. Bagaimanapun, individu terbabit perlu melaksanakan pemeriksaan kesihatan dan kuarantin secara sukarela (self-quarantine) bagi mengurangkan kebarangkalian dijangkiti atau menyebarkan jangkitan kepada orang lain.
6) Saya adalah pemegang pas jangka masa panjang di Malaysia dan telah pulang ke negara asal saya sebelum Perintah ini dikeluarkan. Adakah sayadibenarkan untuk kembali ke Malaysia bagi tujuan kerja semasa tempoh sekatan ini?
Hanya migran asing yang bekerja di dalam sektor perkhidmatan penting negara (essential services) sahaja yang dibenarkan masuk semula ke Malaysia dalam tempoh sekatan ini. Migran asing terbabit perlu mendapatkan satu surat pengesahan daripada majikan masing-masing dan perlu dikemukakan kepada Jabatan Imigresen Malaysia semasa berada di pintu masuk.
7) Saya bekerja di Singapura. Adakah saya dibenarkan untuk berulang alik ke pejabat di Singapura?
Tidak. Perintah Kawalan Pergerakan adalah terpakai kepada semua individu yang berada di dalam negara. Dalam hal ini, atas dasar keselamatan komuniti, mana-mana individu yang bekerja di negara jiran tetapi tinggal di Malaysia adalah tidak dibenarkan untuk keluar masuk secara harian dan dipohon untuk memaklumkan kepada majikan masing-masing berkenaan perkara ini.
8) .Saya telah membuat perancangan untuk bercuti di Malaysia dan membuat pembayaran sepatutnya. Adakah saya masih boleh meneruskan percutian saya?
Mengikut Perintah Kawalan Pergerakan, orang ramai dilarang untuk pergi ke mana-mana tempat termasuklah pusat peranginan untuk aktiviti sosial dan sekiranya kunjungan tersebut tidak melibatkan perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan penting negara. Anda dinasihatkan tidak meneruskan percutian anda.
9) Bolehkah saya memandu ke lapangan terbang untuk mengambil rakan yang baru pulang dari luar negara atau saudara yang bekerja dalam sektor berkaitan perkhidmatan penting negara?
Pergi ke satu tempat dengan cepat dan ringkas adalah dibenarkan mengikut Perintah Kawalan Pergerakan.
10) Adakah sekolah perlu melaksanakan kelas ganti?
Tidak perlu.
11) Adakah kelas pengajian dan semua aktiviti yang melibatkan pelajar IPT awam dan swasta serta Institut Latihan Kemahiran tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan?
Ya.
12) Bagaimana dengan penuntutyang menginap di fasiliti IPT awam dan swasta khususnya pelajar luar negara?
Semua penuntut IPT awam dan swasta perlu diarahkan kembali ke kediaman masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Pelajar luar negara dinasihatkan pulang ke negara asal dalam tempoh ini.
Penuntut yang pulang ke negara asal tidak dibenarkan kembali ke Malaysia sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa. Penuntut asing yang mengambil keputusan untuk terus berada di negara ini dan menginap di fasiliti IPT awam dan swasta perlu melapor kepada pihak pengurusan IPT dan tertakluk kepada Perintah yang berkuatkuasa.
13) Adakah kedai makanan seperti makanan segera, restoran atau pusat makanan penjaja boleh dibuka?
Kedai makanan boleh dibuka tetapi hanya untuk makanan yang dibawa pulang sahaja atau melalui perkhidmatan penghantaran oleh syarikat tertentu seperti Grab Food atau Food Panda.
14) Adakah pengangkutan awam seperti Bas, LRT, MRT, KTM boleh beroperasi?
Semua perkhidmatan pengangkutan awam diteruskan dalam tempoh perintah kawalan ini berkuatkuasa.
15) Saya telah membayar penginapan saya di hotel untuk bercuti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan. Adakah saya boleh meminta wang saya dikembalikan?
Orang ramai digalakkan untuk berbincang terus dengan pihak hotel dalam urusan pengembalian wang yang telah dibayar bagi tempahan yang telah dibuat sebelum perintah ini diumumkan.
16) Sekiranya berlaku kematian di rumah (bukan pesakit Covid-19), adakah solat jenazah dan tahlil dibenarkan?
Boleh diuruskan dengan waris terdekat sahaja bersama khariah masjid/surau sahaja. Solat jenazah sahaja tanpa tahlil.
Sumber: Majlis Keselamatan Negara
The post 16 Soalan & Jawapan Mengenai Perintah Kawalan Pergerakkan Yang Rakyat Malaysia Kena Tahu appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/17/16-soalan-jawapan-mengenai-perintah-kawalan-pergerakkan-yang-rakyat-malaysia-kena-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Soalan Lazim Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Kementerian Pengangkutan Malaysia

Soalan Lazim Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Kementerian Pengangkutan Malaysia

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 300 hits
Darat1 Adakah perkhidmatan Jabatan Agensi di bawah MOT terjejas dengan Perintah ini Jawapan Kaunter kaunter perkhidmatan Jabatan Agensi di bawah MOT seperti Jabatan Pengangkutan Jalan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat akan kekal beroperasi...
Berikut Adalah Jawapan Kepada 21 Soalan Lazim Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan

Berikut Adalah Jawapan Kepada 21 Soalan Lazim Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 656 hits
1 Nama Perintah Perintah Kawalan Pergerakan 2 Tempoh Masa Perintah ini berkuatkuasa dari 18 31 Mac 2020 3 Liputan Kawasan Perintah Perintah ini terpakai di seluruh Malaysia 4 Kuatkuasa Undang undang Perintah ini disandarkan pada Akta Penceg...
Tiba Masa Rakyat Malaysia Laksana Tanggungjawab Perintah Kawalan Pergerakan

Tiba Masa Rakyat Malaysia Laksana Tanggungjawab Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 438 hits
Keputusan kerajaan isytihar Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari dari 18 31 Mac merupakan langkah tepat untuk mencegah penularan baharu wabak Covid 19 di negara ini kata seorang pakar sains politik Justeru itu Prof Datuk Dr Nasarudin ...
Fendy Bakry Bengang Dengan Rakyat Malaysia Masih Degil Amp Tak Endah Perintah Kawalan Pergerakan

Fendy Bakry Bengang Dengan Rakyat Malaysia Masih Degil Amp Tak Endah Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 278 hits
Apa dah jadi sebenarnya gais Baru baru ini ada seorang pelakon yang bernama Fendy Bakry memuatnaik satu gambar berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan serta kapsyen yang sedang marah di Instagramnya Nak tahu kenapa Haa sekarang ni dah ada ura...
Rakyat Malaysia Boleh Dipenjara Jika Langgar Perintah Kuarantin

Rakyat Malaysia Boleh Dipenjara Jika Langgar Perintah Kuarantin

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 493 hits
Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 menyebut individu yang melanggar perintah kuarantin di rumah boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun atau dikenakan denda atau kedua duanya sekali Semalam Perdana Menteri...
Covid 19 Malaysia Isytihar Perintah Kawalan Pergerakan 18 Hingga 31 Mac

Covid 19 Malaysia Isytihar Perintah Kawalan Pergerakan 18 Hingga 31 Mac

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 606 hits
KUALA LUMPUR 16 MAC Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Malaysia akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan Covid 19 Ini adalah pertama kali...
Covid 19 Perintah Kawalan Pergerakan14 Hari Akan Dilaksanakan Mulai 18 Mac 2020 Perdana Menteri Malaysia

Covid 19 Perintah Kawalan Pergerakan14 Hari Akan Dilaksanakan Mulai 18 Mac 2020 Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 324 hits
Kerajaan Malaysia memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara mulai hari Rabu 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 Berikut adalah Perutusan Khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai COVID 19 Perintah...
Tak Mustahil Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan 2 Bulan Lagi Jika Rakyat Masih Degil

Tak Mustahil Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan 2 Bulan Lagi Jika Rakyat Masih Degil

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 284 hits
Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan sejak 18 Mac lalu dan sepatutnya dijangka berakhir 31 Mac 2020 ini small Cover image via FMT small Kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac lalu susulan daripada pen...
Perintah Kawalan Pergerakan Diumumkan Oleh Kerajaan Malaysia Disebabkan Pandemik Covid 19

Perintah Kawalan Pergerakan Diumumkan Oleh Kerajaan Malaysia Disebabkan Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 530 hits
Kerajaan melalui Perdana Menteri telah mengumumkan perintah kawalan pergerakan bg semua rakyat Malaysia bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 disebabkan pandemik COVID 19 Kita sedia
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kaswi Gula Melaka

Effective Networking In Business

Doa Masuk Pasar Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis

Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah

Dolar Berada Dalam Kawalan