Soal Jawab Tentang Berkatnya Bersahur


Soal Jawab Makan Sahur Ada Keberkatan Di Dalamnya. Makan sahur bukan kerana takut lapar pada siang hari berpuasa. Makan sahur bukan kerana suka-suka sebab ibubapa dah kejut suruh bangun. Tahukah anda makan sahur ada keberkatan di dalamnya. Makan sahur sekadarnya sahaja, cukup sekadar dengan sebiji kurma dan air.

Tapi, kalau anda tak tahan, boleh je ambil nasi dan lauk yang sesuai ketika bersahur.

Anda boleh juga semak resepi untuk bersahur pada pautan berikut:

👉👉👉 30 Resepi Menu Berbuka dan Bersahur Terbaik ✔✔



Makan Sahur Ada Keberkatan Di Dalamnya
RAIHLAH KEBERKAHAN DENGAN MAKAN SAHUR

Pertama: Makna Makan Sahur

Makan sahur ertinya,

كل طعامٍ أو شرابٍ يَتَغَذَّى به آخر الليل في السحر من أراد الصيام

“Setiap makanan dan minuman yang dimakan oleh orang yang hendak berpuasa di akhir malam, di waktu sahur.” [Ash-Shiyaamu fil Islam, hal. 247]

Kedua: Hukum Makan Sahur

Ulama seluruhnya sepakat bahawa makan sahur hukumnya sunnah, sebagaimana yang ditulis oleh Ibnul Mundzir rahimahullah.

Oleh kerana itu, makan sahur tidak mempengaruhi sah atau tidaknya puasa, andaikan seseorang berpuasa tanpa makan sahur maka puasanya sah, bahkan tetap wajib baginya untuk berpuasa Ramadhan walau tidak sempat makan sahur.

Dan tidak ada dosa baginya apabila tidak makan sahur dengan sengaja, namun ia tidak mendapatkan keutamaan dan keberkahan sahur yang melimpah.

Ketiga: Waktu Makan Sahur

Waktu sahur adalah sepertiga malam yang terakhir sampai sebelum terbit fajar.

Disebut makan sahur kerana dilakukan di waktu sahur, dan yang lebih afdhal dilakukan di akhir waktu sahur.

Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda,

بكِّروا بالإفطارِ، وأخِّروا السحورَ

“Segerakanlah berbuka dan akhirkanlah sahur.” [HR. Ibnu Adi dan Ad-Dailami dari Anas bin Malik radhiyallahu’anhu, Ash-Shahihah: 1773]

Tabi’in yang Mulia ‘Amr bin Maimun rahimahullah berkata,

كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَعْجَلَ النَّاسِ إِفْطَارًا وَأَبْطَأَهَمْ سُحُورًا

“Dahulu para sahabat Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam paling cepat berbuka dan paling lambat makan sahur.” [Diriwayatkan Al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubro: 8127]

Keempat: Akhir Waktu Sahur

Akhir waktu sahur adalah mendekati waktu Shubuh seukuran membaca 50 ayat, dan itulah waktu terbaik untuk makan sahur.

Dari Anas bin Malik radhiyallahu’anhu, dari Zaid bin Tsabit radhiyallahu’anhu, beliau berkata,

تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلاَةِ قُلْتُ كَمْ كَانَ بَيْنَ الأَذَانِ وَالسَّحُورِ قَالَ قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً

“Kami makan sahur bersama Nabi shallallahu’alaihi wa sallam, kemudian beliau bangkit untuk solat Shubuh.” Aku (Anas bin Malik) berkata: Berapa jarak antara adzan dan sahur? Beliau (Zaid bin Tsabit) berkata: “Seukuran membaca 50 ayat.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim]

Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah berkata,

قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً أَيْ مُتَوَسِّطَةً لَا طَوِيلَةً وَلَا قَصِيرَةً لَا سَرِيعَةً وَلَا بَطِيئَةً

“Seukuran 50 ayat adalah yang pertengahan, tidak panjang dan tidak pendek, tidak dibaca cepat dan tidak pula lambat.” [Fathul Baari, 4/138]

Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullah berkata,

خمسون آية: من عشر دقائق إلى ربع الساعة إذا قرأ الإنسان قراءة مرتلة أو دون ذلك وهذا يدل على أن الرسول صلى الله عليه وسلم يؤخر السحور تأخيرا بالغا وعلى أنه يقدم صلاة الفجر ولا يتأخر

“Seukuran membaca 50 ayat adalah sekitar 10 sampai 15 minit, apabila seseorang membaca dengan perlahan-lahan atau sedikit lambat. Dan ini menunjukkan bahwa Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam benar-benar mengakhirkan waktu makan sahur dan bahwa beliau bersegera untuk solat Subuh dan tidak terlambat.” [Syarhu Riyadhis Shaalihin, 5/285]

Hadits yang mulia ini juga menunjukkan bahwa selesainya makan sahur sebelum terbit fajar.

Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullah berkata,

فِيهِ دَلَالَةٌ عَلَى أَنَّ الْفَرَاغَ مِنَ السُّحُورِ كَانَ قَبْلَ طُلُوعِ الْفَجْرِ

“Dalam hadits ini ada petunjuk bahwa selesai makan sahur sebelum terbit fajar.” [Fathul Baari, 4/138-139]

Bahkan boleh jadi azan yang dimaksud dalam hadits yang mulia ini adalah iqomah, sebagaimana ditegaskan dalam lafaz yang lain, dari Anas bin Malik, dari Zaid bin Tsabit radhiyallahu’anhuma, beliau berkata,

تَسَحَّرْنَا مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ قُمْنَا إِلَى الصَّلَاةِ قُلْتُ: كَمْ كَانَ قَدْرُ مَا بَيْنَهُمَا؟ قَالَ: خَمْسِينَ آيَةً

“Kami makan sahur bersama Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam, kemudian kami bangkit menuju solat. Aku (Anas) berkata: Berapa ukuran antara selesainya makan sahur dan solat? Beliau (Zaid) berkata: Seukuran membaca 50 ayat.” [HR. Muslim]

Dan Al-Imam Al-Bukhari rahimahullah memasukkan hadits dengan lafaz yang pertama di atas dalam Bab,

قدر كم بين السحور وصلاة الفجر

"Berapa Jarak Antara Sahur dan Solat Shubuh"

Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-'Asqolani Asy-Syafi'i rahimahullah menerangkan,

قوله : ( باب قدر كم بين السحور وصلاة الفجر ) أي : انتهاء السحور وابتداء الصلاة ؛ لأن المراد تقدير الزمان الذي ترك فيه الأكل ، والمراد بفعل الصلاة أول الشروع فيها قاله الزين بن المنير

"Ucapan penulis 'Bab Berapa Jarak Antara Sahur dan Solat Shubuh' maknanya: Jarak selesainya sahur dan mulainya solat, kerana yang dimaksud adalah penentuan waktu berhenti makan sahur. Adapun yang dimaksud dengan melakukan solat adalah awal memulai solat. Ini dikatakan oleh Az-Zain bin Al-Munir." [Fathul Baari, 4/138]

Dan kata azan sering kali digunakan untuk makna iqomah, diantaranya dalam sabda Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam,

بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلَاةٌ، قَالَهَا ثَلَاثًا، قَالَ فِي الثَّالِثَةِ: ِمَنْ شَاءَ

“Diantara setiap dua azan ada solat. Beliau mengatakannya tiga kali, dan beliau berkata pada yang ketiga: Bagi siapa yang mahu melakukannya.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mughoffal radhiyallahu’anhu]

Kelima: Permasalahan Waktu Imsak

Bila mula imsak (menahan diri, tidak boleh lagi makan dan minum serta melakukan seluruh pembatal puasa)?

Hadits yang mulia di atas menunjukkan bahawa waktu selesainya makan sahur Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam dan sholat Shubuh adalah seukuran membaca 50 ayat, akan tetapi itu tidak bermakna puasa telah dimulai dan tidak boleh makan dan minum lagi, kerana mulainya puasa adalah setelah terbitnya fajar (masuk waktu Shubuh), sebagaimana firman Allah ta’ala,

وَكُلُواْ وَاشْرَبُواْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ

“Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar.” [Al-Baqoroh: 187]

Fajar yang dimaksud adalah fajar yang kedua atau fajar shodiq, iaitu garis putih atau cahaya putih yang membentang secara horizontal di ufuk Timur, membentang dari Utara ke Selatan.

Apabila fajar tersebut telah muncul, maka masuklah waktu Subuh dan itulah awal waktu puasa, tidak boleh lagi makan dan minum atau melakukan salah satu pembatal puasa.

Sedang fajar yang pertama atau fajar kadzib adalah garis putih atau cahaya putih yang memanjang secara vertikal, tidak membentang.

Adapun penetapan waktu imsak sebelum terbit fajar maka termasuk mengada-ada dalam agama, tidak ada contohnya dari Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam.

Keenam: Anjuran Makan Sahur Bersama

Dalam hadits yang mulia di atas juga terdapat anjuran makan sahur bersama-sama sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam dan Sahabat Zaid bin Tsabit radhiyallahu’anhu.

Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata,

وَفِيهِ الِاجْتِمَاعُ عَلَى السُّحُورِ

“Dalam hadits ini ada anjuran bersama-sama makan sahur.” [Fathul Baari, 4/138]

Ketujuh: Adakah Menu Makan Sahur yang Dianjurkan?

Tidak ada jenis makanan yang diharuskan untuk makan sahur, namun dianjurkan makan kurma, dan dibolehkan memakan apa saja yang halal walau hanya seteguk air.

Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda,

نِعْمَ سَحُورُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ

“Sebaik-baik makanan sahur seorang mukmin adalah kurma.” [HR. Abu Daud dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah radhiyallaahu’ahu, Ash-Shahihah: 562]

Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam juga bersabda,

تَسَحَّرُوا وَلَوْ بِجَرْعَةٍ مِنْ مَاء

“Makan sahurlah kalian walau hanya dengan seteguk air.” [HR. Ibnu Hibban dari Ibnu ‘Amr radhiyallaahu’anhuma, Shahihut Targhib: 1071]

Kelapan: Apa Saja Keberkahan Makan Sahur?

Keberkahan maknanya adalah kebaikan yang melimpah dan terus-menerus ada, dan sungguh keberkahan makan sahur sangat banyak.

Rasulullah shallallahu’laihi wa sallam bersabda,

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَة

“Makan sahurlah kalian, kerana sesungguhnya dalam makan sahur itu ada keberkahan.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik radhiyallahu’anhu]

Diantara Keberkahan Makan Sahur:
1) Ibadah kepada Allah ta’ala.

2) Menghidupkan sunnah Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam.

3) Lebih menguatkan orang yang berpuasa untuk dapat berpuasa sampai terbenam matahari dan tetap melakukan ibadah-ibadah yang lain.

4) Memudahkan sholat Subuh berjama’ah, kerana itulah disunnahkan makan sahur mendekati waktu Subuh.

5) Menyelisihi puasa Yahudi dan Nasrani. Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda,

فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ

“Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahlul kitab adalah makan sahur.” [HR. Muslim dari ‘Amr bin Al-‘Ash radhiyallaahu’anhu]

6) Memanfaatkan waktu terbaik untuk berdoa dan memohon ampun kepada Allah di waktu sahur, kerana sepertiga malam yang terakhir adalah waktu terbaik untuk berdoa, dan makan sahur itu sendiri adalah doa ibadah, kerana doa terbahagi dua: Doa ibadah dan doa permohonan.

Maka rugilah orang yang menghabiskan waktu sahur untuk bermain-main atau menonton acara-acara hiburan yang pada umumnya mengandungi maksiat kepada Allah azzawajalla.

7) Mendapatkan sholawat Allah ta’ala dan malaikat, sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam,

السَّحُورُ أَكْلُهُ بَرَكَةٌ، فَلَا تَدَعُوهُ، وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ، فَإِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ

“Sahur adalah makan yang penuh berkah, maka janganlah kalian tinggalkan walau seorang dari kalian hanya meminum seteguk air, kerana sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla dan para malaikat-Nya bersholawat untuk orang-orang yang makan sahur.” [HR. Ahmad dan Ibnu Hibban dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu’anhu, Shahihul Jaami’: 3683]

Sholawat Allah ta’ala atas mereka maknanya mencakup pemaafan-Nya, rahmat-Nya dan ampunan-Nya dicurahkan untuk mereka. Adapun sholawat malaikat atas mereka adalah mendoakan dan memohonkan ampun kepada Allah ta’ala untuk mereka.

8) Mendapatkan pahala ibadah makan sahur kerana mencontohi Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam.

9) Menambah semangat dan menghilangkan kemalasan yang disebabkan oleh rasa lapar.

10) Menjadi sebab bersedekah kepada orang yang memerlukan makan sahur dan atau makan bersamanya.

Kesembilan: [Faedah Penting] Amalan Batin Saat Makan Sahur

Hendaklah orang yang makan sahur memilik amalan batin, tidak sekadar makan biasa.

Asy-Syaikh Ibnul ‘Utsaimin rahimahullah berkata,

إنه ينبغي للإنسان حين تسحره أن يستحضر أنه يتسحر امتثالا لأمر الله ورسوله ويتسحر مخالفة لأهل الكتاب وكرها لما كانوا عليه ويتسحر رجاء البركة في هذا السحور ويتسحر استعانة به على طاعة الله حتى يكون هذا السحور الذي يأكله خيرا وبركة وطاعة والله الموفق

“Sungguh sepatutnya bagi seseorang, ketika makan sahur hendaklah menghadirkan dalam hatinya bahawa ia melakukannya dalam rangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya, dan demi menyelisihi ahlul kitab (yahudi dan nasrani) serta membenci perbuatan mereka yang tidak mahu makan sahur. Dan hendaklah ia makan sahur dalam rangka mengharap keberkahan dari Allah dan menguatkannya untuk taat kepada Allah, sehingga dengan niat-niat tersebut, makan sahurnya bernilai kebaikan, keberkahan dan ketaatan kepada Allah. Wallaahul Muwaffiq.” [Syarhu Riyadhis Shaalihin, 5/285]

Kesepuluh: Apabila Mendengar Adzan Shubuh Saat Makan Sahur

Apa yang harus dilakukan oleh orang yang sedang makan sahur dan mendengar adzan Shubuh?

Jawab: Apabila ia yakin bahwa waktu solat Subuh telah masuk, iaitu mu’adzin tidak salah waktu maka wajib baginya untuk segera menghentikan makan sahurnya saat itu juga.

Namun apabila ia masih ragu maka boleh baginya meneruskan makannya sampai ia yakin bahwa waktu Shubuh telah masuk, kerana pada asalnya adalah tetapnya malam.

وبالله التوفيق وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم

Wallahua'lam.

Sumber:

https://web.facebook.com/taawundakwah/posts/2134074913491975

https://www.facebook.com/sofyanruray.info/posts/802654453217372:0

http://sofyanruray.info/raihlah-keberkahan-dengan-makan-sahur/

https://www.instagram.com/p/Bi14OW6hD9r/

Mohon sebarkan info dakwah ini. Jika sebelum ini anda ada kemusykilan tentang sahur dan faedah serta keberkatannya.. maka kini dah boleh jelas akan maksudnya dan permasalahannya. Ketahuilah bahawa makan sahur itu ada keberkatan di dalamnya.

Salam ramadan kareem.
Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2018/05/sesungguhnya-dalam-makan-sahur-itu-ada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Yang Keliru Tentang Darah Haid Istihadah Wiladah Dan Nifas Jom Baca Ni Untuk Lebih Faham

Ramai Yang Keliru Tentang Darah Haid Istihadah Wiladah Dan Nifas Jom Baca Ni Untuk Lebih Faham

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 342 hits
Macam yang kita semua tau seorang wanita normal pasti akan melalui beberapa keadaan di mana keluarnya darah dari bahagian faraj Namun ada 4 kategori darah yang mesti kita khasnya wanita ambil kisah sebab ada beza tau terutama dari segi huku...
8 Perkara Anda Harus Tahu Tentang Kerja Ubah Suai Bilik Mandi

8 Perkara Anda Harus Tahu Tentang Kerja Ubah Suai Bilik Mandi

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 268 hits
Bilik mandi merupakan bilik di rumah kita yang paling sedikit kita luangkan masa di dalamnya Walau bagaimanapun kepentingan mempunyai bilik mandi dengan susun atur yang praktikal dan reka bentuk yang menarik tetap tidak dapat dinafikan Jadi...
Peminat Dah Lama Tahu Ini Bukti Mengejutkan Tentang Percintaan Im Jiyeon Lee Dohyun

Peminat Dah Lama Tahu Ini Bukti Mengejutkan Tentang Percintaan Im Jiyeon Lee Dohyun

papar berkaitan - pada 1/4/2023 - jumlah : 229 hits
Sepertinya kisah percintaan Im Ji yeon dan Lee Do hyun bukan lah rahsia dalam kalangan komuniti peminat mereka ARTIKEL BERKAITAN Terbaru sebuah entri di laman komuniti Korea kembali tular di mana individu yang memuat naiknya meramal hubunga...
Terduduk Shuhada Bila Tiba Tiba Dapat Surat Saman Ini Kata Kata Shuhada Tentang Surat Saman Tersebut

Terduduk Shuhada Bila Tiba Tiba Dapat Surat Saman Ini Kata Kata Shuhada Tentang Surat Saman Tersebut

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 185 hits
ISTERI kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri berdepan satu lagi ujian apabila dia menerima surat tuntutan dipercayai daripada pihak ketiga yang mengganggu rumah tangganya sebelum ini
Fatwa Tentang Solat Terawikh 8 Atau 20 Rakaat

Fatwa Tentang Solat Terawikh 8 Atau 20 Rakaat

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 171 hits
Fatwa Tentang Solat Terawikh 8 atau 20 Rakaat Solat Terawikh adalah salah satu solat sunat yang dilakukan pada bulan Ramadan Solat ini dilakukan setelah solat Isyak dan sebelum solat Subuh Persolannya berapa rakaat yang perlu dilakukan 8 at...
Fakta Tentang Kucing Putih Mata Biru Ini Buat Peminat Kucing Sebak

Fakta Tentang Kucing Putih Mata Biru Ini Buat Peminat Kucing Sebak

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 484 hits
Bercakap tentang Kucing Putih Mata Biru memang seronok tapi dalam masa yang sama setiap hari jugak kita belajar perkara baru pasal kucing ini Antara fakta menarik tentang kucing yang kebanyakan orang tahu ialah bila kucing ada 3 warna purat...
Sabda Rasulullah Dan Mutiara Kata Tentang Ramadhan

Sabda Rasulullah Dan Mutiara Kata Tentang Ramadhan

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 331 hits
Mutiara Kata Dan Sabda Rasulullah Tentang Ramadhan Selamat menyambut ramadhan al mubarak kepada semua pengunjung blog ini Mungkin ada sesetengah artikel yang ditulis menganggu perasaan anda tidak disukai ataupun diluar dugaan dan kemampuan ...
Tidak Ada Tauliah Bukan Halangan Untuk Bercakap Benar Tentang Politik Ekonomi Isu Semasa Realiti Negara

Tidak Ada Tauliah Bukan Halangan Untuk Bercakap Benar Tentang Politik Ekonomi Isu Semasa Realiti Negara

papar berkaitan - pada 2/4/2023 - jumlah : 262 hits
Pendekatan memakmurkan masjid sewajarnya JABATAN UGAMA mengejar penceramah yang baik Dan betul untuk ditauliahkan bukan tunggu permohonan Melarang dan menghalang penceramah yang baik dengan alasan tiada permohonan MENGGAMBARKAN JABATAN agam...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep