Pendamping Roh Atau Jin
Soalan: Pendamping Roh Atau Jin
Assalamualaikum..
saya ada keraguan utk ditanya:
1) Bolehkan roh orang-orang yang sudah mati kembali ke dunia?
2) Ada yang mengatakan roh2 orang alim/sheikh ada yang dilepaskan seksa kubur mereka, dan menjadi pendamping orang2 yang terpilih (yang masih hidup di dunia) dengan alasan utk mendekatkan diri orang2 terpilih ini kepada Allah swt. betulkah?
3) Kalau mereka bukan roh, dari golongan apakah mereka ini? jin? qareen?
Minta diperjelaskan soalan saya. Kerana, baru2 ini teman baik saya sakit, ada org recommend kat dia seorang perempuan di alor star utk berubat yang mengelar mereka bukan bomoh tetapi ahli falak. Perempuan ini mengatakan dia ada pendamping seorng sheikh yang menolong beliau melihat dan mengetahui hal2 ghaib. Bolehkn kita mempercayai orang ini? syirik kah?
wassalam. tq
Jawapan: Al-jawhar, Panel Fiqh
بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:Islam tidak pernah menyebutkan bahawa roh seseorang yang telah mati boleh menjadi pendamping dan memberikan pertolongan kepada manusia.Ini jelas bertentangan dengan maksud hadis Nabi saw :إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له
Apabila matinya anak Adam , akan terputuslah semua amalannya (urusan dunia) kecuali 3 perkara : Sedekah Jariah , Ilmu yang bermanfaat , dan anak soleh yang mendoakannya.(HR Jama’ah kecuali Bukhari dan Ibnu Majah)
Jelas daripada hadis di atas bahawa , orang yang telah mati akan terputus segala amalannya yang berkaitan dengan urusan dunia melainkan 3 perkara itu sahaja. Maka , adalah perkara yang mustahil jika roh tersebut boleh memberikan pertolongan dan berkomunikasi dengan manusia yang masih hidup.
Kesimpulannya , apabila roh orang-orang soleh atau siapa sahaja tidak boleh berhubung dengan manusia , maka jika ada seseorang yang mendakwa didampingi oleh roh orang soleh , ketahuilah bahawa dakwaannya adalah dusta dan tertolak. Apa yang jelas ialah roh yang di maksudkan itu ialah kemungkinan dari kalangan Jin atau syaitan. Ini kerana sudah menjadi tugas dan cita-cita Syaitan itu untuk menyesatkan manusia walau dengan apa cara sekali pun sebagaimana
Firman Allah swt dalam surah An-Nur ayat 21 :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَنْ يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti jejak langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar.Begitu juga haram hukumnya meminta pertolongan daripada Jin atau syaitan.Ini kerana jin atau syaitan itu tidak boleh memberikan pertolongan , malahan ia sebenarnya akan menambahkan lagi dosa dan kesalahan kita kepada Allah swt.
Firman Allah swt dalam surah Al-Jin ayat 6 :
وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا
Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.Maka , meminta pertolongan dengan orang yang berdamping dengan jin atau syaitan serta mempercayainya juga termasuk dalam lingkungan syirik kepada Allah swt.
WallahuAlam
Soal Jawab Aqidah Tauhid
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://norhicmah.blogspot.com/2012/05/pendamping-roh-atau-jin.html