Soal Jawab Tentang Qarin Jin Pendamping Manusia


Soalan: Qarin sebagai pendamping manusia


Salam:
diminta panel ahkam jelaskan apa itu'Qarin'? Mmg lagi bertambah keliru dgn emel pasal 'Qarin' ni. Takut syirik je.


Jawapan:
kamin, Panel Feqh


wa'alaikumussalam


Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan Islah dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.


Qarin adalah sejenis Jin yang berdamping dengan manusia, dan menghasut manusia kearah kejahatan, melainkan Qarin Nabi: saw yang telah ditundukkan. 


Firman Allah swt:-
قَالَ قَرِينُهُ رَبَّنَا مَا أَطْغَيْتُهُ وَلَكِنْ كَانَ فِي ضَلالٍ بَعِيدٍ . قَالَ لا تَخْتَصِمُوا لَدَيَّ وَقَدْ قَدَّمْتُ إِلَيْكُمْ بِالْوَعِيدِ . مَا يُبَدَّلُ الْقَوْلُ لَدَيَّ وَمَا أَنَا بِظَلامٍ لِلْعَبِيدِ
(Semasa dia dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam, dia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong. Allah berfirman: Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, (tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku membuat keputusan); padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-orang yang bersalah). KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu. [Surah Qaf : 27-29].
Menurut Ibn Kathir rh, ayat "(Qarin) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata", Ibn Abbas ra, Mujahid, Qutaadah dan lain-lain mengatakan bahawa ia merujuk kepada 'syaitan' yang ditugaskan berdamping dengannya.


Disifatkan bahawa Qarin ini pada hari Kiamat tidak mengaku telah menyesatkan manusia, lalu mengatakan bahawa manusialah yang menyesatkan diri mereka sendiri. Seterusnya Ibn Kathir rh. memetik firman swt menyatakan tugasan Syaitan setelah berjaya menyesatkan manusia :-


وَقَالَ الشَّيْطَانُ لَمَّا قُضِيَ الْأَمْرُ إِنَّ اللَّهَ وَعَدَكُمْ وَعْدَ الْحَقِّ وَوَعَدْتُكُمْ فَأَخْلَفْتُكُمْ وَمَا كَانَ لِيَ عَلَيْكُمْ مِنْ سُلْطَانٍ إِلَّا أَنْ دَعَوْتُكُمْ فَاسْتَجَبْتُمْ لِي فَلَا تَلُومُونِي وَلُومُوا أَنْفُسَكُمْ مَا أَنَا بِمُصْرِخِكُمْ وَمَا أَنْتُمْ بِمُصْرِخِيَّ إِنِّي كَفَرْتُ بِمَا أَشْرَكْتُمُونِي مِنْ قَبْلُ إِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
"Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya." [Surah Ibrahim : 22]

Ibn Kathir rh menerangkan bahawa apabila dihadapan Allah kelak, kedua-dua manusia dan Qarin saling menuduh diantara satu sama lain. Seterusnya Allah swt mengatakan bahawa semuanya sudah di hakimi, dan Allah hanya akan mengazab dosa yang ditanggung oleh masing2 dan bukan dosa orang lain. [Mukhtasar Tafsir al-Quran al-Azhim - Umdah al-Tafsir 'an al-hafiz Ibn Kathir 3/371, Dar el-Wafa' 2003. syiekh Ahmad Muhammad Syakir]


Satu persoalan yang timbul, adakah Qarin Nabi saw juga seperti Qarin manusia yang lain? Tentu sekali tidak. Tetapi, menurut Syeikh Wahid Abdus Salam Bali, Dr Umar Sulaiman al-Ashqar berkata bahawa seorang manusia boleh menundukkan Jin pendampingnya (qarin) kemudian dia masuk Islam, sebagaimana Riwayat Ahmad dan Muslim : dari Abdullah ibn Masud berkata : Rasulullah saw berkata :-


ما منكم من أحدٍ إلا وقد وكِّل به قرينه من الجن ، قالوا : وإياك يا رسول الله ؟ قال : وإياي ، إلا أن الله أعانني عليه فأسلم فلا يأمرني إلا بخير .
"Tidak ada sesiapa diantara kamu melainkan baginya ditugaskan Qarin dari kalangan Jin, Mereka berkata : Walaupun kamu Ya Rasulullah?, Baginda menjawab : Walaupun Aku, akan tetapi Allah menolongku dan saya selamat darinya (atau - mengIslamkannya), maka dia hanya akan memerintahku melakukan perkara yang baik" [Riwayat Muslim]Kata Syiekh Wahid Abdus Salam Bali : al-Ashkar secara tegas mengatakan setiap orang Islam mampu menundukkan Jin pendampingnya. Sebenarnya, bukanlah begitu, kerana kenyataan hadith tersebut secara zahirnya menunjukkan perkara tersebut khusus untuk Nabi saw. Barang siapa yang mengambil hadith ini secara umum, hendaklah dia mengemukakan dalil, dan tidak ada dalil baginya yang aku ketahui, Umar bin Khtattab yang terkenal dengan kuat aqidahnya dan mantap agamanya, ditakuti oleh syaitan, akan tetapi tidak mampu mengislamkan syaitan pendampingnya.[Wiqayatul Insaan min al-Jin wa al-Syaitan, Syiekh Wahid Abdus Salam Bali, ms 45. Dar Ibn Rajab, 2001]


al-Hafiz Imam Nawawi rh. didalam mensyarahkan hadith ini mengatakan, bahwa terdapat dua tafsiran kepada hadith diatas menurut bacaannya :


a. Fa aslamu - Yang bermaksud - "Dan saya selamat darinya" (eg. pandangan Al-Khattaabi)
b. Fa aslama - Yang bermaksud - "Dan dia menjadi Islam" (eg. pandangan al-Qaadi ‘Iyaad).


Kedua-dua pandangan ini menunjukkan bahawa Qarin Nabi saw tidak boleh mengganggu baginda saw. Tidak kiralah samaada baginda di selamatkan oleh Allah swt atau Qarin beliau di Islamkan. Yang penting, baginda terpelihara dari gangguan Qarin.


Secara umumnya :-


a. Qarin adalah dari kalangan Jin dan berada pada setiap orang, dan dia menghasut manusia kearah kejahatan.
b. Hanya Qarin Nabi saw yang dapat ditundukkan, kerana hadith tersebut khusus hanya kepada Nabi saw dan bukan kepada insan lain.
c. Qarin dan Manusia akan mengadap Allah swt kelak di hari Akhirat.


Untuk Pengenalan tambahan kepada Qarin, sila ke pautan ini

Sekian, wassalam.


Soal Jawab Tauhid







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://norhicmah.blogspot.com/2012/05/soal-jawab-tentang-qarin-jin-pendamping.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Qarin Pendamping Setia Manusia

Qarin Pendamping Setia Manusia

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 118 hits
Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia Boleh dikatakan ia sebagai kembar manusia Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri Rasulullah s a w sendiri tidak terkecuali Cuma bezanya Qari...
Eksklusif Soal Jawab Ringkas Bersama Aliff Ihsan Rahman Pengarah Siapa Tutup Lampu

Eksklusif Soal Jawab Ringkas Bersama Aliff Ihsan Rahman Pengarah Siapa Tutup Lampu

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 450 hits
Filem Siapa Tutup Lampu akan hadir di Astro First mulai 25 November Filem bergenre friendship thriller ini bakal menampilkan gandingan pelakon hebat seperti Azizul Ammar Uyaina Arshad Naim Daniel Azhar Jalil Ismi Melinda dan Afieq Shazwan W...
Adakah Manusia Boleh Melihat Dan Membunuh Jin

Adakah Manusia Boleh Melihat Dan Membunuh Jin

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 221 hits
Adakah manusia boleh melihat dan membunuh jin Jawapannya ya kerana ada baru baru ini ramai orang yang mendakwa bahawa mereka boleh melihat dan membunuh jin jin jahat yang mengganggu gugat manusia Itu semua atas kelebihan yang didapati secar...
Soal Jawab Ramadhan Makan Dulu Atau Solat Dulu

Soal Jawab Ramadhan Makan Dulu Atau Solat Dulu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 222 hits
Makan dulu atau solat dulu Soalan Ramai orang menyangka bahawa sekalipun makanan sudah terhidang yang terbaik itu solat dahulu selepas itu barulah makan Sehingga ada yang apabila mereka duduk di keliling hidangan kemudian bangun meninggalka...
Allahhuakbar Soal Jawab Antara Rasulullah Saw Dengan Iblis Laknatullah

Allahhuakbar Soal Jawab Antara Rasulullah Saw Dengan Iblis Laknatullah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 179 hits
Allah S W T telah memerintahkan Malaikat berjumpa Iblis Laknatullah supaya dia berjumpa dengan Rasulullah S A W untuk memberitahu segala rahsianya samada yang disukai mahupun yang dibencinya Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muh...
Pendamping Roh Atau Jin

Pendamping Roh Atau Jin

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 139 hits
Soalan Pendamping Roh Atau JinAssalamualaikum saya ada keraguan utk ditanya 1 Bolehkan roh orang orang yang sudah mati kembali ke dunia 2 Ada yang mengatakan roh2 orang alim sheikh ada yang dilepaskan seksa kubur mereka dan menjadi pendampi...
Koleksi Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus

Koleksi Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 310 hits
Jom tengok2 soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus yang berjaya dikumpul 1 Orang laki2 takleh pakai perhiasan perempuan rantai leher perempuan cthnya Allah melaknat lelaki pakai pakaian perempuan Sembahyang sah wlpn pakai emas Sembahyang ditu...
Hiburan Minah Saleh Karen Tular Sekali Lagi Kongsi Video Tentang Kebebasan Di Twitter

Hiburan Minah Saleh Karen Tular Sekali Lagi Kongsi Video Tentang Kebebasan Di Twitter

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 337 hits
Sebuah perkongsian video oleh seorang wanita warga asing atau lebih dikenali dengan gelaran Karen yang pernah menimbulkan kekecohan kerana enggan memakai pelitup muka di sebuah premis di KLCC telah tular di media sosial ARTIKEL BERKAITAN Ad...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand