Berikut Adalah Jawapan Kepada 21 Soalan Lazim Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan



1. Nama Perintah

Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order).

2. Tempoh Masa

Perintah ini berkuatkuasa dari 18 – 31 Mac 2020.
3. Liputan

Kawasan Perintah Perintah ini terpakai di seluruh Malaysia. 4. Kuatkuasa

Undang-undang Perintah ini disandarkan pada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

5. Arahan-Arahan dalam Perintah Kawalan Pergerakan

Terdapat 6 arahan yang terkandung dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini iaitu

i.    Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya;
ii.    Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara;
iii.    Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;
iv.    Penutupan semua Taska, Sekolah Kerajaan dan swasta dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
v.    Penutupan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swata serta Institut Latihan Kemahiran di seluruh negara; dan
vi.    Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services).

6. Adakah Majlis Keraian/ Perkahwinan/ Kenduri atau sebagainya boleh diadakan?

Sebarang majlis resepsi adalah TIDAK DIBENARKAN.

7. Adakah Perintah Kawalan Pergerakan mempunyai tempoh waktu tertentu sepanjang 18 - 31/3/2020?

Tidak. Perintah ini berkuatkuasa setiap masa tanpa tempoh waktu tertentu.

8. Sekiranya barang keperluan habis, adakah boleh keluar membeli dan terus balik?

Ya.

9. Saya merupakan seorang warganegara Malaysia dan suami saya merupakan warganegara UK. Adakah kami dibenarkan pulang ke Malaysia dalam tempoh sekatan ini?

Boleh dengan syarat pasangan boleh membuktikan kesahan perkahwinan tersebut sama ada didaftarkan dengan Kerajaan Malaysia atau Kerajaan negara asal. Pasangan perlu melaksanakan pemeriksaan kesihatan dan kuarantin secara sukarela (self quarantine) bagi mengurangkan kebarangkalian dijangkiti atau menyebarkan jangkitan kepada orang lain. 


10. Anak saya yang merupakan seorang pelajar di institusi luar negara. Adakah beliau dibenarkan pulang ke Malaysia?

Dibenarkan. Mana-mana rakyat Malaysia yang sedang berada di luar negara boleh pulang dalam tempoh sekatan ini. Walau bagaimanapun, individu tersebut perlu melaksanakan pemeriksaan kesihatan dan kuarantin secara sukarela (self quarantine) bagi mengurangkan kebarangkalian dijangkiti atau menyebarkan jangkitan kepada orang lain.

BACA: Ucapan penuh: Perutusan Khas Perdana Menteri mengenai COVID-19

11. Saya merupakan pemegang pas jangka masa panjang di Malaysia dan telah pulang ke negara asal saya sebelum Perintah ini dikeluarkan. Adakah saya dibenarkan untuk kembali ke Malaysia bagi tujuan kerja semasa tempoh sekatan ini?

Hanya migran asing yang bekerja di dalam sektor perkhidmatan penting negara (essential services) sahaja yang dibenarkan masuk semula ke Malaysia dalam tempoh sekatan ini. Migran asing tersebut perlu mendapatkan satu surat pengesahan daripada majikan masing - masing dan perlu dikemukakan kepada Jabatan Imigresen Malaysia semasa berada di pintu masuk.

12. Saya bekerja di Singapura. Adakah saya dibenarkan untuk berulang alik ke pejabat di Singapura?

Tidak. Perintah Kawalan Pergerakan adalah terpakai kepada semua individu yang berada di dalam negara. Dalam hal ini, atas dasar keselamatan komuniti, mana-mana individu yang bekerja di negara jiran tetapi tinggal di Malaysia adalah tidak dibenarkan untuk keluar masuk secara harian dan dipohon untuk memaklumkan kepada majikan masing - masing berkenaan perkara ini.

13. Saya telah membuat perancangan untuk bercuti di Malaysia dan telah membuat pembayaran sepatutnya. Adakah saya masih boleh meneruskan percutian saya?

Di bawah Perintah Kawalan Pergerakan, orang ramai dilarang untuk pergi ke mana-mana tempat termasuklah pusat peranginan untuk aktiviti sosial dan sekiranya kunjungan tersebut tidak melibatkan perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan penting negara. Anda dinasihatkan tidak meneruskan percutian anda.

14. Bolehkah saya memandu ke lapangan terbang untuk mengambil rakan yang baru pulang dari luar negara atau saudara yang bekerja dalam sektor berkaitan perkhidmatan penting negara?

Pergi ke satu tempat dengan cepat dan ringkas adalah dibenarkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan.

15. Adakah sekolah perlu melaksanakan kelas ganti?

Tidak perlu.

16. Adakah kelas pengajian dan semua aktiviti yang melibatkan pelajar IPT awam dan swasta serta Institut Latihan Kemahiran tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan?

Ya.

17. Bagaimana dengan pelajar yang menginap di fasiliti IPT awam dan swasta khususnya pelajar luar negara?

Semua pelajar IPT awam dan swasta perlu diarahkan kembali ke kediaman masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Pelajar luar negara dinasihatkan pulang ke negara asal dalam tempoh ini. Pelajar yang pulang ke negara asal tidak dibenarkan kembali ke Malaysia sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa. Pelajar asing yang mengambil keputusan untuk terus berada di negara ini dan menginap di fasiliti IPT awam dan swasta perlu melapor kepada pihak pengurusan IPT dan tertakluk kepada Perintah yang berkuatkuasa.

18. Adakah kedai makanan seperti makanan segera, restoran atau pusat makanan penjaja boleh dibuka?

Kedai makanan boleh dibuka tetapi hanya untuk makanan yang dibawa pulang sahaja atau melalui perkhidmatan penghantaran oleh syarikat tertentu seperti Grab Food atau Food Panda.

19. Adakah pengangkutan awam seperti Bas, LRT, MRT, KTM boleh beroperasi?

Semua perkhidmatan pengangkutan awam diteruskan dalam tempoh perintah kawalan ini berkuatkuasa.

20.Saya telah membayar penginapan saya di hotel untuk bercuti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan. Adakah saya boleh meminta wang saya dikembalikan?

Orang ramai digalakkan untuk berbincang terus dengan pihak hotel dalam urusan pengembalian wang yang telah dibayar bagi tempahan yang telah dibuat sebelum Perintah ini diumumkan.

21.Sekiranya berlaku kematian di rumah (bukan pesakit COVID-19), adakah solat jenazah dan tahlil dibenarkan?

Boleh diuruskan dengan waris terdekat sahaja bersama khariah masjid/surau sahaja. Solat jenazah sahaja tanpa tahlil.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/berikut-adalah-jawapan-kepada-21-soalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Soalan Lazim Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Kementerian Pengangkutan Malaysia

Soalan Lazim Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Kementerian Pengangkutan Malaysia

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 298 hits
Darat1 Adakah perkhidmatan Jabatan Agensi di bawah MOT terjejas dengan Perintah ini Jawapan Kaunter kaunter perkhidmatan Jabatan Agensi di bawah MOT seperti Jabatan Pengangkutan Jalan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat akan kekal beroperasi...
16 Soalan Jawapan Mengenai Perintah Kawalan Pergerakkan Yang Rakyat Malaysia Kena Tahu

16 Soalan Jawapan Mengenai Perintah Kawalan Pergerakkan Yang Rakyat Malaysia Kena Tahu

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 616 hits
Majlis Keselamatan Negara sebentar tadi memuat naik satu perkongsian bagi menjawab 16 persoalan yang mungkin timbul dalam kalangan masyarakat mengenai Perintah Kawalan Pergerakkan yang diumumkan Perdana Menteri semalam Antara persoalan pers...
Workout Paling Mudah Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Adalah Berjalan Kaki

Workout Paling Mudah Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Adalah Berjalan Kaki

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 396 hits
Berjalan Kaki Adalah Workout Paling Mudah Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Berjalan kaki bukan lagi menjadi rahsia yang mana boleh ianya menjadi cara terbaik untuk mendapatkan bentuk dan mengurangkan beberapa inci dari pinggang ...
Ditanya Adakah Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Ini Jawapan Pm

Ditanya Adakah Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Ini Jawapan Pm

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 296 hits
Keputusan sama ada kerajaan akan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan hanya akan diketahui pada 30 Mac ini Ditanya Adakah Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Ini Jawapan PM
Covid 19 Soalan Umum Majlis Keselamatan Negara Mkn Jawab Langkah Laksana Perintah Kawalan Pergerakan

Covid 19 Soalan Umum Majlis Keselamatan Negara Mkn Jawab Langkah Laksana Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 403 hits
Langkah melaksana Perintah Kawalan Pergerakan mulai esok hingga 31 Mac ini di seluruh negara Majlis Keselamatan Negara menjawab beberapa persoalan orang ramai berikutan pelaksanaan perintah itu Berikut adalah jawapan MKN 1 Adakah majlis ker...
Brader Ni Buat Video Persenda Perintah Kawalan Pergerakan Dan Menganjing Mereka Yang Duduk Di Rumah

Brader Ni Buat Video Persenda Perintah Kawalan Pergerakan Dan Menganjing Mereka Yang Duduk Di Rumah

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 483 hits
Foto FacebookOrang nak femes kita bagi dia femes Status FB Harrena Hambali Sikap anda mengundang ketidakpuasan hati dan kemarahan kami Adakah pengorbanan semua yang bertungkus lumus berkorban segalanya demi keselamatan rakyat Malaysia pada ...
Mbpj Mahu Peniaga Patuh Perintah Kawalan Pergerakan

Mbpj Mahu Peniaga Patuh Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 265 hits
SHAH ALAM 19 MAC Majlis Bandaraya Petaling Jaya meminta pemegang lesen perniagaan mematuhi arahan di sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kata datuk bandarnya Dato Mohd Sayuthi Bakar berkata pihaknya membenarkan semua pr...
Covid 19 Denda Penjara Langar Perintah Kawalan Pergerakan

Covid 19 Denda Penjara Langar Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 249 hits
MANA MANA individu yang melanggar arahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan boleh didenda sehingga RM 1 000 atau penjara enam bulan atau tidak kedua duanya sekali jika sabit kesalahan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba ber...
Lelaki Ditahan Halang Tugas Polis Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Lelaki Ditahan Halang Tugas Polis Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 292 hits
Bernama SUNGAI PETANI Seorang lelaki berusia 30 an ditahan di sebuah rumah ibadat di sini kerana menghalang tugas penjawat awam dengan mempertikai dan menghamburkan kata kata kesat kepada polis selepas diminta akur kepada perintah kawalan p...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions

Satisfy Your Pup S Cravings Exploring The World Of Natural Dog Treats

Semua Pm Setuju Isu Subsidi Bersasar

Rancangan Televisyen Itali Menjemput Bayi Kembar Sembilan