8 Perkara Anda Harus Tahu Tentang Kerja Ubah Suai Bilik Mandi
8 Perkara Anda Harus Tahu TentangKerja Ubah Suai Bilik Mandi | Bilik mandi merupakan bilik di rumah kita yang paling sedikit kita luangkan masa di dalamnya. Walau bagaimanapun, kepentingan mempunyai bilik mandi dengan susun atur yang praktikal dan reka bentuk yang menarik tetap tidak dapat dinafikan
Jadi, jika anda terasa yang bilik mandi di rumah anda sekarang terlalu kecil atau suasananya tidak menarik, dapatkan khidmat renovation contractor untuk melakukan kerja ubah suai dengan segera.
Tetapi, sebelum anda mengupah mana-mana kontraktor untuk melakukan kerja itu, jom baca dahulu 8 perkara penting yang anda harus tahu tentang reka bentuk bilik mandi.
1. Jenis lantai
(Sumber: Nu Infinity)
Kebanyakan reka bentuk bilik mandi untuk rumah di Malaysia tidak mengasingkan ruang mandi dan ruang tandas. Jadi, lantai bilik mandi sentiasa berada dalam keadaan basah akibat percikan air dari ruang mandi. Disebabkan ini, pemilihan bahan untuk lantai bilik mandi adalah amat penting. Bahan yang paling sesuai adalah jubin tahan basah dengan permukaan yang tidak licin, manakala lantai jenis kayu adalah pilihan yang paling tidak sesuai untuk bilik mandi
(Baca : 7 GorgeousTiled Bathrooms Designs in Malaysia)
2. Sistem pengudaraan
(Sumber: Project 12 Architecture)
Cara terbaik untuk sistem pengudaraan yang baik untuk bilik mandi ialah dengan membina tingkap kecil di bilik mandi tersebut. Namun, terdapat sesetengah pelan rumah yang meletakkan bilik mandi di bahagian tengah rumah. Jadi, bilik mandi tersebut tidak akan mempunyai tingkap, sama seperti bilik mandi di kebanyakan bilik hotel. Jika rumah anda seperti ini, pastikan kontraktor anda memasang kipas khas untuk sistem pengudaraan di bilik mandi itu
3. Kedudukan tandas
Mengikut pandangan masyarakat beragama Islam, sebaik-baiknya, elakkan dari memasang mangkuk tandas menghadap ke arah kiblat, iaitu arah matahari terbenam. Manakala menurut Feng Shui masyarakat Cina pula, mangkuk tandas tidak boleh dipasang menghadap ke arah pintu. Dan yang paling penting, pastikan kedudukan mangkuk tandas tidak menghalang bukaan pintu, dan anda berasa selesa ketika duduk
4. Penggunaan cermin
Melalui artikel '15 Modern Bathroom Design Ideas', penulis menyatakan bahawa cermin akan memberikan ilusi sesebuah ruang nampak lebih luas dan memantulkan cahaya. Jadi, selain meletakkan cermin pada dinding berhampiran sinki, anda juga boleh meletakkan cermin besar pada dinding yang kosong. Lebih menarik jika cermin itu mempunyai bingkai yang unik dan mengikut tema hiasan bilik mandi tersebut
5. Ruang simpanan
(Sumber: Think Cloud Design Lab)
Untuk rumah yang kompak, setiap ruang haruslah digunakan dengan praktikal. Jadi, tambah ruang simpanan di dalam bilik mandi untuk menyimpan tuala bersih, stok bahan mandian dan cucian. Para atau kabinet tergantung adalah pilihan ruang simpanan yang sesuai untuk dipasang di bilik mandi. Ini adalah kerana ruang simpanan jenis ini biasanya akan lebih tahan lama kerana tidak terkena percikan air
6. Jenis pencahayaan
Ada orang yang gemarkan bilik mandi yang terang dan ada juga yang gemarkan bilik mandi yang bersuasana romantik. Walau apapun tema kegemaran anda, pilihlah lampu yang sesuai dengan tema yang anda mahukan. Selain itu, pastikan lampu yang dipasang itu sesuai untuk digunakan di ruang yang mempunyai kadar kelembapan yang tinggi.
7. Tema dan warnaphoto taken from Happy DIY Home
Untuk membuatkan bilik mandi anda kelihatan lebih menarik, tetapkan tema untuknya. Contohnya, jika bilik mandi tersebut adalah untuk si anak gadis, pilih jubin berwarna merah jambu dan pintu kaca untuk memisahkah ruang mandi dengan corak bunga atau ikan lumba-lumba. Bagi bilik mandi di bilik tidur utama pula, gunakan jubin berwarna gelap dan sinki yang berbentuk segi empat untuk nampak lebih eksklusif dan mewah.
8. Hiasan dan aksesori
(Sumber: goodhousekeeping)
Jika ruang lain di rumah anda boleh dihias dengan pelbagai jenis aksesori, mengapa tidak di bilik mandi, bukan? Pokok hiasan plastik dalam pasu kecil dan lilin wangi adalah antara perhiasan yang murah dan mudah untuk dicari. Selain itu, bagi bilik mandi yang lebih besar, tambahkan rak untuk menyimpan stok alat mandian dan tuala yang telah dilipat cantik. Selain dianggap sebagai aksesori tambahan, rak itu juga mempunyai fungsi yang praktikal.
Dapatkan Khidmat Rundingan Percuma Untuk Mengubah Suai Bilik Mandi
Kebiasaannya, projek mengubah suai bilik mandi melibatkan perkara penting seperti kerja paip, elektrik dan pemasangan jubin. Jadi, saya nasihatkan anda agar jangan ambil mudah dan pastikan kontraktor yang diupah untuk kerjaubah suai itu mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk melakukan tugas tersebut
Jika anda tidak mempunyai sumber untuk mendapatkan butiran renovation contractor yang boleh dipercayai berhampiran anda, layari saja Recommend.my.Kongsi maklumat ringkas tentang projek ubah suai tersebut, dan dapatkan khidmat rundingan serta anggaran sebut harga secara percuma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.annursyuhadah.com/2018/01/8-perkara-anda-harus-tahu-tentang-kerja-ubah-suai-bilik-mandi.html