Qarin Pendamping Setia Manusia



Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai ‘kembar’ manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.


Pada umumnya Qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca Al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.


Firman Allah:


“Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin) temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36)Untuk mengimbangi usaha Qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca Al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.



Rasulullah s.a.w bersabda:


“Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin daripada jin dan malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah?” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)

Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya (Aisyah), lalu Aisyah berkata:
“Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda s.a.w berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda s.a.w: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda s.a.w: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadith Riwayat Muslim)Di dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:


“Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.” (Hadith Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”


Qarin akan berpisah dengan ‘kembarnya’ hanya apabila manusia itu (kembarnya) meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi Qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu.


myibrah







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://norhicmah.blogspot.com/2012/05/qarin-pendamping-setia-manusia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Soal Jawab Tentang Qarin Jin Pendamping Manusia

Soal Jawab Tentang Qarin Jin Pendamping Manusia

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 171 hits
Soalan Qarin sebagai pendamping manusiaSalam diminta panel ahkam jelaskan apa itu Qarin Mmg lagi bertambah keliru dgn emel pasal Qarin ni Takut syirik je Jawapan kamin Panel Feqhwa alaikumussalamAlhamdulillah Kami akan cuba menjawab soalan ...
Manusia Manusia Pelik Di Bumi Lebih Pelik Daripada Alien

Manusia Manusia Pelik Di Bumi Lebih Pelik Daripada Alien

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 200 hits
Sama seperti kita melihat alien kita tertanya2 mengenai kenapa alien ini sangat pelik bentuk badannya Tetapi kita jangan lupa alien juga pelik melihat kita Lebih lebih lagi makhluk manusia yang perangainya mengalahkan alien itu sendiri
Manusia Manusia Pelik Di Bumi Lebih Pelik Daripada Alien

Manusia Manusia Pelik Di Bumi Lebih Pelik Daripada Alien

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 147 hits
Sama seperti kita melihat alien kita tertanya2 mengenai kenapa alien ini sangat pelik bentuk badannya Tetapi kita jangan lupa alien juga pelik melihat kita Lebih lebih lagi makhluk manusia yang perangainya mengalahkan alien itu sendiri
Che Ta Nak Beranak Manusia Lain Sakit Hati

Che Ta Nak Beranak Manusia Lain Sakit Hati

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 132 hits
Kes tajaan Che Ta beranak yang bakal ditanggung oleh hospital menjadi viral di media sosial Memang di sudut negatifnya kita boleh nampak semua yang negatif pasal benda ini Yelah Che Ta kot takkanlah nak beranak pun tak mampu Maka bertaburan...
12 Barisan Manusia Menuju Ke Akhirat

12 Barisan Manusia Menuju Ke Akhirat

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 128 hits
Barisan pertama Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan berkaki keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S W T Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka Mereka yg sombong tidak berbuat kebaikan kepada jiran teta...
Ragam Manusia Serata Dunia 3

Ragam Manusia Serata Dunia 3

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 237 hits
Lain tempat lain budayanya lain orang lain ragamnya Zaman serba moden dan canggih ni memang tidak dapat dielak penggunaan kamera Kita buat perilaku yang tak molek mungkin boleh jadi bahan tawa masyarakat
Kerana Sikap Manusia Haiwan Binasa

Kerana Sikap Manusia Haiwan Binasa

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 136 hits
Tidak kira sama ada ini gambar palsu atau photoshop sekalipun pada realitinya tetap sama dan kita semua harus terima manusia merupakan makhluk yang diciptakan Allah S W T untuk menjaga dan melindungi bumi sebagaimana firman Nya yang bermaks...
Manusia Bukan Tuhan Sultan Bukan Dewa

Manusia Bukan Tuhan Sultan Bukan Dewa

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 161 hits
setakat yang kita tahu hukum mengkacukkan binatang ternakan seperti ayam itik lembu dan kambing adalah tidak salah disisi agama dan hukum memakan haiwan kacukkan ini juga halal dengan syarat binatang yang dikacukkan itu juga halal untuk dim...
Sifat Sebenar Manusia Sengaja Atau Semulajadi

Sifat Sebenar Manusia Sengaja Atau Semulajadi

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 153 hits
Adakah anda seorang yang cepat naik angin minyak Adakah ia satu sifat semulajadi atau pon disebabkan oleh faktor faktor lain Apa yang mampu membuatkan anda berasa marah yang amat sangat Rasanya sebagai seorang manusia biasa sifat marah itu ...
Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor

Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Mca Should Reflect On Where Its Two Seats Are Akmal Shoots Back

Chegubard Mohon Maaf Di Mahkamah Kerana Memfitnah Anak Syarikat Mbi

Pas Open To Reunion With Umno If Latter S Leadership Changes

Syarikat Rakam Gambar Pekerja Mengular Dalam Tandas


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


John Tamahawk The Culinary Visionary Behind Singapore S Premier Tomahawk Steakhouse

Nasi Ulam Simple Sedap

Panduan Pintar Menguruskan Wang Simpanan Untuk Masa Hadapan

Koleksi Resepi Dan Cara Mudah Buat Roti Bun Homemade Sendiri Di Rumah

Resepi Sup Telur Chinese Style

Apakah Itu Umami